Tuesday, November 30, 2010

Guardian Angel

Sudah lama tidak blog.  So hari ni aku mau blog.  Tajuk blog saya hari ni adalah pasal permainan GUARDIAN ANGEL.  Kalau kamurang ingat lah kan... saya sudah pernah blog ni pasal kisah permainan ni.  Tapi... kalau kamurang tidak ingat... tidak apa... mari saya terangkan balik pasal permainan yang kami namakan GUARDIAN ANGEL ni.  

Permainan "Guardian Angel" ni macam "exchange gift" la bah... tapi kita tidak boleh pilih orang yang kita mau bagi gift tu.  Kena main cabut nama.  Tengok nasib la.  Kalau kena dengan orang yang kita suka ok laa tu... tapi kalau kena dengan orang yang kita kurenggg suka... hehehe... kena terima laa kenyataan tu... hahahaha....

Kami start main ni game sejak tahun 2008 sempena menyambut Hari Natal... walaupun ada di antara kami ni tidak menyambut X'mas... tapi kami ikut jugak main ni game sebab orang bilang... JUST FOR FUN bah... suka-suka gitu... kita kan SATU MALAYSIA.  Hahaha...

Okay... syarat-syarat permainannya adalah seperti berikut:-
(senang cerita aku copy balik la syarat-syaratnya dari post ku yang dulu tu. Hihihi...)

1. Mula-mula kami senaraikan nama kawan-kawan yang hendak mengikuti game ini. (Sambutannya boleh tahan ooh. Seramai lebih 80 orang staff Bendahari telah menyertai permainan ini.  That's why i lurve my opismate sebab senang diatur dan dengar cakap.  Huhuu... ).

2. Urusetia akan menyediakan nama-nama orang yang menyertai game ini dalam sehelai kertas kecil dan memasukkan nama-nama tersebut ke dalam sebuah kotak. Setiap orang dikehendaki untuk mencabut nama kawan-kawan yang telah disediakan di dalam kotak tersebut. Nama yang telah dicabut adalah merupakan "Angel" anda dan kita yang mencabut ni pula adalah merupakan "Guardian Angel". Meaning to say, semua orang akan jadi "Angel" dan dalam masa yang sama jadi "Guardian Angel" juga.

3. Nama "Angel" anda adalah rahsia. Hanya anda sahaja yang tahu. Kalo kasi tau orang lain ndak la surprise kan. Anda hendaklah menyayangi dan menggembirakan hati "angel" anda. Macam-macam cara yang anda boleh lakukan kepada "angel" anda supaya dia sentiasa gumbira. Macam "secret admirer" la bah ni konon. (Konon boleh jugak kalo mo hantar "hadiah kecil-kecilan" kepada "angel" anda melalui orang tengah.  Hadiah kecil-kecilan bermaksud seperti makanan/minuman/benda-benda cute or apa-apa saja yang anda murah hati hendak bagi just untuk mengambil hati/menggembirakan angel anda).

4. Setiap "Guardian Angel" dikehendaki menyediakan "hadiah sebenar" kepada "angel" masing-masing. (Note: Hadiah sebenar hendaklah bernilai RM10.00 ke atas dan hadiah berbentuk makanan adalah tidak dibenarkan.  Tetapi untuk kes "hadiah kecil-kecilan" makanan adalah dibenarkan).

5. Tarikh akhir pemberian hadiah kepada "angel" masing-masing adalah pada 20 Disember 2010 (tarikh terpaksa diawalkan since ramai orang sudah mulai cuti x'mas) 

6. Pada hari terakhir iaitu 20 Disember 2010, "Guardian Angel" hendaklah memberi hadiah kepada "angel" masing-masing (mengikut cara masing-masing la. Kot-kot ada yang mo buat ala-ala kezutan kah) tapi kena la maklumkan kepada "angel" anda bahawa anda adalah "Guardian Angel"nya selama ini. 


So, dijadikan cerita.... hahaha...
Hari ni aku sangat terkejut dan teruja... kerana aku telah menerima "hadiah kecil-kecilan" daripada my Guardian Angel.  Waaaahhh... sungguh terharu ni... pasal apa tidaknya... sebelum ni... dua tahun berturut-turut aku dapat Guardian Angel yang ndak brapa aktif.   Maksudnya... Tiada kezutan-kezutan yang diberikan.  


So... hari ni aku telah dapat makanan ni daripada my Guardian Angel.
Pringles Blueberry & Hazelnut


Sebenarnya bukan makanan tu yang buat aku teruja.  
Tetapi...  kerana ke-kreativitian my GA tu.

Siap main bakar-bakar... hohoho... nehhh... kamu ada dapat macam ni? 
hihihi... Mari kita baca apa yang ditulisnya.  Sungguh menarik sekali.
(Click tu gambar untuk zoom)



Bila aku baca ni ayat-ayatnya kan... macam familiar betul la ni orang.  Tapi siapa ya?? Macam-macam orang yang aku teka.  Hahaha...  Siap aku panggil kawan-kawan opis suruh tengok/baca ni tulisan.  I mean.. siapa agaknya my GA tu.  Macam desperate pulak aku mau tau ya. Hahaha... 

Anyway, thank you my Guardian Angel yang tersayang.  Lurveeeee you.  Sampai sayang aku mau makan ni pringles.  Padahal... D.I.E.T.  Hahahaha... Bisuk adakah lagi tu ya? Hahaha...

2 comments:

CathJ said...

hehehhehehhe... best jugak kan ada mcm tu.... ;ebih2 lagi kalau dapat GA yg aktif...hihihihi....

thase said...

moved here Balenciaga Dolabuy original site dolabuy ysl more information aaa replica bags