Thursday, March 1, 2012

Butter Cake

Hello everybody....  Hari ni si Lady F ada mood mau buat kek kerana kepingin makan Kek Butter yang diajar oleh my kazen ADEK and my auntie KAK ANI.

So, hari ni Lady F akan turunkan sedikit ilmu bagaimana cara-cara untuk membuat kek butter yang ringkas.

Okay puan-puan.... mula-mula.... sediakan bahan-bahannya.

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan:

250g tepung gandum

250g mentega

240g gula halus

5 biji telur (Gred A)

2 sudu teh serbuk penaik

1 sudu teh essen vanilla


Cara-cara membuatnya:

* Ayak tepung dan serbuk penaik (dicampur sekali)

* Asingkan putih telur dan pukul hingga kembang/gebu  

Begini la rupa putih telur tu dipukul hingga kembang.  Gebu kan??


* Pukul mentega dengan gula hingga kembang kemudian masukkan kuning telur yang telah diasingkan dengan putih telur tadi sebiji demi sebiji


* Masukkan essen Vanilla

* Setelah sebati dan gebu, masukkan tepung gandum yang telah dicampur dengan serbuk penaik sedikit demi sedikit.

* Kemudian masukkan putih telur dengan menggunakan sudu besar dan digaul rata

* Setelah adunan sebati, bakar kek pada suhu 180c selama 40-45 minit.

Nahh... mudah dan ringkas kan resepi ni? Lepas 45 minit... kek saya sudah siap dibakar.  Wangi kan??? Hmmmm..... Sedap ni...  Tak percaya? Sila la try buat.  Jangan malas ya.

SELAMAT MENCOBA....


3 comments:

Rose Flower said...

Psst...cuba len kali antar sikit pigi sini upis...mo juga rasa bah hahahaha....

CathJ said...

Nanti aku cuba.... Boleh taruh krim kan ni ? Hihihi

CathJ said...

Kan=kah. Pembetulan :p