Thursday, May 17, 2012

Fesyen Pesona Kebaya 2012

Bersempena dengan Perasmian Kompleks Bersepadu Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan (KPKK) Kepayan Kota Kinabalu  pada 18 - 20 Mei 2012, pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan dengan kerjasama Kelab RTM Kota Kinabalu seperti Pertandingan Menyanyi (Bakat Nostalgia & Bintang KPKK 1 Malaysia), Pertandingan "Battle of The Band", Pertandingan Memasak dan termasuklah  Pertandingan Fesyen Pesona Kebaya. 

Pertandingan ini adalah terbuka kepada orang ramai (wanita) yang berumur 21 tahun ke atas.  Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM2000, trofi, sijil dan barangan produk kesihatan dan kecantikan.  Manakala naib juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1500, trofi, sijil dan barangan produk kesihatan dan kecantikan dan tempat ketiga akan membawa pulang wang tunai RM1000, trofi, sijil dan barangan produk kecantikan.  Saguhati sebanyak RM300, sijil dan barangan produk kesihatan dan kecantikan juga akan diberikan kepada 7 peserta finalis.

So, seperti yang you all tahu... baru-baru tu pihak KESUMBA (Kelab Wanita & Staff Wanita UMS) telah menganjurkan Majlis Makan Malamnya yang bertemakan "An Evening of Kebaya" di mana pihak RTM telah menjemput 7 orang finalist kami untuk menyertai dalam pertandingan Fesyen Pesona Kebaya yang diadakan di Podium Kompleks Karamunsing pada 12 Mei 2012.

Bila si Aznaem a.k.a Pecinta Ungu inbox me dalam FB pasal perkara ini, of course la aku akan beri sokongan kepadanya lebih-lebih lagi kerana dia staff Bendahari.  Tau-tau la kan... aku punya "semangat jabatan" ni kuat betul.  So, aku telah offer dia untuk pinjam bajuku (mana tau dia berkenan kan) dan dia bersetuju.  Mula-mula kupikir si Pecinta Ungu saja yang mau ikut tu pertandingan.  Rupa-rupanya si Sitti a.k.a Bunga Seri Indah pun ikut juga bertanding! Wohooo.... Ini sudah bagus.  Dua orang wakil dari Jabatan Bendahari.  Me likeyyyy.  Dimaklumkan juga bahawa si Jurinah (Pemenang Juara Kebaya KESUMBA) dan Ima (Pemenang Tempat Ketiga Kebaya KESUMBA) juga akan menyertai pertandingan tersebut.

Bila si Pecinta Ungu dan Bunga Seri Indah datang untuk melihat/pinjam my baju... aku semangat kasi keluar pakaian-pakaian yang aku ada.  Baju-bajuku tidak la se-glam mana.  Tapi aku just kasi tunjuk la sama dorang mana tau boleh di-mix & match kan.  Setelah mau satu jam di rumahku... nahhh... abis kena angkat barangku dikasi pinjam sama dorang.  Segala baju, kasut baru dan hair accessories keluar.  Segala idea/ilmu sudah aku kasi tau sama dorang mau buat camana dan mix & match camana.  Huhuuu... i boleh buka butik sudah oooh....

Pertandingan Fesyen Pesona Kebaya 2012 (peringkat pertama) telah diadakan pada 12 Mei 2012 bertempat di Podium Kompleks Karamunsing.  Seramai 39 orang telah menyertai pertandingan ini walaupun dijangka 50 orang peserta yang akan menyertai.  So, mari kita lihat 39 orang peserta itu....


(Gambar 20 orang peserta group pertama yang catwalk)


(Gambar 19 orang peserta group kedua yang catwalk)



Finally,.... ini la hasil model aku.  Huhuuuu..... Cantik tak my girls dengan my pakaian?? hihihi... Bangga aku dorang peragakan bajuku di atas pentas.  Hehehe... Siap kena announce oleh MC bahawa baju/busana adalah ilham daripada Pn. Famila Kee/Lady F.  Wehooo.... Itu yang paling mahal tu.  Hahahaha...


Rupa-rupanya si Jurinah & Ima dari Jabatan Pendaftar tidak menyertai pertandingan ini.  I'm not sure kenapa.  Tapi aku rasa sayang pasal dorang berpotensi untuk menang especially si Jurinah sekiranya dia bertanding dengan memakai costumenya semasa Majlis Makan Malam KESUMBA tu.

Tapi.... ndak ku sangka...  ada juga si Y'ana menyelit ikut bertanding.  Hehehe... Y'ana adalah merupakan staff UMS (Bahagian Perhubungan Korporat).  Diam-diam berisi ooo si Y'ana.  Hebatttt.... She walk & talk with full of confidence.  I LIKEEE....  



Sempat aku bertanya sama Y'ana siapa tukang mekapnya ni.  Pasal menyerlah sungguh mekapnya di antara 39 orang peserta tu.  Menurutnya dia guna tukang mekap si Jurinah malam KESUMBA tu jugak.  Namanya si Cumil?? Aku pun tidak tau laa.... Tapi memang menyerlah la mekapnya sampai lain rupa si Y'ana bah.  Apa ndaknya.  3 inci bah bulu matanya.  Caya laa... Beautiful art orang bilang.

 Aku tetap bangga kerana ada 3 orang wakil UMS yang menyertai pertandingan ini.  Wehoooo....



Bila kesemua 39 orang peserta ber-catwalk.... aku siap jadi tukang kritik/komen bah duduk di bawah tu.  Hahaha.  Aku sangat yakin bahawa bajuku akan masuk final bila aku compare dengan baju-baju yang dipertandingkan/diperagakan.  Entah laa... sebab aku tengok sesetengah tu ada yang simple sangat baju dorang, rambut pun tidak disanggul/dibiarkan melepas camtu jak, mekap pun kurang menyerlah.


So, time kena umumkan 20 peserta yang akan menyertai pertandingan akhir tu, aku pulak yang berdebar-debar.  Satu demi satu dipanggil ke depan.  Macam aku mau marah jak itu MC sebab nombor 4 (Bunga), 6 (Y'ana) dan 9 (P.Ungu) belum disebut. Asyik nombor tuak jak disebutnya.  Hahaha... Maksudku nombor tua tu... nombor yang start dengan 30an dan 20an laa...

So, finally ini la dia 20 orang peserta akhir tu.   Sila click photo untuk kasi besar.



Untuk makluman,  hanya si Pecinta Ungu dan Y'ana yang dapat masuk peringkat akhir.  Bunga Seri Indah couldn't make it.  Hmmm.... sedihnya aku. Huhuuu....  Tapi nak buat camana kan... itu adalah keputusan juri.  Tak tau cara penilaian dorang macam mana.  Tapi tetap jugak di mataku, baju pink tu menonjol kerana ramai yang memuji-muja baju-baju modelku.  Hehehe... Frust konok me bah.

So, wait and see la... pertandingan akhir akan diadakan pada 20 Mei 2012 (Sunday) jam 4.00 petang bertempat di Bangunan KPKK.  Kepada sesiapa yang berminat untuk hadir tu... adalah amat dipersilakan.  Sila la beri sokongan dan tepukan kepada Pecinta Ungu dan Y'ana ok. I will be there also.  

Good luck to Pecinta Ungu and Y'ana.  Kalau menang, hebat tu... jan lupa belanja k. Hehehe...


2 comments:

Nal said...

You should be a stylist.

Unknown said...

Mimi, ya kalau ko buka butik, sokong 100% ...

Sayang si bunga seri indah indak masuk final, memang ku tengok besa2 ja yang lain tu, teda 'wow' faktor ...

gud luck for the girls