Saturday, April 4, 2020

Apple Celery Juice

Haiiii everythinggg.... hari ni sis ada masa membikin Apple Celery Juice.  Boringkan time PKP ni.  Buka icebox ada pula bahan-bahan.  Jadi merajinkan diri la membikin.  Lagipun minum jus apple seleri ni memang bagus bah untuk kesihatan.

Cara-caranya sungguh muda.  Meh sini sis ajar yer.

Bahan-bahan (untuk 1 gelas jus):

-  2 biji *apple hijau  } *dipotong kecil-kecil supaya senang diblend
-  2 batang *celery    }
-  air perahan lemon (sikit saja.  Kalau sis, setengah biji lemon tu boleh dapat untuk 3 gelas jus)
-  secubit garam 




Cara-caranya:

Blend apple dan celery menggunakan jus blender.  So, korang akan dapat la 1 gelas jus macam di bawah ni.  Letak ais batu (suka-suka... tak mau letak pun tak apa).  Masukkan sedikit air lemon dan secubit garam (sikitttt ja).  Tadaaa.... siap da...  Sedapppp I tell you.





Minum apple celery ni memang bagus sebenarnya.  Di sini sis mau share sedikit info mengenai khasiat celery dan apple hijau.  

Sedikit info mengenai khasiat celery:



Ekstra Info Manfaat Celery
  1. Sebatang celery mempunyai 10 kalori jadi sangat elok untuk orang yang nak berdiet.
  2. Jangan tak tau, celery ini sedap untuk buat kudapan, berair sahaja rasa tekak.
  3. Siapa yang ada masalah sembelit, susah sangat nak hadam, boleh amalkan  sayur ini sebab ada kandungan air  dan fiber yang agak tinggi elok sangatlah tu. Korang boleh je buat salad, sup atau jus.
  4. Dalam celery ni ada garam/sodium yang diperlukan oleh tubuh badan, tapi bukanlah bermakna dia sama dengan table salt tau, garam dalam celery bersifat natural.
  5. Tahukah anda Vitamin A dalam celery ini baik untuk kesihatan mata, ia lindungi mata dari semakin merosot fungsinya akibat umur yang semakin meningkat.
Mengikut kajian:  Amalan makan 2 batang celery setiap hari dapat singkirkan kolestrol jahat dan dapat turunkan tekanan darah sekiranya di makan mentah begitu sahaja.

Info dipetik dari sini.  


Sedikit info mengenai khasiat apple hijau:


Epal merupakan sejenis buah yang ditanam secara meluas di Asia Barat. Buah ini terdiri daripada dua warna iaitu warna merah dan warna hijau. Kebanyakan orang lebih berminat mengambil epal merah kerana ianya lebih manis berbanding epal hijau. Namun demikian, epal hijau mempunyai lebih banyak kebaikan berbanding epal merah kerana ianya mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

Kebaikan apple hijau:
  • Epal hijau seperti yang diketahui ramai mempunyai banyak kebaikannya yang dapat membantu dalam menangani penyakit tiga serangkai dalam masyarakat Malaysia.
  • Kebaikan utama epal hijau ialah membantu menurunkan tekanan darah yang tinggi. Hal ini demikian kerana dikatakan bahawa epal hijau ini mengandungi bahan-bahan yang membolehkan tekanan darah yang tinggi diturunkan serta banyak membantu melancarkan pengaliran darah kita.
  • Epal hijau banyak digunakan oleh mereka yang sedang berdiet untuk menurunkan berat badan mereka kerana epal hijau memberi tenaga yang cukup sekali gus mencegah kelaparan.  Justeru itu, jika diamalkan secara konsisten, anda akan dapat melihat perubahan secara progresif.
  • Di samping itu juga, pengambilan jus epal hijau yang dikisar bersama sayur saleri dikatakan dapat membantu mengatasi masalah sembelit. Jus ini haruslah diminum setiap pagi dengan perut kosong setiap hari untuk menyingkirkan segala toksin dalam badan sekali gus melancarkan proses pembuangan air biasa.
  • Epal hijau yang kaya dengan vitamin A, B dan C juga dapat menyerikan dan memastikan kecantikan kulit. Selain itu, khasiat serta vitamin yang terkandung dalam buah ini dapat memastikan kulit kita tidak dicemari pertumbuhan jerawat dan meninggalkan parut.
  • Tambahan pula, golongan individu yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi disarankan untuk banyak mengambil epal hijau. Pengurangan tahap kolesterol dititik beratkan oleh pakar perubatan kerana dapat membantu mencegah penyakit jantung serta masalah kesihatan yang lain.
  • Kebaikan epal hijau yang lain adalah dalam menghalang kerosakan gigi. Hal ini demikian kerana apabila mengunyah epal, air liur yang banyak akan dihasilkan. Penghasilan banyak air liur dapat mengurangkan bakteria dalam mulut sekali gus mencegah kerosakan gigi.
  • Khasiat epal hijau yang berfaedah ini juga terdapat pada bahagian kulit buah ini. Oleh itu, anda disarankan untuk memakan buah epal bersertakan kulitnya kerana vitamin dan mineral kulit epah membantu membina malah memperkukuhkan sistem imunisasi.
Info dipetik dari sini.

1 comment:

Kapitan_pinbaju said...

Thanks for infonya sngat berguna sis.. Ngam la ni utk turunkan berat badan time PKP ni..