Monday, May 12, 2008

Kisah Amah lagi...

Selepas kejadian kes si Mida tu, 7 Mei 2008, laki aku bawa pulang seorang lagi amah ke rumah kami. Kalau tak silap aku namanya si Diana @ Mama Si Ira. Amah kali ni kononnya cukup berpengalaman and that's why dia minta gaji RM450.00 sebulan ya. Tapi RM450.00 ni sudah lengkap dijamin - meaning tidak perlu ditanggung pasnya kerana majikan lamanya sudah sambung jaminannya. Bangsa bugis, agak berumur (mungkin dlm 40-an). Dia kata dia ada anak (Nama anaknya si Ira) yang berumur 20 tahun yang sedang bekerja jadi amah di Papar. Actually, aku kurenggg sikit dengan dia ni pasal mungkin faktor umur yang menyebabkan aku segan nak suruh-suruh dia kerja atau lap taik kucing aku di rumah. Kweng-kweng-kweng. Memandangkan sudah tiada pilihan dan laki aku pula sudah putus asa untuk cari amah, so dia kata biar la kami ambil ja si Diana ni sementara si Johani boleh tunjuk ajar cara-cara penjagaan kucing.


Pada 9-11 Mei 2008, si Diana cuti sebab alasannya anaknya yang bekerja di Papar tu cuti. Mati aku kalau gaya dia camni setiap bulan. Mo 3 hari cuti sebulan ni. Ok la, aku tak brapa kisah dia cuti sebab masa tu si Johani pun masih kerja dengan kami kan.


10 Mei 2008, kami dapat amah baru lagi yang di-introduce oleh seorang kawan. Laki aku bawa pulang amah tu untuk di-interview oleh aku. Namanya Darma. Orang Bugis juga. Penampilannya ok. Bertudung ada pengalaman kerja, sopan, pandai masak, umur 23 tahun. Aku berkenan dengan dia ni. Gaji pun sudah runding. Dia pun setuju kerja dengan kami. Dia minta kami ambil dia kerja bermula 12 Mei 2008 (Isnin). Malam tu juga aku siap ajar dia macam mana nak kasih makan kucing pasal kalau dia datang hari Isnin nanti, takut tak da orang tengok dia kerja sebab si Johani last day kerja hari Ahad (11 Mei 2008).


Malam tu baru la senang hati aku tidur pasal dapat amah baru. But the next daynya.... Tipah tertipu lagi!! Petang kelmarn, laki aku kira tak mo ambik si Diana kerja sebab sudah dapat si Darma. So, untuk kepastian, dia call si Darma untuk kasih confirmation samada betul-betul kah si Darma ni nak kerja dengan kami. Sekiranya dia confirm, then kami kena la menolak si Diana dengan cara baik. Laa... sekali kami phone, si Darma ni tak mau la pulak kerja dengan kami. Dia kata dia berada di Sandakan la pulak. Apa la nasib malang kami dapat amah ni.... Mo tak mau, petang tu juga kami terpaksa ambik si Diana kerja dengan kami. Akhirnya aku pun dah putus asa dengan amah ni. Nampaknya terpaksa la aku meneruskan kehidupan dengan si Diana ni.....



No comments: