Ketika sedang boring-boring di petang hari, aku telah ternampak orang main ni game di FB. How old do you look on your profile picture?? So, tanpa melengahkan masa... aku pun click la tu link kan... nah sekali tengok...ehem-ehem... pandai betul ni barang mengampu aku bah. Hahaha... kena kasi diskaun umurku. Tapi sikit jak diskaunnya. Hahaha... kedapatan terus aku bah tu umur. Hahaha...
Cakap pasal umur ni kan... ehem-ehem... ndak lama lagi ada orang mau sambut harijadi. 2 bulan lagi konok. Nahhh bersedia la kamu sana aah... apa aku mau aah??? I think i should make a wish list.
Di mana la konok aku mau buat harijadiku tahun ni ya??? any idea?? Last year aku buat di Presidential Suite, Hotel Hyatt kunuk. Tapi macam aku tidak pernah blog la kan kisah harijadiku tahun lepas... apa ndak... tragedi September bah kalau aku ingat-ingat semula birthdayku tahun lepas tu. Bulih-bulih aku kena admitted di SMC di harijadiku kerana aku ditimpa sakit. Duinaaa....malangnya tu. Ndak ku mau bah terjadi lagi sama aku. First time aku tidur di hospital. Nasib laa ada mamaku jaga aku time tu.
So, akhirnya birthdayku disambut 2 minggu selepas tarikh sebenar kelahiranku.
Glamer kunuk celebrate birthday di Presidential Suite... mak kauuuu.... nasib baik la mak dapat bilik ni FREE. Ingat lagi kah yang last year aku ada pigi Private Line Appreciation Party anjuran Hotel Hyatt tu? Alaa... yang Blockbuster Night tu bah.... yang aku menang lucky draw tu. Ooopss... macam tiap kali pun aku ada menang lucky draw ooo. Hehehe..... sungguh bernasib baik bah si Lady F ni. Syukur alhamdulillah... ke atas limpahan rezeki dari Allah S.W.T. Aku bersyukur kepadaNya.
So, begitu la bah tu konok..... aku telah men-celebrate my birthday yang ke-36 tahun di Presidential Suite, Hotel Hyatt. Tak ramai yang aku jemput time tu sebab majlis hanya kecil-kecilan saja.
Mari kita tengok sikit-sikit gambar harijadi tahun lepas. Hihihi.... Seronok jugak ni kalau tengok balik gambar-gambar dulu. Maybe boleh juga dapat sedikit idea/penambahbaikan untuk harijadi yang akan datang ni. Hihihi...ehem-ehem.... Attention to Putera Mahkota dan Putera Idaman. Please take note ya my boys....
Cantikkan presidential suite nya. Agak luas. Boleh main bowling. Ada satu bilik, 2 tandas, dapur, meja makan dan ruang tamu yang sangat luas...
Ini tandas bilik. Tandas luar lain lagi. Ada jacuzzi - boleh rendaming sambil ber-seaview dan tengok tv, ada separate shower room, tempat berak pun asing...
Yang ni biliknya. Simple saja.
Wardrobe ada bilik khas. I like.
Ini sebenarnya dining room. Tapi kerusi semua dikasi ke tepi untuk hidangan buffet.
Terpaksa tutup tabir time tu pasal camera man susah mau tangkap gambar sebab silau.. matahari mengadap time tu. Maklum laa... mau masuk waktu senja time tu.
Oh ya! Makanan tidak termasuk dalam pakej penginapan free ya. Makanan tu pihak hotel yang cater. So, aku cuma perlu bayar makanan sahaja untuk majlis tersebut.
Ini laa orang-orang kuatku yang berusaha made my birthday so very special pada hari itu. Diorang la yang hias dan beli barang-barang persiapan untuk my harijadi. Thank you guys for helping me and always be there for me.
Dan yang ni lagi laa orang paling penting dalam hidupku. Hehehe.... I luv you En. Awang. Tahun ni aku masih belum ada tema bah. Oh ya! Last year temanya adalah colour putih. Semua tetamu jemputan diminta untuk memakai baju colour putih! By the way, kurusnya aku di sini. Ya laa... baru lepas sakit kan. Pity me.
Ini adalah rupa kek ku tahun lepas. Kek berbentuk beg tote LV monogram. Chantek kan??? Sampai sayang mau dipotong. Hahaha...
So, for this year... to whom it may concern.... aku mau kek harijadiku macam ni ya. Boleh kah? Tapi aku mau bunga Rose yang hidup bah. Kalau bunga palsu aku takut tak chantek kecuali la kamu beli bunga rose yang dijual di kedai Just For You. Ada kelasss gitu. Auwww... hihihi...... Sila la print gambar ini untuk persediaan. Hahaha... terima kasih putera-puteraku.
Siapa yang mau tengok video aku tiup lilin tu..... nah... sila la click youtube ini. Terima kasih Putera Mahkota kerana ambik video ini ya. Aku sukaaa..... untuk disimpan sebagai kenang-kenangan. So, aku boleh tengok bila-bila saja.
1 comment:
Cepat2 buat wishlist... Supaya kami boleh main pilih2... Hihihi... Wow the cake superc pretty!!!!!! Senang betul mau kasih buat.....
:)
Nampaknya aku pun mau buat wishlist ni tau... Aik??? :p
Post a Comment