Saturday, July 28, 2012

Tulle/Tutu Skirt

Aku minat sangat sama tulle/tutu skirt kah ni yang kamu panggil ni? Alaa... skirt yang bertingkat-tingkat tu la.   Well, tidak semua orang ngam pakai skirt bertingkat kan.  Sebab kadang ada orang akan nampak gemuk/lebar/pindik bila pakai skirt bertingkat ni.  Tapi kalau aku yang pakai.... aku terasa semakin tinggi la pulak.  Hahaha... thats why i likeeee... Boleh nampak yang aku sangattttt minat dan teruja sama skirt tulle/tutu.  Tengok jak gambar-gambar di bawah ni.

Setiap kali aku pakai ini skirt, mesti ada orang akan puji baju/skirt aku tau.  Hihihi... Padahal aku pakai tu skirt  kasi mix and match jak.  Kalau kamu mau tau... aku beli skirt hitam readymade ni di sanaaa butik Mimpikita.  Lama bah sudah... last year lagi.  First time aku nampak tu skirt aku terus jatuh chenta ya.  Hehehe...  Ngam-ngam tinggal satu jak tu skirt jadi aku terus beli la.  Dengan skirt tu... macam-macam style baju aku boleh kasi match.


Seperti ini... Yang ni aku kasi match dengan blouse Rizman.R.  Chantek kah aku? Hihihi... Ini ketika aku sedang menghadiri majlis fashion show by JKhan & RJ Couture Edge of Season.


Yang ni aku kasih match dengan baju kurung moden pendek bewarna pink.  Yang ni ketika aku sedang menghadiri majlis perkahwinan anak buah.  Macam ala-ala penyanyi/penari mexico la pulak aku. Toinkkk...

 


Yang ni pulak aku match kan dengan tube sequin bling-bling.  Gambar ini diambil ketika sedang menghadiri Majlis Makan Malam Art Style & Beauty Activist Association (ASBA) yang bertemakan Glamorous & Glitter.




Selain itu, skirt ini jugak boleh dikasi match dengan kebaya pendek seperti yang diperagakan oleh si Pecinta Ungu (baju hitam) ketika mengikuti pertandingan Ratu Kebaya bulan Mei 2012 lepas.  Ngam dan match jugak kan?  Nah... tidak rugi aku beli tu skirt kan.  Macam-macam style boleh dipakai.  Nampak elegant dan mesti orang akan puji skirt tu.  Dorang pikir aku bikin tu skirt.  Padahal readymade jak.  Hihihi...


Yang ni pulak skirtnya aku main buat.  Aku minta tailor yang tolong jahitkan untuk aku.  Terima kasih kepada si Puteri Epal Merah Jambu kerana memberi idea untuk membuat ni skirt.  Pssttt... anggun kan aku berkebaya pink.  Sila jangan muntah ya. Hahahahaha....



Yang ni pun kira skirt tutu yang pendek la kan.  Yang ni ketika aku sedang menghadiri Masquerade Nite.  Aku jadi si pari-pari Tinkerbelle kunuk. 

Nahhh yang ni apa pulak?? Haa.... yang ni ketika sedang menghadiri Majlis Appresiasi Private Line Hyatt yang bertemakan Olympic Nite konok.  Jadi konok aku ni jadi pemain tenis la konok.  Hahaha.......... main tenis pun ada hati mau pakai skirt tutu pindik!!  Warna pink lagi tu! Lawa laa.... 



Sekian, just for sharing my minat terhadap tutu skirt....

3 comments:

Mitchamorchell said...

cantik tak tutu skirt.. mmg suit with sis..

mjed said...

iya...iya...iya...

CathJ said...

Very nice... Kalau saya... Saya panggil layer skirt atau Ruffles la bah tu kunun2... :)

Lawa... ;)