Haiiii everythinggg.... hari ni kita belajar masak nasi minyak yang mudah dan sedap. Ni first time sis masak nasi minyak. Al maklumlah... PKP... terpaksa la memasak di rumah dan belajar masak ikut dalam internet/youtube... gitewww dong.
Ok jom. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan:
3 pot beras basmathi (sis guna beras jenama Moghul Faiza Basmathi)
4 pot air (sis guna sukatan pot/cup nasi tu)*
1/2 pot susu sejat (susu Ideal)*
1/2 cawan kismis
1 kiub ikan bilis (maggie)
1 batang serai (titik)
2 helai daun pandan (simpulkan)
4 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 inci halia (hiris kasar)
3 sudu besar minyak sapi
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
3 biji pelaga
1/2 sudu teh garam
Kacang Gajus (diletak semasa nasi sudah masak)
Nota:
Sukatan beras dan air*
1 pot beras bersamaan dengan 1 1/5 pot air (1.5)
3 pot beras bersamaan dengan 4.5 air (air termasuk susu sejat)
Cara-caranya:
1. Mula-mula cuci beras dan rendam dahulu selama 20-30 minit. Kemudian beras ditapis dan ditoskan. Masukkan dalam periuk nasi.
2. Panaskan minyak sapi dan masukkan daun pandan, serai dan 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang cengkih dan pelaga). Tumis hingga harum.
3. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris serta kiub ikan bilis. Tumis hingga harum baunya.
4. Masukkan susu cair. Kemudiaan masukkan air. Gaul sebati.
5. Masukkan kismis. Perasakan dengan garam. (Sis guna 2 sudu kecil serbuk Maggie cukup rasa). Kacau rata. Matikan api.
6. Tuang ke dalam beras yang telah ditoskan di dalam periuk nasi tadi. Masak seperti masak nasi biasa.
Bila nasi sudah keep warm, buka penutup periuk dan gaul sebati nasi. Kemudiaan tutup periuk dan biarkan nasi kering.
Taburkan kacang gajus 2 minit sebelum kaut nasi (dihidang) supaya kacang tidak terlalu lembik.
Yeayyy... my nasi minyak is sudah ready untuk dimakan. Dap-dap.. mudahkan.
No comments:
Post a Comment