Tuesday, November 6, 2007

MIA Best Dressed 2007

2 November 2007, aku pigi menghadiri MIA Dinner (Malaysian Institute of Accountants, Sabah 40th Anniversary Dinner) di Shangri La Tg. Aru Resort. Jabatan Bendahari telah membeli sebuah meja time makan mlm tu. Tema malam tu adalah berpakaian "Batik".


Sebelum attend dinner tu, aku selongkar almariku untuk cari pakaian batik yang bersesuaian. Tiba-tiba aku terjumpa kain batik sutera 4 meter yang kelihatan agak hodoh di mataku kerana warnanya yang terang + corak yang berhambur. Bayangkan kalau kain tu dibuat baju kurung.... mesti keramat!! (Actually kain tu bukan aku yang beli. Ia adalah hadiah sempena perkahwinan daripada kawan bosku. Bayangkan... kain tu sudah lama.... 7 tahun ooh...). So, aku pun hantar la kain tu pigi tailor. Aku siap berpesyen depan tailor dan cermin untuk terangkan dengan dia mo buat fashion yang aku mau tu. Semangat auntie tailor tu mo buat baju untuk aku. 1 minggu jak sudah siap baju tu.


So, dijadikan cerita, malam tu aku pigi la dinner tu. Masa nak masuk ballroom tu, ada lelaki ni datang jumpa aku mo dapatkan namaku untuk dicalonkan best dress konon (baru mo dicalonkan laa... dalam hatiku mesti ramai lagi kan... ). So, aku pun bagi la namaku. Rupa-rupanya bila masuk ballroom tu, ada announcement dibuat bahawa ada 10 peserta perempuan dan 10 peserta lelaki yang dicalonkan untuk best dress. So, semua peserta tu diminta untuk memperagakan baju di atas pentas!!! Oh my God..... maluuuuuuunyaaaaaaa..... takutttttttt pun ada jugak. Gementarrrrr bah. Tapi oleh kerana kawan-kawan memberi semangat, so, ternaik jugak la aku ke atas pentas. Siap catwalk ya.... Selesai saja catwalk, terus kita orang kena bagi gift daripada Bodyshop. Kemudian tu, keputusan telah dibuat di mana diminta 3 peserta perempuan dan 3 peserta lelaki yang tercalon (saringan akhir) untuk naik ke atas pentas sekali lagi. Rupanya bila naik pentas tu, kena jawab soalan pulak!!! Apa dorang ingat ini pertandingan ratu cantik kah. Nasib baik la time turn aku kena soalan yang senang. Mungkin sudah nasib menyebelahi aku. Aku dapat soalan something like this "If you were granted one wish, what do you want to wish?" Mula-mula panic jugak aku. Tapi aku buat lawak bodoh pulak. Aku cakap simple saja but means a lot!!! "I WANT TO WIN" hahahahahahaha..............


So, akhirnya...... ini la keputusannya.... my wish came true....... kah-kah-kah-kah


Winner of MIA Best Dressed 2007


Eh?! Bos pun tercalon jugak??

Peserta lain-lain


Sebelah kanan tu dapat no. 2

Yaa.... siap posing gitu....

Bergambar bersama jantan kabrets...


Sebelah kananku tu adalah winner best dressed bagi kategori lelaki


Bergambar di lobby hotel (sebelum dinner)


1 comment:

mzn said...

Congrats fam. Rugi aku nda dapat tingu ko catwalk atas pentas tu... ;-)