Friday, April 13, 2012

An Evening of Kebaya



Aduii... punya lama... mau hampir sebulan baru aku ada masa memblog pasal kami punya Majlis Makan Malam KESUMBA 2012 yang diadakan pada 17 Mac 2012 di Blue Lagoon, Marina Sutera Harbour Resort.  Cian.  Sorry-sorry... aku harap bila aku cuti panjang nanti aku ada masa untuk memblog.  

Majlis makan malam kali ni adalah bertemakan "An Evening of Kebaya".  Untuk makluman, Yang DiPertua KESUMBA telah melantik kamiurang Setiausaha-Setiausaha kepada Pegawai Utama UMS   sebagai Ahli Jawatankuasa untuk majlis makan malam kali ini.  Kamiurang yang dimaksudkan tu adalah si Joe, Natasha, Mariana, Nurul, Kak Sal and me yang menggelar ourself sebagai 6 Jahanam.  Hihihi...  Oh ya! Mana la tau ada yang tidak tau apa tu KESUMBA... KESUMBA stands for KELAB SURI RUMAH DAN STAFF WANITA UMS.

Pelbagai aktiviti telah diadakan pada malam tu seperti games, karaoke, tari menari, cabutan bertuah dan termasuk la acara kemuncaknya iaitu Pertandingan Ratu Kebaya Inovatif.  Seramai 15 orang ahli KESUMBA telah mendaftar diri untuk menyertai pertandingan tersebut.  Peserta yang mengikuti pertandingan ini hendaklah memperagakan baju kebaya yang kreatif dan inovatif dengan mengekalkan keaslian dan ciri-ciri klasik kebaya tradisional tetapi diberi sentuhan moden.

Okay, mari la kita tengok peserta-peserta dengan fesyen baju masing-masing.... (kalau gambar ni kecik, boleh kasi click tu photo to enlarge ya)







Nahh... itu dia.... semua ber-catwalk malam tu... dengan penuh ayu, anggun dan chantek.


Untuk makluman, peserta adalah dinilai berdasarkan kepada kriteria berikut:

 ·       Keaslian (mengekalkan ciri-ciri kebaya tradisional) = 30%
 ·       Kreativiti (kebolehan menggabungkan ciri-ciri tradisional dan moden) = 50%
 ·       Penampilan diri (imej, solekan dan dandanan) = 20%

Daripada 15 peserta di atas, pihak juri telah memilih 7 orang wanita ini untuk sesi round 2 dan mereka diminta untuk catwalk sekali lagi.  





Sementara menunggu keputusan juri dibuat, Yang DiPertua KESUMBA telah diminta untuk membuat 3 cabutan terakhir tiket bertuah.  Hadiah Grand Prizenya adalah LCD TV 40 inch bernilai RM1299, hadiah kedua ialah handphone Samsung Wave bernilai RM999 dan hadiah ketiga adalah Washing Machine bernilai RM799.

Tanpa membuang masa, saya ingin maklumkan kepada kamu bahawa... eh malu pulak aku mau cakap bah.  Hahahaha.... Kamu tengok sendiri la gambar ni ya.


Nahhh... kamu nampakkah tu aku ketawa berabis?? Apa ertinya tu? 
Hahahahaha....


Yeayyyy.... aku menang tu handphone!! Wehooo.... 
Jeleknya aku di gambar ni.  Hahaha...

Time tu kan, ndak juga aku sangka bah yang aku akan menang handphone.  Padahal aku tu pok TV bah tu. Hahahaha.... Bila kena annouce tu nombor 015 terkejut jugak aku.  Pasal time tu aku memang bertugas di atas pentas dan tengah pegang tu handphone untuk dipass kepada YDP KESUMBA.  (Sebab aku AJK Hadiah).  Itu yang aku terpaksa turun dari pentas untuk ambik tiket aku dengan si Yati.  Hihihi...  Happy punya pasal sampai ndak ku peduli bah siapa yang menang TV time tu. Hahaha...  Congrats to my friend/opismate - Silawati sebab dapat tu washing machine la.  Happy and tumpang gembira aku kalau orang ofisku sendiri yang dapat cabutan bertuah.

Okay... Majlis malam tu telah ditamatkan dengan pengumuman Ratu Kebaya Inovatif KESUMBA 2012 yang telah dimenangi oleh Cik Jurinah Johnny dari Jabatan Pendaftar dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM500.  Manakala tempat kedua telah dimenangi oleh Puan Aznaem Azilah dari Jabatan Bendahari dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM300 dan tempat ketiga dimenangi oleh Cik Ima.R dari Pejabat Pendaftar dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM200.


Sebelum pulang tu, kami sempat mengadakan kezutan harijadi untuk si Joe malam tu.  Hihihi... Happy Birthday Joe.  May God bless you.


Ini la 6 Jahanam tu.  Hihihi...
From left:  Joe, Kak Sal, Mariana, Tasha, Nurul & me


Sempat bergambar dengan para juri


Lama sudah Baby C tak keluar-keluar dari kotak. Baru laa keluar malam tu. Cian...


Kami 6 Jahanam turut dibantu oleh rakan-rakan Setiausaha yang lain.
Thanks a lot guys...


Ramai yang sudah pulang.  So, ini saja yang ada.  Bulih laa kan....





1 comment:

CathJ said...

Wahhhhhh.... Menang hp! Bertuah betul.. Hp apa tu sampai buat lafy f ketawa betul ni? (ketawa lebar2 pun tetap juga lawa... Ehhh... Nda asih oh..hihi).