Sunday, February 26, 2012

Restoran Al-Azmi Garden Sentul

Baru juga kelmarin post makanan pasal ikan singgang, sekarang post lagi makanan ikan siakap masak stim limau. Aduiiii apa sudah mau jadi ni.... Bikin laparrrr oooo.... HELP.....



Aku bukan apa bah sebenarnya. Asyik-asyik aku tingu gambar makanan dalam handphoneku kan... macam ndak sah bah kalau ndak dikasi masuk dalam blog untuk dijadikan tatapan. Heyyyy.... ni la aku mau kasi tau sama kamu ni. Kalau setiap kali aku ke KL kan, aku akan singgah pigi Restoran Al-Azmi Garden di Sentul semata-mata untuk makan ikan siakap masak stim limau ni. Memang betul-betul sedap laaa bah.... terutamanya aku ni kan suka makan makanan yang asam-asam. Nahh... tengok ni gambar ikan tu. Terus bikin aku berliur bah!!

Kebanyakan menunya memang sedap-sedap bah. Yang selalu aku order kalau bukan sup tomyam, sup ekor, sayur kailan ikan masin, puyuh goreng pedas, telur dadar etc. Sorry tak sempat ambik gambar masakan yang lain-lain sebab terlampau gelojoh terus dingappp. Memang sedap bah masakannya. I likeeee it so much. Sudah tu service dorang pun kira laju juga. Nah ni nah aku sempat google di blog orang ada cerita pasal restoran ni. Cuba tingu ni blog. Ada tu gambar masakannya. Aku tiada kepentingan apa-apa di restoran ni. Aku tak kenal pun dengan tauke restoran. Aku cuma pelanggan biasa dan tolong promote kepada kawan-kawan saje. SELAMAT MENJAMU SELERA....


Ni la gambar Restoran Al-Azmi Garden, Sentul.


2 comments:

CathJ said...

Sama la mi.. Aku paling feveret ni makanan asam2 hihi... Ni mesti sedap ni...

Kimora said...

lapar terus aku dipagi hari