Friday, November 30, 2007

Enchanted


Semalam aku pigi tengok wayang dengan hubbyku. Wayang "Enchanted". Memang aku minat tengok crita-crita macam ni. Wayang Disney. I'm enchanted... bila tengok wayang tu. Lucu.... Mula-mula, aku tak bagi tau laki aku wayang apa yang nak ditengok. Sebab takut nanti dia tak mo pulak tengok wayang tu. Bila wayang dah start, dia tanya aku, "Lai, sampai habis kah wayang ni cartoon ??" (sebab permulaan crita ni memang cartoon) hehehehe.... Tapi last-last tu, kesukaan pulak laki aku tengok crita tu. Aku paling suka tengok part si Giselle menyanyi memanggil semua binatang untuk tolong dia kemaskan rumah. Aku tak mo la crita panjang lebar pasal wayang ni sebab aku nak korang tengok sendiri. Sekurang-kurangnya... pg la tengok website dia tu.

Monday, November 26, 2007

My 2nd LV???

Berangan sekejap... adakah ini bakal menjadi beg LV ke-2 ku? Kita tunggu dan lihat.... tingu bajet dulu... hehehe. Aku nak masukkan ni dalam my wish list la. Terlampau banyak wishes jugak ni.

Selamat Pengantin Baru ...

25 November 2007, aku dan ofismate telah pigi menghadiri majlis perkahwinan di Kinarut. Actually, pengantin perempuan ni adalah bekas rakan sekerja kami. Tapi sekarang dia dah pindah ke ofis lain. Tak banyak yang mo dicerita di majlis perkahwinan tu sebab kami pun datang lambat ke majlis tu. Masa kita orang datang, pengantin lelaki dah nak sampai. Tapi tak sempat nak bergambar dengan kedua pengantin pasal banyak orang tangkap gambar dorang ni. Kalah-kalah artis youuu.... Hehehe

Selamat Pengantin Baru Sue .... Moga berkekalan hingga ke anak cucu....

Apsal aku nampak gumuk?? huaha...
Ini mesti si Sue yang terlampau slim!!


Muha tak mo lepaskan container biskut

Ini laa anak si Yai (kira anak buah pengantin lelaki la)
Sejibik mcm rupa bapanya. Tak mau senyum lagi tu.

SMS

Kelmarin aku dapat SMS dari kawan lama. Menarik jugak SMS ni. Cuba korang baca dan jawab ni:

Ada sebatang pokok yang tua,
Apabila hujan, beberapa helai daun tumbuh,

Apabila musim luruh, angin menerbangkan kesemua daunnya.
Jika diberi pilihan, yang mana satu anda nak jadi??

HUJAN?
ANGIN?
MUSIM LURUH?
DAUN?
POKOK?

Korang jawab la, nanti aku bagi tau jawapannya kemudian.

Anak Angkat

Aku tidak sangka aku telah mengambil anak angkat baru... Jangan korang silap... sebenarnya anak angkat yang dimaksudkan tu adalah kucing baru. 17 November 2007, aku dan laki pigi minum petang di area Sadong Jaya. Tiba-tiba kami ternampak ada anak kucing warna oren yang tengah kesejukan. Time tu pulak hujan renyai-renyai. So, kami telah buat keputusan untuk bawa kucing tu balik sebab rasa kesian. Lagipun, boring jugak asyik-asyik tengok kucing di rumah warna semua kelabu/putih. Rindu mo ada kucing warna oren.

Korang mesti tak percaya sebab kucing yang aku ambik ni tak cantik... sudah la jelek, kurus pulak tu. Takut aku mo angkat/pegang sebab terlampau kurus. Terasa aku tulang bidai-bidainya tu. Perut saja yang besar sebab kucing ni kuat makan. Sudah tu... berbau parit lagi tu badannya walaupun sudah mandi. Aku rasa buih sabun pun mati ooh... The next daynya, aku panggil doktor untuk vaksin dia. Doktor kata dia sihat. Sihat tapi lemah ja... Hari-hari dia tidur di bawah meja/menyendiri. Kalau aku balik kerja, dia datang ke arah aku minta sayang. Kadang kesian jugak aku dengan kucing ni. Pasal semua kucing aku di rumah pigi gaduh dia. Dia pulak tak reti mo melawan. Kalau kena tampar oleh si Twist or kena serang oleh anak-anak si Twist, dia dok diam/terbaring jak. Sempat lagi Doktor tu cakap dengan aku. Dia kata, nasib kucing ni beruntung sebab dapat penjagaan yang baik dan dapat tinggal di rumah besar. Kalah-kalah nasib manusia. Kah kah kah kah...

So, aku telah menamakan dia si SADONG. (Nama orang putihnya belum ada lagi. Korang bagi laa suggestion). Ini laa dia kucing aku yang tak seberapa tu.... Harap-harap dalam sebulan gitu dia bertukar jadi Cinderella.... hehehehe




Friday, November 16, 2007

Smoky & Snowy

Ini la si Smoky ... he's my pride & joy, joy, joy...


Dan yang ini pulak si Snowy... She's adorable...

Saja mo update korang. Ini la gambar kucing-kucingku yang terkini. Umur dorang baru masuk 2 bulan. Nakal dan cute dan aku geram sangat-sangat.

Thursday, November 15, 2007

Snack Box

Akhirnya kami balik KK ikut flight MH2616 jam 2.00pm. Kapalterbang besar rupanya. Airbus. Kira best la naik kapal besar sebab makanannya kira best sikit kan. Bila kapal dah terbang tu, servis pun kira laju jugak la. Terus-terus setiap orang kena bagi snack box. Cantik pulak tu. Aku cakap dengan laki aku, punya la cute tu box. Macam kira upgrade la MAS ni... Kami pun kelamkabut makan la. Habis ja makan, kena kasih clear, kami pun tunggu-tunggu kot-kot makanan yang bakal dihidang ni mesti best sikit ni. Tunggu punya tunggu... rupa-rupanya langsung tiada makanan dihidangkan. Rupa-rupanya... snack box tu la kira makanan kami. Kah-kah-kah-kah...

Kagum dengan snack box ni...

Ada sandwiches, mineral, cadbury bytes & ada apple lagi tu.


Oopss.... apa ni??? iklan kah?! Oooh... ini kasut laki aku. Aku keboringan dalam kapal. So, aku tangkap gambar kasutnya. Kasut Cole Haan.....


My New Brooch


This is my new brooch. Tidak sabar aku mo pakai. It's huge. It's cute. It's unique and i love it. Harganya cuma RM40. Aku pigi beli time pameran kraftangan Indonesia di KL Convention Centre baru-baru ini. Cantikkkan ???

Daun Sakti


Dipercayai bahawa daun/tumbuhan ini boleh merawat sakit telinga. Ianya terbukti kerana tempoh hari aku sakit telinga. Telinga berdesing+ kenyat-kenyat yang amat sakit. Sakitnya sampai macam rasa mo sakit gigi dan sakit mo pigi ke otak pun ada. Bila jumpa Doktor, dia tak kata apa. Dia cuma kata ada sedikit merah dlm telingaku dan cuma bagi aku antibiotik & ubat tahan sakit. Lepas 2 hari, masih tak sembuh-sembuh. Aku jumpa Doktor sekali lagi. Dia tukar antibiotik lagi dan bagi ubat titis telinga. Tak jugak sembuh. Last-last my mum nasihat aku jumpa auntie aku yang tinggal di KL (sebab kebetulan time tu aku pun nak pg KL kan...). Dia kata Auntie ku tu ada tanam daun/tumbuhan (yang dia sendiri pun tak tahu apa nama kah daun ni). So, aku pun pergi la jumpa Auntie aku yang tinggal di Sri Petaling. Auntie aku kata rupanya yang sakit dalam telinga tu adalah jerawat. Sialan... bulih-bulih ada jerawat dalam telinga!! So, petuanya adalah, daun tu kena diramas hancur dan dititiskan ke dalam telinga. Kuat jugak bau daun ni. Daun ni macam daun pudina tapi bukan pudina. And... believe it or not?? Aku cuma buat 2 kali titis, telinga aku dah sembuh!! Mungkin jugak pasal aku makan antibiotikku sampai habis. Aku siap bawa balik daun tu ke KK untuk ditanam. Tapi tak tau la samada menjadi atau tidak. Bila aku minta amahku tanam tu daun, dia kata, jiran sebelah rumah aku pun ada tanam daun yang sama. So, maknanya, kalau daun yang kutanam ni tidak menjadi, aku akan minta la dengan jiran sebelahku ni. Hehehehe....


Oh ya... lagi satu, dipercayai bahawa daun ini jugak boleh mengubat batuk. Daun tu perlu direbus selama 1 jam + gula batu dan diminum. So, kalau tanamanku ini menjadi, korang boleh lah try ya. Hanya untuk yang sakit telinga & batuk sahaja.
P/s: Kalau ada sesiapa yang tahu pasal nama tumbuhan ini, tolong inform sama aku. Ok.

Welcome to The Garden

Ini la pemandangan The Garden dari atas. Cantik jugak la.




Sebelum aku terlupa, aku juga sempat pigi The Garden. Shopping mall baru. Bersebelahan dengan Midvalley. Daripada bangunan Midvalley tu ada jalan tembus untuk pigi The Garden. Ini pun kira shopping mall mewah jugak la. Dalam tu ada Robinson & Isetan. Ada beberapa butik mewah juga seperti Coach etc. Yang bestnya kalau shopping dekat sini ni, kalau penat, boleh berehat-rehat di sofanya. Shopping mall ni sediakan sofa yang banyak untuk kita duduk. Kiranya sofa tu khas disediakan untuk hubby kita yang menunggu kita shopping tu la. Hehehehe.

Wednesday, November 14, 2007

Jalan-Jalan Cari Makan Lagi...

Sebelum balik ke KK, kami adik beradiks telah makan malam di Restoran Bora Asmara, Penchala dekat Damansara. Restoran ni memang cantikkkkk. Konsep ala-ala Bali gitu. Tapi sayang sekali, restoran ni cuma sesuai dibikin tempat melepak-lepak sahaja sebab makanannya tidak seberapa pun. So, kalau korang ada masa tu, pigi la minum-minum atau ber-cigar dekat situ. Tapi makanannya i tak rekomen ya...


Sempat bergambar di depan Restoran

Sambil makan, kami dihiburkan dengan lagu "Besame Mucho".

Lagi la kami terhibur dengan kehadiran kucing ini. Kucing ni sangat nakal & manja. Restoran tu memang banyak kucing.

Ini laa lauk-lauk yang kami order:-

Chicken Cashew Nut & Kailan Ikan Masin


Telur Dadar & Kerabu Mangga



Tom Yam Seafood


Deep Fried Talapia



Japanese Tauhu

Take a break...

Ok kita berenti dulu crita-crita makan ni. Asyik-asyik crita makan, boring jugak kan. Iklan dulu la. Mo dengar crita shopping?? Trip kali ni ke KL tak brapa banyak aku shopping. Al maklumlah... old moon.... So, ini la dia barang-barang yang tidak seberapa ....

Blusher DIOR. Ini adalah blusher yang kedua aku beli. Memang bagus.

Wallet purple cute - untuk Aziah sbb menggantikan kerjaku semasa aku cuti.



Purse cute. Belum tahu mo bagi dengan siapa.



Jam tangan shining-shining...

