Tuesday, April 21, 2020

Program Subsidi Upah (PSU) SIP, PERKESO

Syukur alhamdulilah... hari ni terima emel dari Perkeso duit PSU sudah masuk.  Boleh lah serba sedikit dapat membantu syarikat untuk menampung bayaran gaji pekerja sepanjang tempoh PKP ni.  Syukur... amat-amat... Ya Allah ...  ๐Ÿ™Œ๐Ÿ™Œ๐Ÿ™Œ



Apakah Program Subsidi Upah?

Subsidi upah adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah untuk tempoh 3 bulan sahaja.  Tujuan Program Subsidi Upah (PSU) ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi COVID-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.

Program Subsidi Upah yang diumumukan pada 6 April 2020 adalah menggantikan Program Subsidi Upah yang telah diumumkan pada 27 Mac 2020.

Program Subsidi Upah mula berkuatkuasa 1 April 2020.  Tempoh Program Subsidi Upah adalah selama 3 bulan bermula 1 April 2020 atau mengikut bulan permohonan dikemukakan.  Tarikh akhir permohonan Program Subsidi Upah adalah pada 15 September 2020.  Butiran lebih lanjut boleh baca di sini.

Kepada majikan yang terkesan dan belum memohon, boleh lah cuba membuat permohonan secara online di website ini.

Nota: 

Bagi majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan pekerja mereka, tidak memotong gaji ataupun mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan, iaitu dalam tempoh 3 bulan semasa menerima subsidi upah dan 3 bulan selepas itu.

No comments: