Monday, March 21, 2011

British Vs. American

Oleh kerana stok kucingku telah makin berkurangan.... hari demi hari semakin pupus kerana tua... pengurat dan tidak pandai pulang ke rumah... dan yang tinggal hanya 3 ekor iaitu si Baby Hitam, si Oren @ Sadong & Babyphatt... itupun dorang ni suka hati mau pulang rumah ataupun tidak tapi time makan tetap pulang punya. Maka i decided untuk memelihara kucing baru. YESSS!! Kucing baru. Kali ni aku pikir mau piara kucing yang memang disimpan di dalam rumah. Macam tidak picaya ooh kan... selama ni aku pelihara kucing, tapi kucingku tinggal di luar rumah. Kenapa kali ni so special??? Sebab... kali ni... aku mau BELI kucing!!

Untuk makluman, this is BRITISH SHORTHAIR. Ini memang kucing idamanku la. Seharusnya warna GREY. Actually, grey is not my favourite colour tapi untuk kucing... it has to be GREY!

(Gambar dipetik daripada internet. Untuk makluman, gambar ini telah dijadikan profile pictureku di dalam FB gara-gara ada orang yang tidak aku kenali telah men-tag foto-fotoku di tempatnya... eee... yuckss! Biar la aku jadi kucing gendut buat seketika. Hihihi)

Chantiqqq kan si maw-mau ni?? Sudah laa grey... gendut lagi... lepas tu mukanya pun macam kucing jahat. I likeeee...

S0, setelah 3 minggu berturut-turut mencari kucing di Gaya Street, akhirnya..... aku tidak jugak jumpa baka British Shorthair. Kucing kelabu pun tiada di pasaran. Alaahaiiii.... desperatenya aku mau memiara kucing... ya laa... apa tidaknya... kucing-kucing yang ada sekarang ni langsung tidak mau bermain sudah. Ini kan lagi bermanja-manjaan. Jangan harap la. Kalau disayang/dipegang terus lari! Eeeee... menyampahnya aku!!! I miss my Kelabu :(

(In Memory - hilang sudah ni. Ndak pulang rumah sebab asyik mengurat dan aku redha kehilangannya... jangan jak aku tau dia mati kerana dot-dot-dot...)

So, akhirnya... aku telah beli si Hensem @ Encem ni... Cukup hensem kah dia?? Hehehe... Di sini si Encem baru berumur 3 bulan. Menurut penjual si Encem ni... dia ni adalah baka daripada AMERICAN SHORTHAIR.

(Gambar diambil pada hari pertama si Encem berada di rumah - umur 3 bulan)

Entah la kenapa aku boleh terbeli si Encem ni. Mengkali pasal desperate sudah kan. Lagipun tiga minggu berturut-turut pigi ke Gaya Street... asyik-asyik kucing persian saja yang bertempiaran. Kalau boleh aku tak mau la piara kucing jenis bulu yang panjang-panjang tu pasal aku takut nanti aku kena penyakit asthma sebab simpan kucing dalam rumah. Ya la kan... lately aku ni asyik sakitttttttttttttttt saja....

Cuma aku ada sedikit keciwa juga la... Pasal aku rasa si Encem ni bukan laa pure breed from American Shorthair bah. Sudah laa mahal aku beli. Bila dia makin membesar/dewasa, aku tengok muka si Encem ni macam kucing kampung la pulak. Mengkali campuran sama kucing kampung bah dia ni. Cuba bah kamu tengok ni. American Shorthair kah dia ni????



Tapi aku tetap sayang sama si Encem ni walaupun kasih sayangnya sama aku agak "KURANG" kerana dia lebih sayang dengan my maid. Huhhh!! Ya laa kan... pasal my maid yang kasih makan dia dan sentiasa berada di sisinya. Infact, menurut my maid, jam 5 pagi si Encem akan menangis di luar bilik my maid, minta buka pintu sebab mau tidur dengan my maid. (Sama aku ndak mau pulak. Benciiii... tapi sayanggg)

Sekarang umur si Encem sudah lebih kurang 6 bulan gitu. Kesian dengan si Encem ni sebab kehidupannya dalam rumah jak. Apa ndaknya, asal keluar rumah, dia akan kena serang oleh kucing-kucing yang lain. So, terpaksa dikasi keluar time "taiko-taiko" tu keluar. Hahaha...



Ini baru la gambar Pure Breed American Shorthair.... Punya cantik dan gumukkk... very-very like la. But these cats are not for sale... Ini kucing kedai - for display only ya... Aku berharap nanti si Encem akan besar dan gemuk macam kucing-kucing ini. Tapi aku tengok muka si Encem jenis bukan bulat :( - betul-betul muka kucing kampung!! Adehhh... bolehkah ada miracle tu ya?


Haaa... yang ni apa pulak??? Khikhikhikhik... ini just IKLAN SEMATA-MATA... ini gambar anak buahku bersama dengan kucing monsternya - spesies Maine Coone kalau tak silap aku. Saja jak aku mau tayang gambar ni dalam blogku pasal aku terkejut meningu kucing ni besar. betul. Kupikir anjing bah. Hahahaha... Punya siok kalau aku ada kucing macam ni. Boleh dipaluk-paluk... aduiiii... bestnya...



4 comments:

Nal said...

Cute Si Encem tu. Bersih lagi. Mesti selalu kena groom! Kucing monster macam freak of nature pulak. Takut aku tengok.

Anonymous said...

Kak mimi.. si ika ada tu kucing mcm kucing monster tu d ruma.. besar warna kelabu namanya Diego.. aku yg penakut kucing ni tambah takut tinguk sbb besar btul. hehe.. comel la tp aku tinguk dr jauh jak la :D
-herda

CHINA DOLL said...

Herda - aahh... banar bah??? di mana dia dapat?besar macam atu kah jua?

SZadmin said...

kalau ade jumpa orang jual british short hair tolong inform ye...dah lame carik ..x dapat jumpe~