Friday, January 30, 2009

Chinese New Year in Hong Kong (Part 4)

Day 4 (26 January 2009) 

Chinese New Year

Kaki semakin sakit.  Cuaca pun semakin sejuk.  Hari ni sepatutnya pergi ke Macau.  Tapi kami macam malas mo pigi ke Macau.  Mungkin pasal laki masih belum puas shopping beli barangnya.  Asyik-asyik pigi meningu barangku. Hehehehe.... lagipun kes sakit kaki punya pasal la ni.  Kiranya kalau pun mo pergi ke Macau ni cuma pergi balik saja.  

Hari ni adalah merupakan Tahun Baru Cina 2009 (Raya Cina Pertama la ni).  Yang peliknya kan... meriah lagi tahun baru cina di KK bah.  Heran aku semalam tiada langsung bunyi mercun. Bagus lagi cina sebelah rumahku ni.  Balik-balik main mercun/panggil singa datang ke rumah. Betul-betul pelik bin ajaib ni. Bukan saja tiada bunyi mercun.  Orang main singa pun tiada ya. Apa tah lagi bunyi/lagu cina pun tidak ada berkumandang di shopping mall.  Jangan harap nampak tanglung!! Limau mandarin pun tiada. (Teringat aku terus dengan limau mandarin yang kutinggalkan di ofis sebelum bercuti.  Buruk kali sudah). Macam tiada suasana raya cina la bah langsung! Nadaaa.... nada... paranungka... aiso. Jadi aku fikir mungkin dorang ni sudah modern la.  Lupa daratan kali. Tak celebrate raya. Ahyo...yo.  Baru tu, sengaja lagi aku hari ni lambat bangun konon.  Sebab aku ingat mesti dorang lambat buka kedai pasal beberapa hari ni kebanyakan kedai tutup sampai jam 12 malam.  Tapi bila aku tengok dalam TV (Berita Cina), ada pulak aku nampak dorang ni ramai-ramai berebut-rebut mencacak colok di tokong. Mungkin semua dorang ni sudah balik kampung kali.  Celebrate di kampung lagi meriah kot. What ever la. Bila aku rujuk brochure kan, rupanya HK ada buat pertunjukan Bunga Api tapi dorang buat pada keesokan harinya iaitu Raya Cina Kedua mulai jam 8.00 malam.  Apakan daya... rugi aku kerana esok kami dah balik.....


Ok... sambung cerita.  (Panjangnya aku berceritakan...) Jadi hari ni kami gerak lambat dari hotel.  Sebab critanya aku mo balik semula ke Argyle Centre, Mongkok.  Laki cuma hantar aku sampai Arglye Centre dan lepas tu dia pergi merayau di sekitar Mongkok.  Apakan daya... bila sampai ke Argyle Centre, malang memang berbau busuk!!  Rupanya semua kedai tutup!!! Mungkin perempuan dekat information counter tu tidak faham dengan pertanyaan aku semalam.  Rupanya yang dia maksudkan tutup sampai jam 2 pagi tu adalah semalam.... kitaiii... rugi betul aku....... alamakkk... selamat tinggal kedai accessories ku.... huaaahhh..... Laki asyik mengasi ketawa aku.  So, kami bla la dari situ.  Lepas tu kami ke IFC Mall, Admiralty di HK Island dengan harapan kedai buka.... ya... memang buka... tapi hanya certain-certain kedai saja yang buka seperti Lane Crawford.  Itupun buka sampai jam 7 malam saja. 

Amah Bertabur...

Masa sampai dekat IFC Mall tu, terkejut aku.  Terasa macam bukan berada di HK.  Seperti berada di Manila pulak (walaupun aku belum pernah pigi Manila.  Hehehehe).  Apa ndaknya.   Macam hari amah pelipin sedunia.  Kalau macam kita di KK kan, kalau time hujung bulan (gaji) especially sunday, banyak tu om-om berkumpul dekat sacred heart/station bas yang dekat Milimewa tu kan... nah... sama laa kesnya ni.  Aku rasakan pasal kes tahun baru cina bah ni. Mungkin majikan dorang kasih dorang bercuti tapi dorang ni tiada tempat tinggal.  Jadi dorang ni berkumpul di sepanjang jambatan dekat IFC Mall ni.  Siap buka tikar dan main judi lagi. Ramai betul ni.  (Rugi aku tak tangkap gambar.  Tak terfikir time tu). Macam mana aku tau dorang ni orang pelipin? Of course laa... dari segi loghat bahasa sudah tau... cakap tagalog - Bahasa si Jericho and si Ara... hehehe...



Nah... yang gambar ni orang pelipin yang tolong capture.  Siap lakiku interview tanya samada dia tu orang Filipin kah.  Dia cakap ya.  Aku pun apa lagi... "Maraming Selamat Pok".  Ketawa la bah dia... sukaan ni... hehehehe...


Ini di tingkat 4 (rasanya laa) di luar Lane Crawford, IFC Mall.  Kiranya mo minum-minum di luar tu. Tapi rupanya tutup kadaiii laa pulak.  Malar tutup kedai.  Malas aku.


Jadi... kami pun apa lagi... tanpa segan silu membuka tapauan kami yang dibeli di Market Place, Mongkok... kesian... makan sushi & fresh salmon.  Hmmm.... Bismillah saja la...



Lepas tu, kami bla dari situ.  Bila on the way mo turun ke MTR tu, kami limpas lagi dekat jambatan IFC Mall tu.  Ingatkan amah-amah sudah pulang.  Rupa-rupanya dorang tidur di situ la pulak!! Kesian ni... Siap buka kotak-kotak.... kotak tu dijadikan penghadang memandangkan cuaca time tu agak sejuk dan berangin.  Ada yang sudah tidur dan ada yang sedang main judi di dalam kotak!! OMG!!!!  Kesian... Rugi sekali lagi aku tak tangkap gambar. 


Gazal Indian Cuisine

Ok, bila kami sampai ke Tsim Sha Sui, kami dapat cari satu lagi restoran India.  Tapi ni bukan restoran yang si Edrus rekomen kan tu.   Lain lagi ni.  Namanya Gazal Indian Cuisine (Halal) - Best Indian & Pakistani Curry & BBQ in town yang terletak di Hai Phong Mansion (kira berhampiran dengan Restoran Ziafat tu jugak).  Restoran ni pun sama. Terletak di tingkat 2 jugak.  Aduiii... tapi rupa bentuknya kira ok daripada yang Ziafat tu.  Liftnya pun ok la.... Ada penjaga bangunan.  Ada camera cctv. Bila sampai di tingkat 2 macam ngeri jugak. Pasal kiri kanan restoran tu kedai urut reflexology. Macam kedai urut murahan tu nah. Kedainya pun lebih kurang Ziafat.  Kecil saja.  Memandangkan kami sudah macam kenyang-kenyang, jadi kami order nasi briyani ayam lagi.  Ini la rupa makanan tu.  Lakiku siap komplen. Dia bilang tiada kuah. Nasinya kering.  Ayam pun hancur sudah.  Ayamnya dipotong kecil-kecil dan digaul sekali dalam nasi.  Sedap lagi nasi briyani di Ziafat tu la.

Rating:  *** (food)


Tak sempat ambik gambar sekeliling restoran pasal sudah penat.  Lagipun kami mo cepat pergi ke East Tsim Sha Sui station pasal mo tengok Cathay Pacific International Chinese New Year Night Parade!  (<---- click di situ untuk tengok gambar-gambar). 

The highlight of the festivities was the Cathay Pacific International Chinese New Year Night Parade on the evening of 26 January. The parade, billed as the ‘World’s Happiest Party’ featured elaborately decorated floats accompanied by spectacular international and local marching bands and cultural performers. There was a carnival atmosphere, as festive crowds lined the route around Tsim Sha Tsui East to watch the colourful parade pass by with Victoria Harbour serving as the stunning backdrop. First staged in 1996, this world-renowned annual event was once again sponsored by Cathay Pacific Airways for the 11th consecutive year.

Geramnya aku.... aku tak sempat pun ambik gambar pasal berebut-rebut orang berbaris di depan.  Semua yang di depan aku tu tinggi-tinggi dan besar-besar belaka.  Berlapis-lapis manusia. Budak la, mamak budak la, bapa budak la, orang tua la, orang putih la. Orang putih tu siap angkat girlfriendnya duduk atas bahunya supaya girlfriendnya boleh ambik gambar. Sebenarnya laki aku ni paling tidak suka acara begini ni.  Lebih-lebih lagi yang crowded-crowded... tapi oleh kerana last day sudah ni kan.... so, boleh jugak dia pertimbangkan. Hehehehe. Tapi tu la... Rugi sekali lagi aku. Hmmm... apakan daya.  Kalau aku tau, bagus tengok di TV saja.


