Wednesday, August 12, 2009

Real Vacuum

Kali ni bukan cerita pasal kucingku si Vacuum.  Kali ni cerita pasal Vacuum Cleaner atau penyedut hampagas cakap melayunya. Hahaha...

So, dijadikan cerita, hari tu aku ada ikut ni  Stick & Win Contest di 1Borneo.  Peraduan bermula pada 1 Mac - 21 Jun 2009.  Beli barang RM10.00 akan dapat sekeping setem.  Setem hendaklah dikumpul sebanyak 50 keping dan dilekatkan dalam kad yang telah disediakan seperti gambar di bawah ini.

 

So, 3 minggu lepas tu, aku telah dihubungi oleh pihak pengurusan 1Borneo. Dorang bagi tau bahawa... aku telah memenangi salah satu cabutan bertuah stick & win  iaitu sebuah Vacuum Cleaner jenama Panasonic.  Gembira pun ada dan kecewa pun ada.  Kecewa pasal tidak dapat 1st prize (kereta) hahahaha!! Tapi dalam masa yang sama gembira pasal tersenarai juga di bawah orang-orang yang "lucky". Ya laa... bukan senang mo dapat lucky draw ni... hanya orang yang betul-betul "lucky" saja bah yang dapat ni. Sukanya aku... kembang-kembang sudah hidung aku ni. Hahahaha...Management 1B tu bilang, aku orang yang ke-19 yang dia call daripada 101 orang yang tersenarai. Padahal punya ramai orang ikut ni contest. Sebenarnya yang "lucky" tu adalah my hubby bah tu.  Masa aku isi ni form kan, aku simpan nama dia. Tapi dia tidak tau yang aku simpan nama dia but no. telefon pula aku simpan number aku sendiri. Bayangkan... ada 30 keping kad yang aku masukkan dalam box tu... hanya satu saja yang sangkut. Hmm... kira ok juga la bah kan... daripada tiada langsung.

Nah... ini laa vacuum yang dimaksudkan tu. Enduk bah... kecik jak bah... tapi sudah free kan... ambik saja la... kot-kot boleh juga kasih hadiah untuk orang kahwin. Hehehe...


1 comment:

Cath J said...

Helooo my fren....wah wah wah...menang vacuuummmm ahh... kau nda mau ??? kasih sia lah....I mau bikin vacuum kreta....hihihihi....