Birthday aku tahun ni kami celebrate di Tawau. Bukan la celebrate besar-besaran. Hanya makan-makan sekeluarga saja. Bukan senang untuk kami berkumpul sekeluarga ni. Siap ada nenek sekali ikut. So, malam tu (29.9.2008), kami sekeluarga telah berbuka puasa di Restoran Seafood, Tawau Golf Club.
Apa-apa halpun, sempena harijadiku tahun ni, seperti biasa la kan... aku cuma berharap agar dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan sentiasa bahagia (<----- macam jiwang pulakan) ..... amin....





















Babyphatt sekarang ni dah besar.... Bukan lagi BABY... Sudah jadi TEENphatt. Kalo tak silap aku umurnya dah masuk 8 bulan kali. Masa dulu kecik-kecik mukanya cuteeee betul. Bulu kembang semacam. Sudah besar, tak brapa pula bulu dia kembang. Ni mau cerita sikit pasal si Babyphatt ni. Tiba-tiba jari dia bengkak sebelah. Sekali aku check tangan dia... makkk aiii.... entah kenapa jadi begitu. So, kami bawa la dia ke klinik. Kononnya fungus.... so, Doktor telah bagi injection dekat dia dan bagi ubat antibiotik. Tapi setelah seminggu, yang herannya... dia jadi tempang semula. Jari balik bengkak. Di sekeliling jari jemari menjadi kemerah-merahan. Akhirnya Doktor cuma bagi krim sapu saja. Aku tak tau la sama ada krim ni berkesan ataupun tidak pasal setiap kali kami sapu krim dia akan jilat sampai habis tu krim.
Gambar tak berapa jelas pasal aku tangkap gambar ni guna Iphone. Tak brapa terang la.








