Monday, June 1, 2009

Kemaruk

Weekend kali ni memang betul-betul membosankan.  Kelmarin aku sendirian di rumah. Laki awal pagi sudah pigi ke Kuala Penyu mau pigi orang kahwin. Cakap pasal kahwin ni, aku memang paling tidak suka untuk hadir ke majlis perkahwinan. Pokoknya i hate weddings. Amah pulak bercuti. Sepatutnya aku ada ketemu janji dengan kawan untuk pigi berpoya-poya tapi malangnya si kawan belot. Kweng-kweng-kweng.  So, akhirnya aku telah menghabiskan masa seharian untuk tengok cerita drama pilipin - Sanay Wala Nang Wakas.  Walaupun aku sudah pernah tengok cerita ni before tapi entah angin apa... tiba-tiba keboringan tahap gaban aku surf di you tube ada laa pulak cerita ni kan.  Jadi angau dan kemaruk la aku meningu kehenseman si Jericho a.k.a Christian tu sambil terbaring, tertiarap, terduduk la aku meningu di macbook ni kan. Bila laki pulang from Kuala Penyu, aku pun stop tengok ni drama. Lepas dinner aku sambung balik. Aduii... sampai jam 2 pagi aku tengok ni cerita semalam. Menangis-nangis aku.  Buduh. Itupun aku cuma tengok sampai Part 1 saja. Malas aku tengok bila si Ara sudah bertemu dengan si Leo. 

So, bila aku bangun pagi, habissss.... bengkak mata aku dan badan pun sakit ya. Aku bagi tau la dengan laki yang aku kesyokkan tengok cerita pelipin tu sampai menangis bengkak mata. Bulih-bulih lakiku cakap, "aah... penipu bah si Christian tu". Aku tanya la dia kenapa dia cakap si Christian menipu. Dia bilang pasal si Christian tu cuma berlakon. Depan si Christian tu ada banyak orang. Tukang kasih mekup la, Camera man laa etc.  Huh?! Apa bah  laki aku cakap ni?@#$%^&*

Gara-gara kemaruk meningu si Christian tu... aduiii..... leher aku jadi cramp bah. Macam orang tersalah bantal. Apa ndaknya... sampai jam 2 pagi aku terbaring merenung laptopku. Last-last terpaksa pigi traditional massage tadi. Aku dan hubby biasa bermassage di K Kinko Reflexology & Therapy Centre yang terletak di Asia City. Actually ini adalah tempat favourite aku dan hubby kalau mau pigi berurut. Kedainya biasa-biasa saja tapi aku suka tukang urutnya. Pandai dia mengurut. Harga pun berpatutan. Selalu kami pigi waktu malam sebab kedainya tutup sampai jam 11pm.  Aku pernah bawa my mummy pigi berurut di sini. Dia bilang banyak sudah tukang urut dia jumpa tapi tidak sehebat tukang urut di K Kinko. Jadi sesiapa yang berminat untuk mencoba tu... sila kan laa.  Mungkin boleh cari my tukang urut - Irene. Tapi yang mengurut my mother tu bukan si Irene ya.  Tak ingat namanya.  Si Ara mengkali. Hehehehe....

9 comments:

Alicia Kee said...

hahahha lawak ko ni..tp mimang best cerita tu... pasal si jericho smpi sakit ko ya...

Unknown said...

Macam sama ja kejadian kita berdua ni...dua hari berturut mengadap FB kakaka ndak apa yg bikin kesiokan pun aku ndak tau tapi mimang cramp abis leher sampai mo bergerak pon macam robot kakaka

Ina said...

haha..mmg kobosanan tahap dewa sdh ni kan..mcm mau di try tu tukang urut..slalu aku ke crest moment jak..nda tau mana mau pigi lagi hehe...

rahma said...

heheheheee... aku rasa klu aku pun tengo tu cerita then aku bgtau hubby mesti hubby pun bg jwpn yg sm mcm hubby mu. kenapa la bah lelaki ni kn... mcm nda feeling jak heheheee

CHINA DOLL said...

To Ina - tu Crest Moment, kedainya memang lawa dan selesa. Tapi aku tak rasa cara urutannya best KECUALI urut kakinya memang BEST la. Yang K Kinko ni kedainya biasa-biasa saja... kalau ko mo yang urutan traditional then you patut cuba. Harga dalam RM50++ untuk sejam.

CHINA DOLL said...

To Alicia - Ini semua memang salah si Jericho. Hahaha. Nasib baik hari ni baik sudah leher aku setelah diurut semalam.

CathJ said...

Memang kau kamaruk!! adakah si tukang urut di bagi nama si ara...

Best kah tu story??? nda pernah I tingu...adalah...sikit2 dulu...ni lupa sudah ni...hihihihi...

CHINA DOLL said...

To Cath... mimang bestttt cath... romantic giler...

mzn said...

Fam...dulu2 time blm ada youtube aku sama ipar aku punya la kemaruk tingu crita ni...ko tau kah sampai aku nda sabar mau tau ending aku sanggup download sinopsis setiap episode yang dalam bahasa tagalog lagi tu pastu paksa minta translate org yang pandai tagalog hahaha mimang best ini crita.