Tuesday, May 22, 2012

A Fairy Tale - Kisah si Pari-Pari

Hi! I'm back. Masih ingatkah kisah makan malam "Masquerade Night"ku? Hehehe. Well, malam tu aku telah digambar oleh dua orang photographer yang aku tidak kenal.  Aku cuma tahu dorang tu adalah photographer yang dilantik oleh pihak penganjur majlis makan malam tersebut.  So, gambar ni adalah salah satunya yang aku kena tag dalam FB.


Ceritanya begini.... itu photographer yang bernama En. Ag. Shahrin also known as Shar Reign Fotografi telah add aku di FB dan inbox me.  Dia tanya samada aku biasa buat photoshoot kah dan berminat untuk diphotoshoot.  Sebab dia kata dia ada projek yang mau dipropose kepadaku.  Aku cakap aku tidak biasa photoshoot tapi pernah la buat photoshoot time ambik gambar kahwin hari tu.  Itu ja la.  Then dia bagi tau la dia mau jadikan aku sebagai modelnya untuk photoshoot projek yang bertemakan "Pari-Pari".  Awal-awal lagi dia sudah berterus terang yang dia tidak mampu untuk buat bayaran kepadaku.  Dia hanya boleh kasi aku softcopy gambar-gambar yang telah diambik nanti.

Dia bilang ngam sudah baju yang aku pakai malam tu, cuma tidak perlu pakai masquerade.  Tu masquerade diganti dengan stick pari-pari jak.  Cadangan photoshoot adalah outdoor dan berkemungkinan di kawasan taman/berlatar belakangkan pokok-pokok.  Dia cakap dia bukan mau ambik gambar biasa-biasa.  Katanya dia mau buat satu kelainan seperti pari-pari kecewa dengan sayap/tongkat yang patah lebih kurang macam tu la.  Projeknya ni lebih kepada photo editing. Dia akan buat gambar aku bila siap nanti ada sayap pari-pari konok. Hihihi... lucukan. Macam di alam animasi pulak aku rasa.  Dia kata kalau sempat siap, maybe my photo ni boleh dimasukkan di pameran fotografi yang akan diadakan pada 19 Mei 2012 di 1 Borneo.

So, aku pun setuju la pasal aku anggap photoshoot ni ada special sikit sebab ada kelainan.  Jarang-jarang juga tu ada orang bergambar sebagai pari-pari.  Asyik-asyik orang selalu buat photoshoot berlatar belakangkan laut senja dan main air.  So, why not yang ni si pari-pari di dalam hutan? hahaha....

Akhirnya photoshoot telah berjaya diadakan pada 13 Mei 2012 (Sunday) jam 1.00pm bertempat di kawasan ODEC, UMS.  Alhamdulilah cuaca agak ok juga hari tu. Tidak la panas sebab kami berada di bawah pokok-pokok besar.  Sesi pengambaran dilakukan oleh 6 orang photographer termasuk si Cdar dan Radi.  Sebenarnya aku memang bawa si Cdar, Yati dan Rati sebagai temanku time sesi pengambaran tu.  

Punya la aku kekok sebab 6 orang sekali ambik gambarku.  Dasyat. Macam artis ooo. Hahaha... Aku tengok si Yati asyik kasi ketawakan aku jak. Macam-macam gaya bah aku kena suruh buat.  Disuruh konok aku buat aksi melompat la, berjalan-jalan sambil ketawa/senang hati la, posing macam ballerina la.  Bukan senang mau jadi ballerina sebab kena balancekan badan ooo.... silap haribulan jatuh!


Sesi fotografi selesai dalam jam 4.30pm kerana tiba-tiba hujan ribut melanda ODEC la pulak.  Almaklum laa kawasan tepi laut.  Tapi sempat juga kami bergroup photo dengan cuaca yang gelap tu.   So, ini la muka-muka photographernya.  Mr. Anthony Wong tu datang all the way from Keningau aar...semata-mata untuk buat photoshoot/terlibat dengan this project and si Ag. Shahrin pulak from Bongawan.  Aku rasa paling banyak ambik fotoku ialah si Aj Azazi.  Dia la yang tentukan aku buat posing macam mana. Menurut si Ag. Shahrin, si AJ tu kepakarannya buat photo editing.  Yang baju merah tu adalah isteri si Aj Azazi.  Dia la yang kasih lukis corak di mukaku tapi mekap aku sendiri ya.  Muka si Radi tiada dalam gambar ni pasal dia kena balik awal untuk hantar si Esda pulang. 

Setelah 2 hari kemudian, aku telah di-tag beberapa keping foto di FB oleh si AJ Azazi.  Mau tingu trial photo yang dia buat??? Hehehe... jan kamu ketawa ya.  Jaga kamu sana.


@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@

Tadaaaa......


Begini la bah contoh gambar/foto yang dorang mau masukkan dalam pameran tu konok. Lucu kan?? Hahaha....



Yang ni siap ada api. Hihihi..



Sayapku juga la yang mantap.  




Hahahaha... mana kamu dapat pari-pari cina dari Hongkong.  Hahahaha....



Haa.. yang ni boleh masuk dalam kalender cina 2013, Miss September.  Hahaha...


Yang ni pulak boleh bikin kad tahun baru cina 2013. Macam mercun pulak tu merah-merah. Hahaha



Foto yang ni pulak ditag oleh Mr. Anthony Wong dengan menggunakan lens barunya konok.  Hehehe.

Aku belum nampak lagi hasil foto-foto yang lain especially from si Ag. Shahrin.  Maybe dia belum ada masa lagi sebab hari tu dia memang ada bagi tau sama aku yang dia masih busy.  Dia kena buat photo masquerade night tu dulu then baru buat my photo.  Huhuuuu.... can't wait.

Oh ya!! Unfortunately to tell you that my foto tak sempat dimasukkan dalam pameran di 1B pasal last kena hantar foto adalah pada 17 Mei 2012 hari Khamis lepas. Si Shah inbox me dalam FB mengasi tau kekecewaannya. Huhuuuu...  So, begitu saja la kan.... kisah si pari-pari... hehehe.... at least saya sudah merasa jadi si pari-pari.  Hahaha...



4 comments:

CathJ said...

Aku suka gambar paling last... Lawaaaa...

Lawa jg la yg lain... Tapi kesukaan betul aku yg last... Kalau ada wings lagi kiut... :)

rahma78 said...

aku pulak suka gmbr yg first tu. cute ko sana moi, mcm kanak2 riang ;)

mjirah said...

Paling suka gambar ko yang bagi flying kisses.....

@dR3h said...

Gambar paling last yg paling cun bagi aku.. betul cakap si CathJ.. kalau ada wings lg mengancam tu :D