Monday, November 10, 2008

Aku Sakit....

Aduhhhh.... berapa hari ni aku tak berapa sihat. Mula-mula tu, time tengah malam aku kena demam panas. Oleh kerana laki tiada di rumah masa tu, so aku hantam panadol jak la. Keesokan paginya, demamku dah ok tapi perutku pulak meragam... aku kena cirit birit la pulak. Aduhh... lama jugak aku melabur di jamban. Jadi tengahari tu aku pigi la klinik. Sah!! Doktor Prem bilang, aku demam panas+virus sikit la. So, since dia pun tidak offer aku MC (aku ni bukan jenis memandai mintak MC), aku apply cuti rehat the next day nya tu konon since aku punya cuti masih banyak... jangan jeles. Mo berehat la di rumah konon. Aku makan la ubat yang doktor bagi tu. Tapi selang 2 hari, masih jugak tidak sembuh. Itu cirit birit sudah sembuh la. Tapi sakit kepala yang kenyat-kenyat tu datang-datang. Pigang rambut pun sakit!! Sampai ubat pun aku hantam kasih habis. Terpaksa aku jumpa lagi si Prem ni mintak ubat yang lebih kuat. Sebab kali ni bukan sejak aku sakit kepala. Sakit perut gastrik la pulak. Perut kembung!! Alamakk..... aduiii dogok.... terlampau banyak sudah aku makan ubat 2 hari ni ndak jugak baik-baik aku punya perut ni. Perut besar, kembung macam perut anjing sudah!!
Ini ubat-ubat yang aku hantam tu.


Jadi.... kesimpulan ceritanya adalah.... tiba-tiba laki telefon aku tengahari tadi. Katanya mau membawaku pigi berjumpa dengan Tabib Cina. Ketawa jugak aku la. Macam mana dia boleh terfikir mau membawa aku pigi jumpa Tabib Cina!!! Seingat-ingat aku last aku berjumpa dengan Tabib Cina masa pigi Beijing dulu. Tapi, macam tiada pilihan sudah aku ni pasal macam ubat-ubat tu sudah ndak berapa berkesan dalam perut aku. Perutku bertambah buncit, keras, berangin. Akan rasa lega apabila "urghhhhhh...." jak. Macam-macam aku hantam sudah ni. Segala ENO pun aku minum ndak jugak keluar tu angin. So, pigi la aku ke kedai Tabib Cina tu... Kedainya terletak di Shop Lot-8, Taman Canggih, Bukit Harapan, Jalan Tuaran Bypass, Inanam.

Ini gambar kedainya


So, masa jumpa Tabib Zhonghua: Chin Yam Yen, dia pegang nadi di tangan aku ni. Sebelah menyebelah dia periksa. Aku senyap la masa tu. Dia bilang... aku punya perut sama hati banyak gas+asam+panas!!!! (Hmm... patutpun aku ni pemanas). Itu panas sampai naik jadi sakit kepala, cepat rasa penat dan sakit bahu. (Dalam hatiku, eh.. orang tua ni macam mana dia tau aku punya sakit ni. Memang lately aku cepat penat dan sakit bahu terutamanya. Tiap minggu pigi berurut ndak jugak baik).

Jadi, dia suruh aku makan ini ubat untuk tempoh 10 hari. Mesti mo kasih habis. Satu kali makan mo 4 biji. Satu hari 2 kali. Kalo pun 2-3 hari sudah sembuh katanya, aku mesti jugak makan sampai 3 bulan ini ubat pasal penyakit ini akan berulang semula. Oh ya.. sempat jugak dia cakap.... ada kemungkinan penyakit ini adalah faktor keturunan. (To my sisters yang sedang membaca blog ini - Hmm... aku rasa kita adik beradik semua pun jenis ada angin. Bukan saja berangin di badan. Orangnya sekali pun berangin!! Rasanya confirm dapat dari mami!!)

Jelek ubat ni. Berbau lagi tu...

Nah.. yang ini pulak, dia bilang, pasal apa terjadinya perutku kembung tu... ini la akibatnya... kerana pemakananku katanya. Hihihihi. Ndak la semua ni aku makan bah. Aku cuma makan mangga, pedas, makanan asam dan berminyak. So, benda-benda ni kena avoid la.








11 comments:

Blossom said...

kenyang minum air & makan ubat ja...

Alicia Kee said...

ba..mkn ubt tu jgn di simpan..bagus pulak tabib mu tu....aku skrg ni pun sakit perut..risau aku sudah hari mau dekat....kerja ku berigak ndak pun "puuttt" nasib jugak ndak berbau...org disekeliling ku pun ndak da....pandai laki mu kan!

amoi said...

ada aku baca risalah kedai organik, dia cakap kalau kita ni cepat marah...maknanya kita punya hati ada toksin....tapi kes kita ni more like keturunan la bah...hahaha...malangnya kita!

Alicia Kee said...

bukan hati ada toksin..keturunan kita betoksin...aku pun cepat marah..aku kan di panggil bengis ...

amoi said...

ya bah...memang kita ni bengis..tidak dapat dicontrol. lepas mengamuk baru sedar..buduh betul!HAHAHA

Anonymous said...

kesian lah pulak sia baca story ko ni mie..but lucu pun ada coz cara ko cerita tu mcm ko cerita depan org bukan menulis, hahahaha..oh ya, I dpt tau blog mu dr cay ;)

CHINA DOLL said...

To: JPPMOM@Fele
Iya.. itu la keunikan aku. Semua orang cakap macam tu. Blogku ni lebih kepada bercerita. Bukannya menulis... Sure ko dapat bayangkan aku bercerita depan ko ni kan. Aku ada tengok blogmu jugak. Tahniah kerana dapat anak kembar!

CHINA DOLL said...

To: Amoi & Lisa,

Itu ubat cina mengakibatkan aku cirit beret. Berbau lagi tu taik. Haiya...Tapi aku rasa dia buang itu toksik la. Perutku dah ok. Cuma sekarang ni aku kena selsema dan batuk la pulak. Tu Tabib kata memang kesannya begitu la tu.

Alicia Kee said...

kalau dekat2 mau akujumpa tabib mu tu..macam bagus pulak..aku ni toksin ndak tau la..harap2 kalau berak taik bau Tommy Dreaming...Hhaaaahhah

Unknown said...

Get well soon...

Norti Sirin said...

ciannya u x sihat.. semoga cepat sembuh...rehat2 ler yer

cheers


Nots