Oleh kerana aku terlalu meminati product Sereni and Shentel.... so hari ni aku mau buat iklan. Eh macam aku pekerja Sereni and Shentel la pulak kan. Ndak pa la... Ndak juga rugi aku tolong promote kan headbandnya sebab cantik jugak gambar-gambarnya ni aku letak di blog aku.
Makkkk suka sangat laa dengan headband Giddy Up nya ni. Tengah berangan aku mau pakai headband Giddy Up yang besar-besar ni. Tapi memikir aku kalau aku pakai begini sambil jalan-jalan di KK mesti orang pikir aku sot kali. Hahaha... Tak laa... aku rasa mesti orang akan kagum tengok aku pakai headband ni. May be dorang pikir aku model headband Sereni and Shentel kali. Hahahaha.... Perasaannya. Wowww...
Mari mak perkenalkan headband terbaru Sereni and Shentel - Giddy Up. Ada 6 jenis headband.
Haa... yang ni namanya Let's Elope. Harganya RM360. Lumayan kan. Adakah juga orang mau beli ya?? Selain aku la. Hahaha... Macam topi pula design nya ni kan.
Yang ni pula Peek A Boo. Cute nya namanya kan. Main cubuk-cubuk. Hahaha... Pricenya RM180.00. Jangan main-main ooh. Tapi cute juga kan. Aku rasa lagi cute ni kalau aku yang pakai. Hahaha...
This one is Sunny Hill.... dan harganya pun sama RM180. Yang ni aku tak brapa minat la design nya.
Meet The Graduate @ RM270. Betul-betul macam tupi konvokesyen ooo. Mak tak minat la. Belum ada hati mak mau sambung belajar. Hahahaa...
Nahhh.... this one is very nice.... The Empire Rose. Namanya pun cantik... so harga pun cantik juga RM270. Bah.... tahun depan siapa yang mau beli hadiah harijadi untuk aku tu... yang ni boleh dipertimbangkan ya. Kalau mau beli ni terpaksa tunggu time sale. Huhuu...
Yang paling manangggg..... dan paling aku suka di antara collection Giddy Up is this one. Think Big! Besar headband dari kepala. Hahaha.... Harga pun very the lumayan RM480. Punya la best pakai ni headband kalau ada acara hat attack! Woww! Makkk sukeeee....
Apa pendapat kamurang? Di antara 6 headband ni yang mana satu paling lawa??
2 comments:
I vote for Empire Rose
Nad
saya suka tu yg no.2 and empire rose... tapi skrg belum boleh pakai... hahahahahha... unless pki dgn rambut palsu.. ;p
Post a Comment