Saturday, August 18, 2007

Aku, Dia & Capetown

Ini adalah crita lama.... tapi saja la mo juga story dalam blog ni. Mungkin pasal rindu mo pg oversea dengan laki kan...
Mei 2005, aku dan Dia mengambil keputusan pergi explore Capetown. Dia yang mati-mati nak pg sana tu. Sebab asyik dengar crita orang tempat tu cantik konon. Perjalanan mengambil masa mo 10-11 jam kalau tak silap daripada KL to Capetown. Punya penat aku dalam flight. Flight tu transit di Johannesburg selama 1 jam. Bila sampai di Capetown, ini la dia...

Di belakang tu adalah Table Mountain. Table Mountain ni terletak di tengah-tengah bandar Capetown. Oh ya... masa kami pergi ni... musim winter. So cuaca agak gloomy sedikit (7c - 12c). Banyak juga tempat yang kami pergi di antaranya adalah Kirstenbosch Botanical Garden, Robben Island (Tempat Penjara Nelson Mendela.), Table Mountain National Park, Two Oceans Aquarium dan yang paling hari-hari dipergi adalah V & A Waterfront sebab di situ la tempat lepak/tempat makan kami. Senang cari makanan halal di sana tu. Tempat tu memang best la... cantik....

Di belakang tu adalah Table Mountain. Tapi tidak brapa nampak sebab banyak kabus.

Di Cape of The Good Hope, pertembungan 2 lautan, Lautan Hindi & Atlantic.
Kesejukan time tu sbb angin kuat + gerimis .

Aku, Dia & Capetown

No comments: