Thursday, February 9, 2012

Kek Coklat

Mari kita belajar buat kek coklat yuk. Nahh... sekali lagi sejarah berulang kembali. Hahaha... Terberjaya pula aku terbikin kek. Kek coklat lagi tu. Huhuu... tingu ni gambar kek coklatku. Cantik dan menyelerakan kah?? Sedapppp ni i tell you. Bila kamu rasa ni... perghhhh.... manis macam aku ooo... hahahaha....



Ok tuan/puan sekalian... (oopsss... adakah jua lelaki membaca blogku ni???).... mari aku turunkan ilmu untuk membikin kek coklat yang telah diajar oleh macikku Kak Ani (macik tapi dipanggil kakak. Pa macam ni??) dan turut dibantu oleh sepupuku Adek. Actually ini adalah second time aku buat kek coklat ni. Yang mula-mula tu kami buat sama-sama. So, yang ni aku buat dengan si Milah - my maid.

Ok... tanpa membuang masa... ini adalah bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan A - untuk kek:

220g tepung gandum
250g mentega
30g serbuk koko
250g gula halus
5 biji telur (Gred A)
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla


Bahan B - untuk salut kek (topping):

1 packet milo size kecil (anggaran 350g)
1/2 tin susu pekat
100g mentega
1 sudu teh serbuk koko
sedikit garam


Cara-cara membuatnya:

* Tepung, serbuk penaik dan koko diayak bersama.
* Pukul mentega dengan gula sehingga kembang kemudian masukkan telur sebiji-sebiji.
* Setelah sebati dan gebu, masukkan tepung gandum yang telah dicampur dengan serbuk penaik dan koko
* Masukkan esen Vanilla
* Setelah adunan sebati, bakar kek pada suhu 180c selama lebih kurang 40 minit.

Nahhh... begini laa rupa kekku setelah dibakar 40 minit kemudian. Nampak tu tengahnya berlubangkah? Itu pasal aku cucuk pakai kurik gigi sebab mau tau samada dia sudah masakkah belum. Ada kamu tercium wangikah??? Hihihi...


Weii.. belum siap lagi ni kek ku ni. Ada lagi ni. Biarkan dulu ni kek sejuk selama 10-15 minit. Sekarang kita mau buat salutannya (topping coklat) pula.

Ok... campur semua Bahan B tadi dalam periuk kemudian panaskan dengan api kecil. Sentiasa digaul supaya tidak hangus dan melekat. Apabila sudah cair, tuang/siram coklat tu di atas kek. Kemudian hidangkan kepada tetamu tuan/puan yer. SELAMAT MENCOBA...


1 comment:

Rose Flower said...

Wuihhh sedap juga sia tingu woh...biar betul mi, ko yang bake kah tu hehehehe???? (soalan bonus kah)