Friday, March 27, 2020

Tabung Bantuan Khas Covid-19 UMS





Kepada syarikat-syarikat, NGO's, individu dan sesiapa sahaja yang berkemampuan adalah dialu-alukan untuk menyumbang kepada Tabung Khas Covid-19 UMS dalam bentuk tunai ataupun dalam bentuk sumbangan lain seperti makanan (beras, gula, minyak makan, telur, makanan dalam tin, sabun dan lain-lain), mask, sanitizer dan lain-lain.

Bantuan makanan dan lain-lain keperluan ditujukan kepada pelajar UMS di dalam dan luar Kolej Kediaman serta kepada pelajar yang terkesan daripada Covid-19.

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, marilah sama-sama kita membantu antara satu sama lain untuk memutuskan penularan Covid-19 ini.  Stay at home.  Bersama-sama lah kita berdoa agar situasi ini segera pulih sediakala agar semua rakyat Malaysia boleh menjalani aktiviti harian seperti biasa.  Aamiin...

No comments: