Monday, July 21, 2008

Journey To The Center Of The Earth

Semalam aku dan hubby ke 1B tengok wayang Journey to the Center of the Earth. Best la cerita ni. Lebih best dari wayang Indiana Jones yang aku tengok tempoh hari walaupun kenyataannya hanya 3 orang saja pelakon utamanya. Ceritanya mengisahkan seorang Professor (Brendan Fraser) dan anak buahnya pergi ke ekspedisi saintifik di Iceland dengan dibantu oleh seorang perempuan (Local Guide) dan malangnya telah terperangkap di dalam sebuah gua. Semakin mereka ingin mencari jalan keluar dari dalam gua tersebut, semakin dalam mereka masuk ke lapisan perut bumi. Yang seronoknya, macam-macam pengalaman yang mereka lalui semasa mencari jalan keluar seperti terjumpa giant flying piranha, man-eating plants, dinosaurs, glow birds etc. Pokoknya best la bah cerita ni. Korang tengok sendiri la. Malas aku mo cerita dalam ni.

No comments: