Monday, May 5, 2008

Maid in Indon


Amah-Amah-Amah.... susahnya mo cari amah. Kami laki bini dalam dilema sekarang ni kerana amahku (Johani) tidak lama lagi mo berenti kerja pasal mo balik Indon jaga emaknya setelah satu tahun kerja dengan kami. Rupanya susah mo cari amah sekarang ni. Agent pun sudah tak ada amah sekarang ni. Terpaksa kami dari rumah ke rumah/kampung ke kampung untuk mencari amah. Bukan senang mencari amah sekarang ni. Macam pisang goreng dorang ni tau. Lucu juga pengalaman kami mencari amah sepanjang 2-3 minggu kebelakangan ini.

23 April 2008 - Aku dan ipar ke Kampung Likas cari amah bangsa butun. Kononnya amah tu mo kerja tapi masih mo rehat. Dia suruh kami datang 3 hari kemudiannya.

24 April 2008 (petang) - Masih tidak berputus asa. Aku dan ipar ke Kampung Tebobon pulak atas rekomen dari kawan ipar kononnya di sana banyak amah bugis. Dapat la seorang amah ni tapi tidak memenuhi kriteria kerana:

1. Agar berumur (40 ke atas). Aku takut nanti dia tak sayang kucing.
2. Bangsa tidak diketahui/orang Sandakan konon
3. Ada IC tapi rasanya bukan orang tempatan tapi tidak boleh dijamin. Takut pulak nanti bila kami biarkan dia seorang di rumah dia mencuri/lari pulak. Kweng-kweng-kweng.

24 April 2008 (Malam) - Dapat panggilan telefon daripada biras. Kononnya ada amah bugis yang mahu bekerja tinggal di Kepayan. Biras suruh kami contact direct dengan amah tu. Namanya Siska. Kamipun tanpa membuang masa terus menghubungi si Siska. Setelah communicate dengan si Siska, malam tu juga kami terus jumpa dia. (kita kena la tengok penampilan/interview jarak dekat kan). Bila kami sampai di Kepayan.... laa... rupa-rupanya miscommunication pulak! Bukannya dia tinggal di Kepayan. Dia tinggal di area Kepayan Ridge!!! Mak aii... banyaknya dugaan... Kami pun terus jumpa dekat Kepayan Ridge. Bila sampai di sana, rupa-rupanya 2 orang yang nak bekerja ni. Kali ni aku reject jugak. Pasal:-

1. Demand betul. Mo gaji RM400.00.
2. Sudah tu tak mo dijamin.
3. Lepas tu, kalau boleh dorang ni nak bekerja bersama-sama. Dia nak kami ambik dorang 2 orang kerja sekali. Dorang 2 ni bersepupu dan pernah kerja di tempat yang sama.

25 April 2008
Malam tu hujan lebat. Kami datang ke rumah Butun di Kampung Likas yang katanya ada amah butun yang nak bekerja tu. Malang sekali bila sampai di sana dia kata tu amah sakit pulak. Belum ready untuk bekerja. Tapi jam 10.00 malam kami dapat panggilan telefon daripada si Siska. Katanya sepupunya yang bernama Pero kebetulan baru sampai dari Indon yang ada passport/mahu dijamin hendak bekerja dengan kami. Katanya cousinnya ni tidak ada pengalaman kerja di Malaysia tapi ada pengalaman kerja di Indon. Pengalaman amah ni kami tidak kisah sebenarnya. Yang penting dia jujur, tanggungjawab dan independent.


26 April 2008
So, tengahari tu kamipun menjemput si Pero dan dibawa balik ke rumah untuk di-test. Si Johani pun dengan senang hatinya mengajar si Pero/menurunkan ilmu-ilmu kepada si Pero. Mengajar macam mana cara nak kasih makan kucing etc.


28 April 2008
Lakiku tanya si Pero samada dia betul-betul nak kerja kah dengan kami. Sebab sekiranya dia betul nak kerja dengan kami, kami mau jamin dia etc. So, si Pero kata dia suka kerja di tempat kami dan mahu dijamin. Kamipun happy. Aku suka juga dengan si Pero ni walaupun dia agak pendiam. Tapi nampak dia rajin dan beri kerjasama.


29 April 2008
Lakiku dapat panggilan telefon daripada kakak Pero bahawa si Pero nak berenti kerja pulak!! Alasannya:-

1. Dia tidak boleh kerja kalau ada orang tua/saudara mara yang datang ke rumah (kebetulan mummy aku mo datang dari Tawau).
2. Dia tidak suka kucing - pulak!!! Sebelum ni dia ok.
3. Kakaknya telah dapatkan dia kerja baru di mana majikan ini sanggup mengambil mereka ber-2 bekerja sebumbung dan bergaji RM450.00 seorang. Macam tidak logik saja... kweng-kweng-kweng. Kalau dah nak berenti tu, cakap terus terang ja la kan...

So, tengahari tu, lakiku terpaksa hantar si Pero balik. Malam tu tanpa putus asa, kami ke rumah Butun di Kampung Likas lagi. Saja laa bertanya mana tau dia masih berminat untuk bekerja. Malangnya kami diberitahu dia tidak mahu bekerja pulak!! Hancusss harapan kami.


30 April 2008
Lakiku telah membawa pulang amah baru daripada Kampung Likas yang di-introduce oleh tukang urutnya. Bila aku balik aku tengok amah tu, aku terus tidak berkenan pasal:-

1. Agak berumur (40-an)
2. Ada IC tapi bukan orang tempatan (Ni yang pelik ni... )
3. Tiada pengalaman/Hanya suka-suka mo kerja
4. Masih ada keluarga (nenek yang berumur 100 tahun) yang harus dijaga.

So, malam tu kami hantar dia balik sebab nampak gaya dia pun tidak berminat mo kerja.


1 Mei 2008
Kami balik semula ke Kampung Tebobon untuk bertanya kot-kot mana tau ada amah bugis yang berminat untuk bekerja. Dapat la konon ada amah ni berminat bekerja. Namanya Ati. Bila kami call Ati, dia terus mo tahu brapa gaji yang kami bagi dengan dia dan brapa orang anak yang hendak dijaga. So, lakiku offer dia RM350.00 dan pas kerja dijamin/tiada anak. Si Ati ni terus-terus setuju nak kerja. Dan dia suruh kami ambik dia di Giant Kolombong pada 4 Mei 2008 (Ahad). Bila letak telefon, aku tak puas hati. Aku suruh laki aku telefon si Ati tu semula. Sebab kalau boleh as soon as possible la kita nak ambik dia kerja kan. Pasal dorang ni macam pisang goreng. Takut nanti diambil oleh orang lain la pulak kan. Lagipun, sementara si Johani masih ada di rumah, boleh la si Johani ajar/tengok-tengok dia dekat rumah. Pulakk... bila kami call dia semula, husband dia yang jawab phone. Rupa-rupanya si Ati ni dah kahwin!!!! Dan lakinya pula kerja di sebuah bengkel di area Kolombong. Sudah tu, dia kata dia pandai buat kerja (ada pengalaman) dan tidak perlu diajar. Aku terus tak berkenan sungguh dengan si Ati ni. Bukannya apa... atas nasihat mummy/kawan-kawan, takut jugak mo ambik si Ati ni kerja di rumah pasal kami ni selalu tak der dekat rumah. Karang dia bawa lakinya datang ke rumah.... apa jadi nanti kan.????

4 Mei 2008
Oleh kerana masih tiada pilihan....dan tiada rezeki.... so, terpaksa la kami jumpa si Ati yang memang ada janji untuk jumpa dia pada 4 Mei 2008 jam 1.30pm. Pusing punya pusing cari tempat perjumpaan bukan senang. Sebab dorang ni malas nak keluar betul-betul ke Giant tu. Kami yang terpaksa pusing cari dia. Bila dah jumpa si Ati ni, kebetulan dia bawa seorang kawannya bernama Mida. Kebetulan si Mida ni pun mau bekerja. Si Mida ni orang timur manakala si Ati orang bugis. Bila kami mulakan interview, kami lebih berkenan nak ambik si Mida ni kerja pasal si Mida ni single sedangkan si Ati ni sudah berkahwin. Bukannya apa... kami tak mau la ambik si Ati ni kerja pasal takut nanti setiap minggu dia nak cuti jumpa laki kan.(Fullstop). Si Mida ni kebetulan pulak baru berenti kerja dari sebuah restoran. So, kami setuju ambik si Mida kerja dengan kami dan dia minta kami ambik dia malam tu jam 7pm kerana mahu mengambil barang-barangnya yang masih ada di restoran lama tempat dia bekerja. Kami pun happy.......

Bila kami sampai jam 7.15pm malam tu, si Mida ni sudah sedia menunggu kami. Bila lakiku keluar dari kereta si Mida ni terus cakap dengan lakiku dia minta kami tunggu dia pasal dia kena ambik dokumen/barang dengan kawannya dekat area Giant. Tunggu punya tunggu. Hampir 1 jam kami tunggu dia. Si Mida ni tak timbul-timbul. Kamipun heran dia ke mana. Bila call handphonenya pula tutup. Banyak betul dugaan kami ni.

5 Mei 2008
Lakiku try call si Mida ni. Tiga kali call tak jugak kena jawab. So, my hubby putus harapan. Last-last aku try call sendiri pakai handphoneku. Kali ni kena jawab pulak. So, aku terus pass handphone tu dengan lakiku. Lakiku siap marah dengan si Mida pasal buat kami tertunggu-tunggu. Alasan si Mida dia jumpa "kawan" tapi laki aku tak bagi peluang dia terangkan keadaan. Tapi si Mida ni kata dia betul-betul pulak nak kerja dan suruh kami ambik dia keesokkan harinya. Tapi laki aku ni macam semacam ja... tiada mood sudah dengan si Mida ni. So, kita tunggu dan lihat laa apa yang akan terjadi esok.... samada si Mida ni betul-betul kah nak kerja dengan kami ni.

Jadi, kepada kawan-kawan yang sedang membaca blog ini, kalau tahu ada amah yang mo bekerja ataupun amah-amah yang mahu bekerja dengan kami, sila la hubungi kami melalui blog ini. Syarat-syaratnya:-

1. Mesti sayang kucing
2. Jujur, Rajin, Tanggungjawab, Berdikari
3. Gaji boleh dirunding
4. Warganegara Indonesia (Pas kerja dijamin)
5. Berumur 20-35

Note:
1. Tuan rumah tiada anak. Tapi ada banyak kucing yang harus dijaga.
2. Bilik amah disediakan lengkap dengan katil, almari, tv, radio.

No comments: