Thursday, November 15, 2007

Daun Sakti


Dipercayai bahawa daun/tumbuhan ini boleh merawat sakit telinga. Ianya terbukti kerana tempoh hari aku sakit telinga. Telinga berdesing+ kenyat-kenyat yang amat sakit. Sakitnya sampai macam rasa mo sakit gigi dan sakit mo pigi ke otak pun ada. Bila jumpa Doktor, dia tak kata apa. Dia cuma kata ada sedikit merah dlm telingaku dan cuma bagi aku antibiotik & ubat tahan sakit. Lepas 2 hari, masih tak sembuh-sembuh. Aku jumpa Doktor sekali lagi. Dia tukar antibiotik lagi dan bagi ubat titis telinga. Tak jugak sembuh. Last-last my mum nasihat aku jumpa auntie aku yang tinggal di KL (sebab kebetulan time tu aku pun nak pg KL kan...). Dia kata Auntie ku tu ada tanam daun/tumbuhan (yang dia sendiri pun tak tahu apa nama kah daun ni). So, aku pun pergi la jumpa Auntie aku yang tinggal di Sri Petaling. Auntie aku kata rupanya yang sakit dalam telinga tu adalah jerawat. Sialan... bulih-bulih ada jerawat dalam telinga!! So, petuanya adalah, daun tu kena diramas hancur dan dititiskan ke dalam telinga. Kuat jugak bau daun ni. Daun ni macam daun pudina tapi bukan pudina. And... believe it or not?? Aku cuma buat 2 kali titis, telinga aku dah sembuh!! Mungkin jugak pasal aku makan antibiotikku sampai habis. Aku siap bawa balik daun tu ke KK untuk ditanam. Tapi tak tau la samada menjadi atau tidak. Bila aku minta amahku tanam tu daun, dia kata, jiran sebelah rumah aku pun ada tanam daun yang sama. So, maknanya, kalau daun yang kutanam ni tidak menjadi, aku akan minta la dengan jiran sebelahku ni. Hehehehe....


Oh ya... lagi satu, dipercayai bahawa daun ini jugak boleh mengubat batuk. Daun tu perlu direbus selama 1 jam + gula batu dan diminum. So, kalau tanamanku ini menjadi, korang boleh lah try ya. Hanya untuk yang sakit telinga & batuk sahaja.
P/s: Kalau ada sesiapa yang tahu pasal nama tumbuhan ini, tolong inform sama aku. Ok.

2 comments:

Hapsari wara said...

Di Indonesia namanya daun pengukan (penguk tu artinya tak sedap)

Hapsari wara said...
This comment has been removed by the author.