Tuesday, December 2, 2008

Happy Birthday Boss!!

2 Disember 2008, kami buat surprise party untuk Boss di ofis yang dihadiri oleh semua staff Bendahari. Malas la aku mo menceritakan kisah birthday ni... , biarlah korang tengok ni gambar dan faham-faham sendiri la. Lagipun, boleh dikatakan semua staff pun rasanya ada di situ time tu (DISEBABKAN KANTIN MAJU CAFE TUTUP TU KAN... JADI TIADA TEMPAT KORANG UNTUK MAKAN). Boleh nampak dari muka boss yang dia terharu dengan sambutan harijadinya yang ke-47 ni. Macam dia kata first time la kena celebrate besar-besaran... hehehehe... (Terus teringat aku dengan si Inai @ Stella masa kami celebrate birthdaynya di Hotel Karamunsing @ Hotel Beverly duluuuu....di mana tiba-tiba semua pekerja dapur hotel telah keluar dan menyanyikan lagu hepi birthday untuk dia... hehehehe.....)
Apapun Boss.... kalau...., KALAU la ko terbaca blog aku ni... wish you... SELAMAT HARI JADI dan semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki... amin.... (memang PA mu ni sentiasa ingat birthdaymu.... tidak pernah lupa...)



Gedik orang ofis....


No comments: