Thursday, October 9, 2014

Kisah Periuk


Mesti kamu hairan kenapa aku ambil gambar periuk buruk ni kan? Hehehe… hari ni aku mau cerita pasal kisah periuk ini.  Periuk ini adalah merupakan pemberian daripada kawan-kawan ofis lamaku sempena harijadiku 14 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2000.  Kalau tidak silapku, memang aku sendiri yang request supaya aku dihadiahkan periuk memasak memandangkan time tu aku baru saja mendirikan rumahtangga.  So, kiranya this is my first periuk non-stick jenama apa ni ya… macam Vision kah.  Kalau tak silapku harga dalam sekitar RM80 dan dibeli di Parkson.  Dulu-dulu kutipan staff di Bendahari macam RM5.00 seorang dan staff Bendahari time tu pun masih sedikit.  Lama-lama… pandai up sudah bajet dorang pasal sudah lama kerja dan mungkin juga pasal dorang terlebih sayang sama aku kali.  Terasa diri ini begitu berharga…. toinkkk…

Jadi aku mau kasi tau kamu ni.  Kamu tingu bah ni rupa periuk.  Umur sudah 14 tahun.  Tapi sampai sekarang aku masih pakai walaupun kedua-dua telinganya telah putus tapi penutup kacanya pula masih dalam keadaan baik walaupun boleh dikatakan periuk ini mostly digunakan seharian memandangkan periuk ini adalah periuk kegemaranku disebabkan sizenya tak begitu besar dan tak begitu kecil… orang bilang… just nice la.  Boleh masak sup ikan, boleh juga masak ayam kicap.  Hehehe…

Actually, aku sudah tidak pakai ni periuk untuk masak masakan kami sejak 2 tahun lepas memandangkan keadaan dalam periuk sudah terkupas-kupas.  Hilang sudah non-stick nya ya. Sorry tak sempat ambil foto dalam periuk sebab ada ikan masih di dalam periuk.  Tetapi aku masih gunakan periuk ini untuk merebus ikan kucingku setiap hari!

Walaupun periuk ini sudah buruk, aku masih sayang dengannya.  Banyak juga kuali/periuk lain yang buruk yang aku sudah tidak gunakan dan telah dibuang.  Tetapi yang ini juga yang paling kena sayang.  Hahaha…. Begitu banyak jasanya kepadaku dan setiap kali aku tengok ni periuk aku mesti terkenangkan ianya adalah pemberian harijadiku dari kawan-kawan lamaku.  Kalau pun satu hari nanti aku mau buang, terpaksa la aku minta kebenaran dengan mereka terlebih dahulu.  Hahaha...

Aku ingin ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan ofis lamaku yang telah menyumbang membelikan aku periuk ini.  I love you all.  This post is dedicate to you all.  Kalau la aku masih ada di dalam CERMIN… memang aku akan post kisah periuk ini di dalam CERMIN.

Tq Zally, Saima, Muha, Bad, MEO, Kak Tipa, Inai, Kak Beth dan yang lain-lain…. i miss all of you.


No comments: