Saturday, January 31, 2009

Bye-Bye Hong Kong...

Day 5 (27 January 2009)

Ndak sangka hari ni hari terakhir kami di HK.  Sebelum check out sempat lagi aku merayap ke shopping mall (Grand Century Place) yang link dengan hotel kami ni.  Tapi rupanya masih tutup.  Masib ber-CNY.  Flight kami from HK ke Brunei jam  3.20 petang.  Tiba di Brunei jam 6.30 petang and connecting to KK jam 12.20 tengah malam. Makk aii... lamanya kami menunggu di airport Brunei.  Sudah la di airport Brunei tu tiada apa-apa.  Nasib baik dapat masuk pergi Sky Lounge.  Dapat jugak berurut dengan kerusi OSIM, makan tanpa henti, tengok HBO, bertenet etc.  Bila jam 10.00pm, aku tengok makin tiada orang sudah di airport.  Dalam Sky Lounge pun tinggal aku dengan laki saja.  Ndak lama tu staff RBA jumpa aku dan bagi tau bahawa flight kami kena postponed ke esokan harinya jam 8.20 pagi atas sebab/masalah teknikal.  Terperanjatnya aku... macam mo menangis aku... apa ndaknya... risau aku pasal aku patut masuk kerja ke-esokan harinya.  Nasib baik dia cakap dorang sediakan penginapan untuk kami di Hotel Shereton konon.  Aku pun senang hati... apa ndaknya... terbayangkan Shereton Hotel setelah penat-penat ni... Terbayang aku... sekurang-kurangnya macam Hotel Shereton di Labuan tu kah... Jadi, bila kami keluar dari Sky Lounge kena iring pergi ke taxi.  Terkejut aku.  Sebab dalam airport tu sudah kosong. Tiada orang. Tinggal kami 2 orang lagi.  Entah ke mana semua orang pigi. 

So, bila sampai Hotel Shereton... lagi la aku terperanjat.  Pasal buruknya hotel ni.... aduiii... sunyi lagi tu hotel ni. Meriah lagi Hotel Promenade KK.  Atau mungkin kami sampai hotel sudah jam 10.30pm jadi tak brapa nampak apa-apa.  Gelap. Aduiii.... bikin ndak semangat mo tangkap gambar hotel.  

Nah... ini la rupa bilik kami...



Bila baring, tilam pun termasuk sudah.  Expired! Perlu ditukar ni tau.




Tapi tidak apa la.... janji free kan.... tidur saja la.... (Nasib baik RBA sanggup kasih keluar beg kami.  Jadi boleh la jugak bertukar pakaian).  

The next morning kami cabut dari hotel jam 7.00 pagi.  Taxi sudah stand by menunggu.  Kami dijangka terbang jam 8.40 pagi.  Hmm... aku kira-kira....sampai KK dalam jam 9.10am (30 minit - sekejap saja. Jauh lagi pigi ke Tawau), kiranya mo pergi masuk ofis terus la. Berabis lagi aku melantak di Sky Lounge lepas check in tu.  Kenapa pulak sudah jam 7.45am tu, pihak RBA bagi tau kami yang flight kami kena re-timed ke jam 1.40pm la pulak!!!! (Itupun dia kata tak pasti.  Pasal kapalterbang rosak kah apa kah.... ahyo-yo).  Jadi, laki aku minta dorang transfer kami ikut flight MAS yang dijadualkan terbang jam 12.15pm.  Aduiii... lamanya kami di airport.... tapi nasib baik la MAS memang confirm terbang jam 12.15pm.  So, akhirnya kami selamat mendarat di Lapangan Terbang KK jam 12.45pm dan akhirnya aku terpaksa cuti!! Tak kan la mo masuk kerja tinggal setengah hari... bikin malu jak!!

Friday, January 30, 2009

Gosip fitnah semata-mata

Ada cerita lucu tadi petang yang mo dikongsi dengan kawan-kawan di luar sana.  Tadi si Zally telefon aku.  Baca perbualan kami ni:

Zally:  "Fam, ko di mana ni? Ko boleh bercakap kah?"
Aku: "Bulih... aku di parking kereta ni.  Baru mo masuk kereta. Kenapa?"
Zally: "Fam.... ada cerita!! Ada orang mengumpat kau!!"

(Tersenyum aku terus.  Hmm... biasa laa... aku memang selalu kena umpat pun.... glamer kan.  Ada saja orang tak puas hati.  Jeles la tu. Kah kah kah....)

Aku:  "Siapa?"
Zally: "Staff SPTA"

(Macam aku tidak kenal pun staff SPTA kecuali si Sylvia, PA di sana dan Dekannya.  Hmm... aku mana la kenal orang. Orang saja yang banyak kenal aku. Hehehehe...)

