Saturday, June 28, 2008

Test Drive - CRV

28 Jun 2008, aku dan laki pergi ke Boon Siew untuk test drive kereta CRV. Macam boring tunggu "kereta baru" kami lambat betul sampai. Kami dah booking kereta dari bulan February. Bayangkan dari bulan February, dijangkakan bulan April kereta tu akan sampai. Dari bulan April dijangka ke bulan Mei pulak. Dari bulan Mei dijangka ke bulan Julai la pulak. Dari bulan Julai dijangkakan tidak tau bila sampai. Betul la apa orang cakap tu. Penantian tu satu penyiksaan. Geram betul. So, kami bercadang mo trade in RAV4 ku dan diganti dengan CRV ni.
Perasaan drive kereta ni sama macam drive RAV4. Cuma CRV ni lebih rasa comfortable la... Aku berkenan dengan warna hitam (warna yang ada cuma grey, silver, gold, black). Kalau confirm nak beli kereta ni, dijangkakan 2 bulan baru sampai. Itu kata salesman tu la. Entah betul atau tidak. Tapi aku masih memikir-mikirkan samada mo beli CRV ataupun kereta jenis lain. Sebenarnya, aku masih sayang dengan kereta biru aku tu...


Yang ni warna grey

No comments: