Monday, January 28, 2008

My husband murdered our fish

Kesian ikan kami ni.... mati.... Terpaksa dikubur malam-malam. Rupa-rupanya dia mati akibat air kolam kami sudah lama tidak diganti oleh lakiku sendiri (itu memang tugasnya....) Jadi tu ikan kena toksik. Bila diperiksa, semua ikan-ikan yang lain pun mempunyai simptom yang sama juga iaitu mata tersembul nak terkeluar, sisik terkupas-kupas/ngigis dan berwarna merah. Kesian... menderita ikan kami.... Minta-minta jangan la ada yang mati lagi sebab sudah bertahun-tahun dipelihara... kesiannya.... So, atas nasihat tukang jual ikan, kami diminta untuk membuang separuh daripada air kolam tu dan masukkan 10kg garam, 2 botol anti klorin dan 2 botol ubat ikan. Selepas masukkan kesemua benda tadi, baru isi air sekali lagi. 3 hari kemudian kena buat benda yang sama jugak selama 3 kali berturut2. Mudah-mudahan la ikan-ikan kami ni terselamat....
Ini la ikan yang dah mati tu. Matanya terkeluar sikit.

Sisiknya mulai kemerah-merahan dan terkupas.

No comments: