Wednesday, July 13, 2016

Resepi Ikan Masin Tumis


Kamu tingu ni gambar…. kalau boleh kasi zoom sikit.  Apa kamu rasa?? Kembang air liurkah? Nahhh…. lakiku puji aku masak ni ikan masin aar… Jarang-jarang juga dia ni memuji.  Lepas aku masak ni dia buat statement begini.  "Lai… ini la masakanmu yang paling sedap yang aku pernah rasa".  Aku macam ndak percaya kena cakap begitu.  Well… tau la kan… aku ni bukannya pandai memasak.  Bila dia cakap begitu… dalam hatiku… biar betul dia ni.  Takkan laa masakan gulai ikan merah favouritenya yang si MC ajar pun kalah.  Biar betul dia ni.

Jadi since ada sudah yang bertanyakan resepi… meh sini mak kongsi resepi yang mak dapat ni dari my KKS - Norizan.  Sebenarnya sebelum ni Norizan pernah masakkan untuk kami… untuk dibawa ke Umrah. Tiba-tiba rasa rindu dan teringin pula mau makan ni ikan masin.  So, mak pun minta la  resepi dengan Norizan.


Bahan:

1 ekor ikan masin (dipotong kecil-kecil/size ikan besar sikit dari tapak tangan)* 
(Norizan suggest guna ikan Baracuda.  Tapi aku pakai ikan putih pun ok juga).
3 biji bawang putih (dihiris)
2 biji bawang besar (dihiris)
5 tangkai lada besar merah (dihiris)
Sedikit lada padi (pedas ikut suka/dihiris atau ditumbuk)
Air asam jawa (2 jari asam jawa/air setengah gelas)
Minyak masak (agak-agak 1 cawan kopi)
4-5 sudu makan gula
Sedikit ajinomoto

Note:  *Ikan masin direndam dalam 30 minit - ikut suka kemasinan.  Kalau mau kurang masin kena rendam lama sedikit.

Cara-cara masak:

1.  Goreng ikan masin yang telah direndam/dipotong kecil-kecil 
     (Tak perlu goreng lama/asal kuning-kuning sikit terus angkat)
2.  Tumis bawang putih, bawang besar, lada besar dan lada padi dengan menggunakan 
     minyak bekas gorengan ikan masin tadi hingga layu
3.  Masukkan air asam jawa, gula dan ajinomoto
4.  Masukkan ikan masin dan gaul sekejap
5.  Selesai - boleh dihidang makan dengan nasi putih berkali-kali


 (Jeleknya sabanku… tapi tu la yang bikin sadap. Hahahaha)


Selamat Mencuba

#masakansedap #ubatdarahtinggi #makananbahaya #bikinbertambahnasi #bikinbuntinghahahaha