Saturday, April 18, 2020

Bantuan COVID-19 Sabah

Kerajaan Negeri Sabah telah membuat satu inisiatif dengan memberikan bantuan kepada rakyatnya yang bekerja di Semenanjung Malaysia yang berjumlah RM300 secara one-off.  Permohonan bantuan ini meliputi warga sabah dari keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) yang berada di Semenanjung.  Tujuannya adalah untuk membantu rakyat Sabah untuk membeli barangan keperluan semasa Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) berlangsung.   

Sehubungan dengan itu, rakyat sabah boleh membuat semakan dan membuat permohonan Bantuan Khas Covid-19  melalui sistem bantuan.covid19.sabah.gov.my bagi menggantikan sistem sedia ada iaitu wecare.sabah.gov.my sejak 15 April lalu.  Laman web ini juga boleh digunakan untuk membuat permohonan untuk golongan-golongan berikut:

1.  Anak-anak Sabah yang bekerja di Semenanjung Malaysia
2.  Pemandu Teksi, bas, lori dan kereta sewa
3.  Petani/pekebun kecil, nelayan dan penternak
4.  Porter/Malim Gunung
5.  Freelance Tour guide
6.  Warga tua, anakyatim, orang kelainan upaya (OKU)

So, hari ni sis belajar macam mana nak buat permohonan ni.  Tapi sis bukan buat untuk diri sendiri.  Sis tak layak la ouls... Sis buat ni untuk ibu/bapa sis yang dalam kategori golongan warga emas/warga tua. Tak tau la lulus kah tidak ni.  Just try mohon la sebab ibubapa suruh mohon kan. Harap-harap lulus la.

So sesiapa yang ingin membuat permohonan atau menyemak permohonan boleh tengok di website ini.  Caranya mudah saja.  Just key in no. kad pengenalan dan klik dekat petak kosong (saya bukan robot) dan tekan SEMAK.


Sekiranya belum ada permohonan, tekan butang BUAT PERMOHONAN.


Keluar la gambar macam ni.  PERINGATAN:  Permohonan akan terbatal dengan sendirinya dan tindakan undang-undang boleh diambil sekiranya maklumat yang diberikan didapati palsu.  So pastikan maklumat yang dihantar adalah benar.

Pendaftaran untuk ibu tunggal boleh dibuat melalui website wise.sabah.gov.my.


Isikan maklumat peribadi seperti di bawah (no kad pengenalan, nama penuh, no telefon, daerah, maklumat pekerjaan, sektor pekerjaan dan maklumat lain-lain yang diperlukan)



Last sekali, kena muatnaik gambar kad pengenalan dan dokumen yang menunjukkan no. akaun bank (buku bank, screenshot penyata online banking etc) dalam format pdf, jpg, jpeg, png (maksimum size 20mb).


Ini contoh format lampiran (kad pengenalan & buku bank) yang perlu dimasukkan (upload) ke dalam sistem.

Selepas isi maklumat dan upload gambar, tekan butang HANTAR. Jangan lupa klik di ruangan SAYA BUKAN ROBOT.

So selepas hantar permohonan, boleh rujuk semula permohonan di website tadi.  Key in no kad pengenalan semula dan tekan butang SEMAK.  Then keluar la status begini.  MENUNGGU GILIRAN UNTUK DIPROSES.  


Begitu la caranya.  Mudah kan? So kita tunggu saja la.  Harap-harap lulus la.  Senang hati jugak dorang terima bantuan ni.  RM300 ouls... siapa kasih kan.  Bah ouls yang di luar tu... kesian ibu/bapa yang tak reti nak upload2 ni.. boleh la tolong buatkan untuk dorang.  Kalau kita tak bantu, siapa lagi nak buatkan untuk dorang kan.   

Itu saja la sis nak share untuk hari ini.  Sekian, terima kasih.

Info dipetik dari:


No comments: