Sunday, December 28, 2008

Restoran Seri Melayu

Ini adalah sambungan kepada cerita jalan-jalan cari makan semasa bercuti di KL tempoh hari. 19 Dec 2008 yang lepas, me & hubby and sisters (kecuali amoi) pergi dinner di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, KL. Sebenarnya, laki aku ni suka betul dengan masakan melayu... mesti mo makan nasi. Kalau bawa makan western, kena pastikan yang dia tak berapa lapar. Kalau lapar... jawapannya... nasi hidang laa...
Okay... dari dulu lagi lakiku ni memang mati-mati mo bawa kami makan di Restoran Seri Melayu ni. (Sebelum ni memang dia sudah pernah pigi) Entah apa jugak keistimewaannya. Even masa kami bercuti di Perth pun dia mau cari tu Restoran Seri Melayu. Nasib baik aku meyakinkan dia bahawa restoran tu jauhhhh.... jadi, ndak la kami pigi. Hihihihi...
So, akhirnya... ini la dia... enjoy the pictures...

Kambing yang kena siksa... (Aku rasa ini jak speciality restoran ni. Bila aku tangkap gambar kambing ni, semua la orang putih/India/tourist la pokoknya pun ikut-ikut ambik gambar)

Dalam perut kambing ni pulak ada nasi minyak. Kira sedap la..

Kak Itok tengah mengaut nasi minyak.

Tapi.. yang setannya tu... adakah si Elsa boleh cakap yang dia geli tengok tu kambing diikat/dibakar pasal dia terbayang macam bentuk seekor anjing yang sedang dipanggang. Sudah tu, dalam perut kambing tu ada nasi minyak. Bulih-bulih dia cakap dia terbayang ulat giok macam dalam perut bangkai anjing yang sudah mati!!! Astaga... Bikin geli. Nasib aku sudah kenyang time tu. Hahahaha

Elsa tengah mengaut sup ekor yang ndak sedap!
Gambar-gambar di bawah ni pulak adalah sebahagian daripada lauk pauknya.... (Sorry gambar tak brapa clear pasal guna i-phone)


Ini pulak sebahagian daripada dessertnya... yang ni bubur durian campur pulut... mmm nyummy....




Haa... dia ndak mo kalah dengan Portview or Kg. Nelayan... siap ada cultural show...
Rating ***
Ndak berapa sedap la... bulih-bulih la... bagus lagi makan buffet di hotel. Sebab pricenya pun lebih kurang hotel. Kalau malam, makanannya semua buffet. No ala-carte. Kalau tak silap satu kepala RM70.00++!!

2 comments:

Norti Sirin said...

Mimi;

menakutkan kambing tu, x sampai ati mo makan hehe

Nots

Blossom said...

Kesian tu kambing kena ikat macam tu......uhu..uhu