Hair Accessories beli di Bonita & Chamelon



Lipstick MAC (Limited Edition/datang dengan 2 lipstick & 1 lip gloss & free cute purse)



MAC Eyeshadow Silversmith & Eyeliner (Kena la beli sbb di Sabah belum ada jual MAC)

Dan ada laa lagi beberapa helai baju-baju sexy-mexy yang aku beli tapi tak sempat tangkap gambar. Nanti if ada masa baru tangkap gambar & letak dlm blog ni. Tapi kali ni tak da pulak aku beli kasut/beg. Sebab kasut-kasut yang sebelum ni pun masih belum dipakai. Lagipun, kasut yang dijual tu pun masih kasut lama yang dia pamerkan 2-3 bulan lepas.
To be continue....

Tapas

Telur Dadar

Nasi (Seafood)

Baby Octopus

Escargot (Tapi kulitnya sudah ditanggalkan)


Soft Crab

Terung Goreng

Scallop entah masak apa ni. Tapi sedap jugak la

Blackpepper Lamb

Udang Garlic - sedap

Mashed Potato - sedap

Scallop lagi... tapi lain jenis masakan


8 November 2007 (Hari Deepavali), malam tu sister i nak belanja makan di Starhill konon. So, dalam banyak-banyak restaurant dekat bawah tu, adik i pilih nak makan tapas. So, kita orang pigi la ke Sentidos Tapas, Spanish Mediteranean. 11 jenis tapas kami pilih dan 1 nasi. Macam mana rasanya?? Hmm.... kalau lapar sangat tu, dinasihatkan jangan la pigi sini. Makanannya kira tak la brapa sedap sangat. Kami makan ni pun sekadar untuk mencuba makanan Spanish. Kot-kot mana tau suatu hari nanti mo ke Sepanyol.... hehehehehe

Tiramisu Cheese Cake


Haa.... ini pun i rekomen jugak. Sedap sehingga nak lagi.... So, siapa yang hantu cheese cake tu boleh lah try makan di Alexis, Bangsar (Dekat area Bangsar Village). Harganya RM12.00 sepotong. Hmm.... memang sedap la. Nyum-nyum. Sayang gambar ni tak brapa clear.

Tuesday, November 13, 2007

What's HOT in town??

Ini la yang paling hot masa kini. J.Co Donuts & Coffee. Nanti korang tengok websitenya tu. I rekomen korang semua rasa donut tu. Gerenti nak makan lagi. Nama kedai ni J.Co Donuts & Coffee terletak di Pavillion KL. Kononnya kedai ni adalah franchise. Asalnya dari Indon.

Donut Al Capone (Paling sedap)

Donut American Peanut Butter

Ini gambar orang tengah berbaris beli donut (tak brapa nampak nampak sebab aku tangkap gambar dari jauh)

So, korang boleh laa lupakan cupcakes ni ya. Hahahaha.... Untuk makluman semua, gambar cupcakes ni my sisters yang buat... cute kan??

Happy Deepavali & Welcome to the Pavillion

Happy Deepavali ..... Sempena cuti Deepavali ni, aku ikut laki yang kebetulan ada urusan kerja di KL. Kami tinggal di JW Marriott Bukit Bintang. Hari-hari aku ke Pavillion. Seberang jalan saja. Hari-hari ke sana tapi tak da pulak beli barang. Asyik terliur tengok barang jak. The Pavillion ni adalah shopping mall terbaru la di KL. Besar jugak la. Tp masih banyak kedai yang belum buka lagi. Macam-macam jenama ada dekat sini.

Di belakang tu la Pavillion

Ini view The Pavillion dari Tg. 6

Ini pulak gambar beras berwarna-warni di lantai Pavillion
(Namanya kolam konon. Tapi sebutannya "kolom".
Aku gambar dari tingkat 4 ni)


Ini gambar bilik kami

The mirror has 2 images???
(sempat posing sebelum keluar bilik)