Thursday, April 19, 2012

100K

Hari tu aku membelek-belek suratkhabar.  Ehem-ehem.  Ya la... aku tau la aku jarang baca suratkhabar.  Busy bah aku ni.  Bukan ada masa mau baca suratkhabar.  Dijadikan cerita... aku ternampak la gambar yang menarik perhatianku ni.



Ini orang telah menang cabutan bertuah bernilai RM100,000.00!! My God... punya lumayan tu hadiah 100K. Kebetulan dia ni adalah cousin kepada my friend si Zimah.  Jadi kutanya la dengan si Zimah macam mana dia boleh ikut tu peraduan/menang.  Konok dia shopping beli barang-barang persiapan perkahwinannya di Suria Sabah.  Jadi dia isi jak la borang peraduan yang dibagi sama dia.  Setiap 6 bulan konok ada cabutannya bah ni. Siapa sangka dia bertuah kan.  Memang bertuah sangat la bah tu.... Tahniah la kepada Nurazwine & hubbynya... dan Selamat Pengantin Baru.  Konpom honeymoon terus ni ;p.

Terus aku terfikir bah kan.  Angan-angan dulu aku konok.  Kalau la aku menang RM100,000.00... apa la aku mau buat tu ya? Macam mana la aku mau celebrate dan belanja tu 100k aah? Hahaha... Well, who knows kan? Mana tau nasibku baik.  Aku ni paling rajin ikut contest/isi-isi form ni.  Mana tau bulih manang. Hahaha...  Siok bah tu dapat duit angin. Hahaha... tapi kalau aku kan, aku ni jenis menyimpan. Paling-paling aku cuma belanja RM5-10ribu saja.  The rest memang simpan di bank la jawapannya.... ingat-ingat hari tua konok.

Kalau kamu? Macam mana? Apa la kamu akan buat dengan duit tu? Belanja semua? atau terus makan angin? hihihi...

2 comments:

@dR3h said...

uii punya siok.. kalau aku la dpt tu.. kasi bayar abis utang.. pastu joli2 sikit hahaha.. yg lebih simpan :D

CathJ said...

Malas cerita ni kalau isi norang pun bulum... Hihihi... Aku pun paling rajin ni ikut2 contest... Tapi belum ada nasib... Wah ini bikin semangat ni mau rajin isi2 borang balik..Hihihi...