Wednesday, July 20, 2011

Internet


Aku marah ni... aku marah sama Telekom. Time-time aku semangat mau mula ber-blog, adakah dikasih mati konok perkhidmatan internetku. Mula-mula aku pikir streamyx di rumahku problem. Tapi bila sudah tiga hari berturut-turut, aku pun call la tu nombor 100 - Telekom. Sekali aku call, terkejutnya aku dia cakap perkhidmatan internetku telah dimatikan riwayatnya 3 hari lepas. Aku pun terus serang lakiku. Kutanya dia samada dia ada matikan internet di rumahkah. Dia cakap tiada. Jadi aku suruh la bah lakiku pigi check dengan Telekom since internet di rumah tu atas namanya kan.

Sekali check... adakah konok dicakap yang lakiku telah mematikan perkhidmatan internet dari PETALING JAYA. OMG!!! Punya laa jauh... kena menyeberang Laut Cina Selatan lagi tu. Dehhhh... berangnya aku... Lepas tu Telekom cakap kena memakan masa 5 hari untuk penyambungan dan itu ID number terpaksa berubah. Apakah maknanya semua ini??? Adakah pihak Telekom akan datang untuk reset semula aku punya internet di rumah ataupun aku sendiri kena panggil orang yang terror IT untuk buat internet di rumahku?? Sudah laa aku ni ndak pandai men-setting-setting. Selama ni aku suruh orang luar yang tolong buat - main bayar laa... ingat free-free kah. Bikin panas!! Aaaarrrghhhh...

Buat masa ni terpaksa aku curi-curi masa mem-blog dari ofis. Sudah laa internet di ofis pun slowmbekkk... adehhh... sabar ja laa... Ok laa... sampai di sini dulu ya. Sorry laa kerana aku melepaskan geram di blog ni. Tapi memang pun aku cipta ni blog untuk melepaskan geram & excitementku selama ni. Hahahahaha...

See you all again.. i hope very soon.

No comments: