Tuesday, February 24, 2015

SMS From Shell

Tadi tengahari aku terima sms dari nombor di bawah ni.  Mengatakan bahawa aku telah memenangi cabutan bertuah RM30,000 from SHELL.  Wahhh... punya la best dalam hatiku kalau betul... siapa mau kasih kita duit RM30ribu oooo.





Aku siap pigi website www.shell-sdn-bhd.hol.es untuk kepastian.  Memang nampak wujud la  nombor siri 881234 - di bawah pemenang RM30,000.  Senang hati konok aku.  Siap berangan.  Tapi bila fikir punya fikir... there is no easy money.  Mustahil la bah SHELL mau kasih aku duit RM30,000.  Contest SHELL pun aku tiada ikut.  Hihihi.

Lepas tu aku pun google la... then aku terjumpa satu blog ni.  Dia kata tu semua tipu. Dia pun pernah dapat sms macam tu juga.  So dia hantar emel kepada SHELL.  Dan pihak SHELL telah reply dia seperti berikut:

Selamat Sejahtera.

Terima kasih kerana menghubungi Shell berkaitan isu khidmat pesanan ringkas yang melibatkan nama Shell.

Untuk pengetahuan anda, Shell tidak akan menghantar sebarang pesanan melalui khidmat pesanan ringkas kepada pemenang.Semua pemenang akan dihubungi melalui telefon dan kami tidak memerlukan pelanggan/pemenang untuk memberitahu nombor akaun anda.

Khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima oleh anda adalah satu penipuan dan untuk pengesahan anda boleh layari laman web Shell di www.shell.com.my

Sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Shell di talian 1-300-88-1808 untuk keterangan lebih lanjut.

Thanks&Rgds

Nazrina

Shell Malaysia Trading Sdn Bhd (6087-M) or Shell Timur Sdn Bhd (113304-H) whose registered office is at Bangunan Shell Malaysia, Changkat Semantan Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur Malaysia.Shell Malaysia Trading Customer Service CentreShell Business Service Centre Sdn Bhd3450, Jalan Teknokrat 3Cyberjaya63000 - 

See more at: http://www.the-faceblog.com/2012/11/penjelasan-dari-pihak-shell-malaysia-berkenaan-isu-sms-cabutan-bertuah.html#sthash.03ptAM2a.dpuf


Jadi kesimpulannya.... jangan mudah percaya sekiranya menerima sms yang mengatakan anda memenangi cabutan bertuah daripada SHELL.  Aku rasa bukan saja aku pernah terima dari SHELL.  Sebelum ni ada juga aku pernah terima sms or email dari lain-lain pihak tapi aku tak pernah ambil peduli.  Tapi hari ni aku try google dan... ini la yang aku jumpa.  Konpom la memang penipu.  Takut la nanti kalau kita terpedaya dan terbagi maklumat nama penuh, IC atau alamat rumah... entah apa akan jadi pulak.  Iskk... scary...  Entah apa juga muslihat sebenar dorang ni yang mau menggunakan nama SHELL.  Kalau sudah penipu tu... memang penipu la tu.  Yaiii... minta-minta la kita dijauhkan dari orang-orang penipu ni.  Nah membebel sudah aku. Ok la bye!

P/s:  Nombor siri 881234 tu bagus try beli toto.  Kot-kot menang 30k! Hahaha.