Sunday, July 6, 2008

Amah ooh Amah...

Semalam lakiku bagi tahu sesuatu pasal amah kami. Amahku mo berenti kerja. Terkejut aku. Ingatkan pasal apa. Rupa-rupanya dia terpaksa berenti kerana majikan lamanya (Doktor yang sedang cuti belajar di UK), akan menghantar anaknya balik ke KK kerana dengan alasan dia tidak dapat belajar. Bayangkan… aku baru saja menikmati kebahagian hidup selama 2 bulan. Bila laki aku cerita pasal ni, terus aku tak der mood. So, ceritanya dia akan berenti kerja dengan kami efektif 1 September 2008 ni. Sedihnya aku… mo time puasa lagi tu…. Kononnya dia akan tolong kami carikan amah/pengganti. Ceritanya, dia nak letak anaknya kerja dengan kami. Tapi dia minta gaji RM430 ya... waduh... lumayan. Bagus kalo pandai kerja/reti memasak. Kalo terror masak macam mak dia, mungkin aku boleh consider la.
My dear amah... kalau la ko sedang membaca blog aku ni... ko tau kah betapa sebenarnya aku lebih memerlukan ko dibandingkan dengan majikan lamamu itu?? Dan kerja di rumah kami ni bukannya banyak pun. Setakat menjaga 4-5 ekor kucing. Tapi nak buat camana kan. Bukan style aku tu memujuk/membegging... So, terpaksa la aku menerima hakikat kehilanganmu.
Kawan-kawan di luar sana... simpati la kepada diriku ini. Kalo ada amah-amah kamurang ya mempunyai kawan/amah yang ingin bekerja, silalah hubungi saya. Terima kasih.

No comments: