Sunday, February 12, 2012

Amazing! Rumah Terbalik


Eh! Kamu pernahkah dengar pasal Rumah Terbalik ni??? Macam ndak percaya bah ada rumah terbalik kan. Betul nie.... Mula-mula aku nampak orang post-post gambar dalam FB kunuk ada rumah terbalik terletak di Tamparuli. Aku ndak percaya. Hairan aku kenapa ada orang mau buat rumah terbalik. Mula-mula kupikir ada orang tinggal dalam rumah terbalik tu. Rupa-rupanya rumah tu dibuat khas untuk bisnes la pulak... apa lagi... untuk tarikan pelancong la tu. Jangan kan pelancong... orang KK sendiri pun mau datang tingu. Jadi.... dijadikan cerita... aku sendiri telah memijakkan kakiku ke rumah terbalik itu pada hari Sabtu lepas. Senang saja mau cari ni rumah terbalik. Sana Tamparuli... terletak di siring jalan jak. Senang mau nampak laa. Sebelum tu stesen Shell (kalau jalan dari KK).


Gambar rumah terbalik dari pandangan depan bermodel kan dua perempuan jelita. Huwaaaa.... sila jangan muntah!!

Bayaran masuk RM10.00 sekepala untuk dewasa (mykad). Kalau budak-budak RM5 (di bawah 12 tahun). Bagiku kira agak mahal juga bayaran masuknya ni sebab bukan boleh ambik gambar pun masa berada dalam rumah tu. Lagipun rumah tu kecik jak bah. 10 minit jak kita masuk dalam tu round-round lepas tu keluar dan hanya boleh bergambar di luar rumah. Masa kami pigi tu kira agak ramai juga pengunjung yang datang. Jadi untuk masuk ke dalam rumah tu kena bergilir ikut group. Hanya boleh masuk 8-10 orang kali ya. Mungkin dia takut roboh kali sebab macam struktur rumah tu tak kuat. Pasal terbalik kan.

Sebelum masuk tu, kena suruh pukul gong dulu - tanda selamat datang. Welcome To Rumah Terbalik...


Jadi aku kunuk yg mem-volunteerkan diri untuk pukul gong. Hehehe... Masa disuruh pukul kan, macam bengong-bengong aku ni sebab first time kan. Ndak pasti aku di mana mau pukul. Jadi aku main redah... aku pukul la di bahagian atas. Huahuahua. Bulih-bulih aku kena kasi ketawa ya oleh orang. Kurenggg tul. Rupa-rupanya sepatutnya di bulatan tengah tu pulak patut dipukul. Hahaha. Jadi aku kena suruh pukul semula. Bikin malu betul. Tiada bah barang ni di kampungku di Tawau. Hahaha...

After that, kena suruh lagi kami ni mengetuk pintu rumah sebelum masuk tapi tak sempat ambik gambar time tu. Susah mau ambik gambar sebab time tu hujan gerimis. Semasa berada dalam rumah tu kami diberi penerangan kisah mengenai rumah terbalik ni. Aku tidak berapa fokus apa yang dia cerita sebab kebeliangan aku meningu barang-barang dalam rumah tu semuanya terbalik sampai mau feningggg aku. Maksudnya semua la barang-barang melekat di atas siling. Macam-macam la bah ada dalam rumah tu. Segala mesin jahit, set sofa, katil, barang dapur, jamban, perhiasan dinding dan sebagainya... termasuk laa kucing! Hahahaha... of course la kucing palsu bah. Tak kan la kucing yang diawet. Huahuahua.. Oh ya! Semua barang dalam rumah tu tidak boleh disentuh ya. Ndak kuat kali gam nya. Kami yang berada dalam rumah tu pun cuma boleh berjalan di atas karpet merah. Nampak sangat memang rumah tu tak stabil. Risau juga aku lama-lama berada dalam rumah tu. Karang ada mesin jahit jatuh dari siling menimpa atas kepala!!


Gambar diambil dari luar belakang rumah terbalik. Nampak kah ada biskal melekat
di atas tu.



Ini gambar dari pemandangan siring pulak.

Nahh.. ni lagi dasyat. Kereta kancil pun melekat di atas bumbung. Huahuahua...


Aku rasa ndak sampai setengah jam kami di sana. Lepas ambik gambar di luar rumah kami pun blah. Kira enjoy juga la bah sebab kiranya sesuatu yang baru kan dan jarang-jarang jugak la bah pigi tempat begini. So, kamurang bila lagi mau pigi??? Jangan tunggu lama-lama... orang bilang nanti bangas!! Huhuuu...


Thursday, February 9, 2012

Kek Coklat

Mari kita belajar buat kek coklat yuk. Nahh... sekali lagi sejarah berulang kembali. Hahaha... Terberjaya pula aku terbikin kek. Kek coklat lagi tu. Huhuu... tingu ni gambar kek coklatku. Cantik dan menyelerakan kah?? Sedapppp ni i tell you. Bila kamu rasa ni... perghhhh.... manis macam aku ooo... hahahaha....



Ok tuan/puan sekalian... (oopsss... adakah jua lelaki membaca blogku ni???).... mari aku turunkan ilmu untuk membikin kek coklat yang telah diajar oleh macikku Kak Ani (macik tapi dipanggil kakak. Pa macam ni??) dan turut dibantu oleh sepupuku Adek. Actually ini adalah second time aku buat kek coklat ni. Yang mula-mula tu kami buat sama-sama. So, yang ni aku buat dengan si Milah - my maid.

Ok... tanpa membuang masa... ini adalah bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan A - untuk kek:

220g tepung gandum
250g mentega
30g serbuk koko
250g gula halus
5 biji telur (Gred A)
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla


Bahan B - untuk salut kek (topping):

1 packet milo size kecil (anggaran 350g)
1/2 tin susu pekat
Sedikit susu sejat (dlm 200ml untuk cairkan kepekatan milo - dimasukkan sikit demi sikit)
1 sudu makan mentega (sekadar untuk kasi kilat topping)
1 sudu teh serbuk koko
sedikit garam

Cara-cara membuatnya:

* Tepung, serbuk penaik dan koko diayak bersama.
* Pukul mentega dengan gula sehingga kembang kemudian masukkan telur sebiji-sebiji.
* Setelah sebati dan gebu, masukkan tepung gandum yang telah dicampur dengan serbuk penaik dan koko
* Masukkan esen Vanilla
* Setelah adunan sebati, bakar kek pada suhu 180c selama lebih kurang 40 minit.

Nahhh... begini laa rupa kekku setelah dibakar 40 minit kemudian. Nampak tu tengahnya berlubangkah? Itu pasal aku cucuk pakai kurik gigi sebab mau tau samada dia sudah masakkah belum. Ada kamu tercium wangikah??? Hihihi...



Weii.. belum siap lagi ni kek ku ni. Ada lagi ni. Biarkan dulu ni kek sejuk selama 10-15 minit. Sekarang kita mau buat salutannya (topping coklat) pula.

Ok... campur semua Bahan B tadi dalam periuk  double boiler kemudian panaskan dengan api kecil. Sentiasa digaul supaya tidak hangus dan melekat. Apabila sudah cair, tuang/siram coklat tu di atas kek. Kemudian hidangkan kepada tetamu tuan/puan yer. SELAMAT MENCOBA...


Wednesday, February 8, 2012

My Hair

Last Saturday aku telah mewarnakan semula rambutku memandangkan last aku buat colour adalah last year bulan Jun 2011. Seperti biasa, my salon akan suggest untuk colour ASH for me. Tapi kali ni aku cakap dengan dia aku mau colour BROWN. Kalau boleh aku mau dark brown bah. Aku mau colour sedikit gelap dan natural gitu. Jadi akhirnya my salon telah suggest me untuk ambik colour dalam kategori WARM BROWN. Ndak pasti aku apa nombor code colour tu. Warna tu lebih kurang macam ni nah yang aku mau. Hehehe...



Cantikkan??? Natural gitu...

Tapi... sekali bila siap... hampehhhh i dengan kejadiannya. Adakah jadi macam ni.... Duinaaa... :((((

*
*
*
*
*
*
*
*




Eh! Kamu nampakkah tu?? Punya kering warna rambutku. Sudah laa nampak kering dan tidak sihat... tidak sekata pulak tu colournya. Di bahagian atas tu terlalu kuning/merah la pulak. Itupun time lepas colour tu aku sangat terkejut sebab warnanya bikin terkejut! Lagi la terang ya. Terpaksa tu salon kelamkabut kasih toning rambutku. Tapi lepas toning pun masih la jugak sama. Mungkin ada kurang sikit terang laa banding dengan yang mula-mula. Eeee... i don't like la.... Hampehhh tul. Aku harap dalam dua minggu ni colournya akan turun sebati la. Kalau ndak... jawapannya... bulan depan... aku akan buat toning again!!

Tengok gambar ni. Ini gambar yang second day after i buat colour. Mungkin tak brapa nampak terang di gambar ni. Kalau kamu tengok real atau di bawah cahaya sun memang terang tu di bahagian atasnya. Aduiii bencinya aku bah... macam "ermble" bah aku rasa.



Cuba tengok di gambar yang ini pulak.


*

*

*

*

*

*


Alamakkk... blurrr la pulak. Tapi macam nampak merah tu rambutkan.


*

*

*

*

*

*


ok... sekali lagi.


*

*

*

*

*

*


Nahh... ni baru jelas.


Macam lain pulak warna rambutku di sini. Macam gelap sikit la pulak. Mengkali pasal ini sudah masuk hari kedua... jadi rambut pun ada sikit berminyak. Duiii... sakit hatiku bah dengan salonku ni. Sudah la bayar mahal. Hampehhh aku. Tapi yang bikin hampeh lagi kan... macam ndak da pulak orang perasan aku ni colour rambut! Ini lagi la hampeh!!! Bila aku bagi tau kan... dorang cakap macam sama jak dengan warna rambutku yang sebelum ni. Adakah patut. Huahuahuahua.... dua kali hampehhh aku. Padan dengan mukaku. Confirm laa next month aku melabur duit di salon untuk buat toning ni. Huhuuuu....

P/S: Maintain ayu nya aku di gambar ni. Hahaha.



Tuesday, February 7, 2012

Cincin LVoe

Awal pagi hari ni si Fadely datang ke ofisku dan menghantar aku CD Ombak Rindu yang aku pinjam dari si Zimah untuk tujuan copy tu movie - walaupun sebenarnya aku sudah tengok tu cerita. Hehehe...


Sekali aku buka tu envelope... selain CD, ada kotak kecil disertakan. Wahhh.... Sekali aku buka tu kotak... makes me smile sampai ke telinga. Hihihi...





Yeayyy... aku dapat ni cincin LVoe yang big... dan blingggg ....and i suppose it's a Valentine gift kot for me. Hahaha...





Talking about Valentine... i haven't decided where to celebrate my Valentine this year. But... i sudah terima my Valentine's flower kelmarin... hahaha... jangan jelessss... I sudah warning to my hubby NO MORE RED ROSES for me on Valentine's Day. Membazir duit saja. 10 minit jak aku kagum lepas tu aku taruk di luar rumah sebab tidak suka tu bau.


Sebenarnya I prefer bunga mati/bunga hiasan yang boleh disimpan di rumah. So, kiranya bunga yang aku dapat kelmarin tu adalah bunga tunjuk. Hahaha... Nah aku sudah start merapuh... dari cincin LVoe ke Valentine story la pulak. I will blog it later la.


A big thank you to my Zimah. Simply LVoe it! Terus terlupa aku sekejap dengan kemarahanku semalam yang aku bawa ke awal pagi hari ni. Hahaha... CD mu akan ku kembalikan nanti ya. Thanx again! Luv u!!


Monday, February 6, 2012

My New Year Gift 2012

Walaupun sekarang ni sudah masuk bulan February 2012.... I hope it's not too late untuk menayang my New Year Gift for 2012.  Hehehe... Awal-awal tahun lagi rezeki terbuka luas untukku. Yeehaaa... I LIKE!!! Ni kali laa...  (Mudah-mudahan rezeki Lady F sentiasa berlimpahan... aminnnn...)

Ndak tau la mau cakap hadiah ni sempena X'mas kah apa kah ni... tapi aku dapat hadiah-hadiah ni awal bulan January 2012... so aku anggap ianya sebagai hadiah tahun baru laa.   Bukan saja birthday dapat hadiah... nahh... tahun baru pun dapat hadiah ooo.... sila jangan jeles dengan Lady F okkk... hehehe... Ok, mari kita tengok hadiah-hadiah yang aku dapat.


Okay... this is from Shelly. 

Gelang tangan


2 biji cincin berbentuk butterfly and bunga orkid kah tu??

Nice kan?? I LVoe it!


This one is from Donna.


It's a hello kitty ring.  Punya cute... LVoe it!


Yang ni pula from my angel Syaqeela.


It's a hair clip and earrings.  Simply LVoe it!


Got this gifts from my Aunty Faye.  Actually ini bukan hadiah tahun baru.  My aunty just came back from Vietnam.  Kiranya this is ole-ole from Saigon.  Since aku terima benda ni awal January, so aku anggaplah ianya sebagai New Year's Gift. 


It's a mirror and....


and.... a bling-bling ring.  LVoe it so much!! VERY NICE! 
Nasib la muat di jariku yang gumuk nie. Ahaakss...


Ini pun kes yang sama.  This is ole-ole from my sistah Elsa yang baru balik dari bercuti from Beijing.  Aku anggap ini hadiah tahun baru memandangkan aku baru terima bulan January. :)

Cincin yang boleh masuk ke jari dari setiap 4 sudut. Maksudnya, lubang cincin tu ada 4 dan pelbagai size (Dari lubang kecil ke besar).



Okay... yang ni teka dari siapa pulak??? Besar lagi tu kotaknya.  Terkezut makkkk... hahaha....


Baca tu.  Click the foto to enlarge sekiranya tidak jelas dari siapa.


It says... FROM YOUR JANTEN KEBRET!! 
Hahaha...(kalau sebut jantan kabret... semua orang tau tu siapa)

Betul-betul mak terperanjat tauu!!  Tiba-tiba dorang dua ni buat surprised dengan mak pulak. Transfer barang konok dari bonet kereta.  Mintak puji. Time tu aku duduk di belakang kereta. Tiba-tiba kotak besar disurung sama aku.  Mak terkena tau!!! Hahahaha.... Terus aku tersenyum-senyum kambing. Ahahaha... Dalam hatiku time tu... kenapa kamu tidak kasi aku bunga hidup!!! Nahhh!! Ambik kamu!! sekiranya kamu terbaca post ni mesti kamu mengumpat aku ni kan sekarang ni.  Mesti kamu cakap aku ni CEREWET tu kan.  Kan? kan? kan? I LIKE. Huahuahua.... Biar kamu sana.



Tapi memang beauty gilak bah bunga yang diorang belikan aku ni.  Sudah la colour bunga tu pink... siap ada mini teddy bear lagi tu.  So sweet.  Bukan lagi so sweet. Very sweet.  Manis la. Memang manis. Kalah gula. Bulih bikin sakit gigi.



Bukan saja sejambak bunga MANIS aku dapat.  Malahan patung Hello Kitty ni pun diorang yang bagi. Very sweet.  Sayang jugak korang kat aku ya.  Aku pun sayang jugak dengan kamu bah.  Huhuuu.... Thanks for everything.  Thanks for being understanding and for being there whenever i need you guys.  Itu yang paling mahal tu.  Luv you guys.  I hope it's not too late to wish both of you HAPPY BELATED NEW YEAR 2012! 

And not forgetting Shelly, Donna, Syaqeela, Aunty Faye, Sistah Elsa - thank you for the gift and Happy belated New Year 2012!



Lady F sempat posing dengan collection patung Hello Kitty nya and most of them adalah pemberian dari kawan-kawan tersayang. (Separuh collection sudah simpan dalam box sebab takut kotor/kena habuk)



Jangan hairan kalau suatu hari nanti collection Lady F jadi macam ni. Hahaha... Terpaksa custom made la tu almari.

Happy Birthday



HAPPY BIRTHDAY TO MY FATHER

KEE ILLIAS ALI

6.2.2012 YANG KE 65 TAHUN


SEMOGA SENTIASA SIHAT WALAFIAT, PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI... AMIN...

Sunday, February 5, 2012

Gifts from Russia

Pssstt!!  Aku dapat ole-ole dari my friend - En. Hanif yang baru balik dari bercuti from St. Petersburg, Russia.  Kena kasi konok aku segala tupi urang Russia bewarna pink, mug dan coklat.  (Terima kasih En. Hanif... Susah-susah aje. Hehehe... Bila la agaknya aku dapat menjejaki ke negara Russia... terbayang aku akan kesejukannya... Ggrrrrrrr.....)



Mari kita tengok macam mana rupa tupi tu setelah dipakai oleh si Lady F.  Hehehe...

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@
@@@@@@@
@@@@
@@
@

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@
@@@@@@@
@@@@
@@
@

Tadaaa....


Ada macam Russian Girl kah? Perasa-an nya aku!!! Hahahaha.... 


Salam Maulidur Rasul


"SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1433M"

Thursday, February 2, 2012

Kukuku

Take a look at my kuku kaki....



Yes i know... memang bidak... jelek... (oopss... siap ada taik lalat lagi tu. Hihihi)


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@
@@@@@@@
@@@@@
@@@
@


Cuba tengok lebih dekat lagi....



Nampakkah lebam di kuku ku??


Taukah puncanya adalah disebabkan oleh kasut ini? Ini adalah kasut Clarks yang aku beli bulan Oktober 2011 dan telah dipakai masa pigi KL New Year hari tu. Entah kenapa... tiba2 my jari kaki jadi lebam. Adakah kemungkinan sebab aku pakai ni kasut dari jam 11.00 pagi hingga 10.00 malam??


Kasut ni kira comfy juga. Tapi entah di mana silapnya.


Yang sadishnya tu... kukuku bertambah lebam hari demi hari. Walaupun aku sudah pernah makan ubat dari klinik untuk kurangkan tu bengkak.

Dan setelah 1 bulan berlalu... ini la kejadiannya....

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@
@@@@@@@
@@@@@
@@@
@




Eeeee... jeleknya kukuku!!! Ohh my!
Eeeeekk... boleh hilangkah ni?? Ada petuakah?

P/S: Biar la kamu geli tengok ni gambar. Kotoh!! Baru kamu tau sana.