Macam mana cara korang celebrate new year tiap-tiap tahun? barbeque? mandi laut? lepak tepi laut? pergi disco? ber-countdown? Kalau aku kebiasaannya memang boring-boring dan boring!! Aku memang tiada perasaan terhadap sambutan new year ni sebab kebiasaannya aku cuma menghabiskan masa menengok tv dengan laki dan akhirnya tv yang tengok kami. Bila sudah tepat jam 12 malam, aku akan tersedar dan memaki jiran kerana terkejut pasal dorang main mercun yang bising gila!! (Mesti kucing aku bertempiaran time tu akibat terkejut) Jadi, kepada kawan-kawan yang aku sengaja tak balas sms nya semalam tu, i wish you... in melayu la ya... (biar jiwang sikit... supaya ada kick!)
"Semoga 12 bulan mendatang penuh dengan cemerlang
52 minggu penuh dengan kebahagiaan
365 hari penuh dengan keberkatan
8760 jam penuh dengan kasih sayang dan
525600 saat penuh dengan senyuman..."
"SELAMAT TAHUN BARU 2009..."
1 comment:
Happy new year my fren!
Post a Comment