Hari ni kita belajar macam mana mau buat Sausage Cheese Roll yang senang. Cara-caranya sungguh mudah dan cepat. Ok jom lihat.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Roti Gardenia (tapi sis tiada roti gardenia so sis guna saja roti sandwich yang dibeli dari kedai Strawberry cakehouse).
2. Sosej
3. Telur
4. Cheese
5. Serbuk roti atau keropok nachos perisa BBQ (hancurkan)
1. Rebus sosej terlebih dahulu.
2. Kemudian ambil roti then giling roti untuk bagi nipis.
3. Lepas tu, letak cheese dan sosej di atas roti dan gulung
4. Then, rendam dalam telur
5. Baru golekkan dia ke atas keropok nachos yang telah dihancurkan. So, keropok nachos tu akan melekat di roti macam ni.
6. Selepas tu masukkan dalam peti sejuk selama 1/2 or 1 jam gitu. Baru la digoreng.
7. Tadaa... siap untuk dimakan. Selamat mencuba 😁
No comments:
Post a Comment