Sunyi di bandarnya pasal semua orang pergi tengok tu Parade.... sementara tu, sempat lagi aku ke Galleria (Duty Free Shop) yang kebetulan ada di area situ.  Sempat ku rambat lipgloss Guerlain.  






My Shopping

Hmm... ni part paling best.  Ramai yang tak sabar mo tau apa yang aku beli. Sebenarnya ndak banyak aku merambat di HK. Cuma ini saja pembelianku:

1.  Gelang idaman - Juicy Couture (pronounce as CHU-SI in HK) - hehehehe... ampai-ampai sebutan cina la bah ni. Aku ni mimang minah gelang. Kalau ikut susunan accessories, yang paling i love is gelang, jam, cincin, rantai etc. (<---- ikut urutan la ni) I lurveee bangle so much. Macam satu kewajipan/kemestian untuk beli gelang.  My sister (Kak Itok) pernah cakap, "Brapa gelang yang you boleh pakai? Tangan cuma ada dua".  Hmm... ketara dia tidak mengerti/memahami perasaan aku yang mencintai gelang.  Tak semestinya aku pakai gelang tu hari-hari.  Janji masuk dalam collectionku, aku sudah puas hati. Jadi maknanya, kawan-kawan, jangan buang masa anda.  Kalau mo kasih beli ole-ole or hadiah, belikan aku gelang!!  Gelang idaman (wish list) yang  seterusnya adalah daripada Thomas Sabo



2.  Jam SK Time lagi. Nah... mesti kamu terkejut aku beli jam yang sama kan... cuma ini lain colour. Yang dulu warna pink.  Yang ini warnanya putih. Macam mana bah aku tidak beli... murah betul rupanya di HK.  Ketara aku kena tipu di KK ni.  Harganya jauh berganda-ganda.  


3.  Bling-Bling Car... Cute kan... perhiasan bah ni. Aku mau simpan di ofis bikin pemberat kertas ataupun taruk dalam keretaku. Supaya silau!! Kah kah kah..


4.  As usual... cincin besar bling-bling.  Lagi besar lagi bagus.


5.  As i said just now.... the bigger the better/merrier...


6.  Cute teddy bear yang ada bling-bling.  Konon ini untuk digantung di handbag. 


7.  Souvinier - coin purse berbentuk ladybird dan strawberry.



8.  Ubat cina Cui Fung Yan dan Mu Kim Yan.  Entah ubat apa ni. Pokoknya aku diberitahu itu ubat for ladies only (<---- aku tiru ayat yang tauke ubat tu cakap dengan aku). Aku tidak faham kerana tulisan/instruction semua dalam tulisan cina. Ini mummy aku yang pesan suruh aku beli ubat ni.  (Nah tengok tu tulisan mummyku). Macam la tiada ubat ni jual di Malaysia.  Dia bilang, lagi bagus konon kalau buatan cina/HK - original kunun.  Padahal buatan cina mana boleh percaya 100%. Tapi, aku beli saja la. Janji kasih puas hatinya. Nah... kena jugak aku cari cina suruh translate kan aku ni.  (Kena minta tolong dengan si Cumie la ni tau)


9.  lip gloss Guerlain 

10.  and finally.... debaran yang dinanti-nantikan .... my first Gucci handbag.



@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@
@@@@@
@@@@@
@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Mannequin in motion - kah kah kah...

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@@

kalau ndak jelas... nah... zoom yang ini pulak...


Kalau ndak jugak terang.... nah datang kamu ke ofis pigi meningu sendiri!! (<---- ini ditujukan khas untuk Ajelin & Nal.  Kah kah kah)

Itu jak la... Kan aku dah cakap. Aku beli sikit jak barang... banyak kedai tutup bah... sedih... tapi sebenarnya aku pun tak brapa mo shopping... aku tunggu tripku ke Shanghai bulan March 2009 ini... tiada main kirim-kirim air liur bangas ya.  Malas aku mo angkat barang untuk orang. Kah kah kah kah...

3 comments:

Anonymous said...

Very nice bag!!!!! So you! Congrats! Nanti aku pegi mengacau ko tengok bag tu! :-) (and you can see my LV China Run)....

Alicia Kee said...

cantik nak! brapa RM nya tuh?

CathJ said...

Wah...semua cantik2 you punya bling2... Love it...especially the gelang!! My fav also!!!!