Aku:  "Siapa?? Mana aku kenal staff SPTA. Si Sylvia saja aku kenal"

Zally: "Aku pun tak tau. Adik aku punya kawan ada kerja di situ. Dia cerita dengan adikku.  Dia tanya betulkah ko ada ke mana-mana lately? Aku cakap memang la ko ada pergi berjalan (ke HK).  Ko tau apa Fam? Orang tu cakap dia nampak ko bersama lelaki lain semasa di airport!! Kau konon kelihatan takut-takut masa tu.  Lelaki yang digambarkan tu konon tua dan hitam. Macam sugar daddy la" (Zally bercerita sambil ketawa geli hati ni)

Aku:  "Astaghfirullah....." (aku ketawa sambil terduduk bercangkung, sampai tak sempat masuk kereta kerana kelucuan)

Aku:  "Buduh!!! Dia ingat aku ni perempuan jalang?!" (Aku ketawa besar-besar)

Aku:  "Ko tengok muka si Awang (lakiku) tu hitam kah? Putih jugak tu sudah... lama sudah dia tidak main golf..."  

Zally: (Ketawa setengah mati)

(Aduii... tersinggung la laki aku ni tau...tapi aku tau, bila aku cerita sama lakiku pasal benda ni, dia memang tidak ada perasaan pun.  So, tidak payah cerita pun ok)

Zally:  "Nanti aku try risik-risik sama adikku suruh dia tanya kawannya di SPTA tu siapa yang mengumpat kau/menyebarkan fitnah ni"

Aku: "Bah" (Masih sakit perut ketawa)

Aduii bah... Ada jugak orang begini ya.  Lucu ni.  Kesian. Mungkin dia tidak tau yang aku ni sudah kahwin.  Nah... Ini la dia gambar laki aku... Ndak bah ni hitam dan tua... sampai hati jugak tu....


Chinese New Year in Hong Kong (Part 4)

Day 4 (26 January 2009) 

Chinese New Year

Kaki semakin sakit.  Cuaca pun semakin sejuk.  Hari ni sepatutnya pergi ke Macau.  Tapi kami macam malas mo pigi ke Macau.  Mungkin pasal laki masih belum puas shopping beli barangnya.  Asyik-asyik pigi meningu barangku. Hehehehe.... lagipun kes sakit kaki punya pasal la ni.  Kiranya kalau pun mo pergi ke Macau ni cuma pergi balik saja.  

Hari ni adalah merupakan Tahun Baru Cina 2009 (Raya Cina Pertama la ni).  Yang peliknya kan... meriah lagi tahun baru cina di KK bah.  Heran aku semalam tiada langsung bunyi mercun. Bagus lagi cina sebelah rumahku ni.  Balik-balik main mercun/panggil singa datang ke rumah. Betul-betul pelik bin ajaib ni. Bukan saja tiada bunyi mercun.  Orang main singa pun tiada ya. Apa tah lagi bunyi/lagu cina pun tidak ada berkumandang di shopping mall.  Jangan harap nampak tanglung!! Limau mandarin pun tiada. (Teringat aku terus dengan limau mandarin yang kutinggalkan di ofis sebelum bercuti.  Buruk kali sudah). Macam tiada suasana raya cina la bah langsung! Nadaaa.... nada... paranungka... aiso. Jadi aku fikir mungkin dorang ni sudah modern la.  Lupa daratan kali. Tak celebrate raya. Ahyo...yo.  Baru tu, sengaja lagi aku hari ni lambat bangun konon.  Sebab aku ingat mesti dorang lambat buka kedai pasal beberapa hari ni kebanyakan kedai tutup sampai jam 12 malam.  Tapi bila aku tengok dalam TV (Berita Cina), ada pulak aku nampak dorang ni ramai-ramai berebut-rebut mencacak colok di tokong. Mungkin semua dorang ni sudah balik kampung kali.  Celebrate di kampung lagi meriah kot. What ever la. Bila aku rujuk brochure kan, rupanya HK ada buat pertunjukan Bunga Api tapi dorang buat pada keesokan harinya iaitu Raya Cina Kedua mulai jam 8.00 malam.  Apakan daya... rugi aku kerana esok kami dah balik.....


Ok... sambung cerita.  (Panjangnya aku berceritakan...) Jadi hari ni kami gerak lambat dari hotel.  Sebab critanya aku mo balik semula ke Argyle Centre, Mongkok.  Laki cuma hantar aku sampai Arglye Centre dan lepas tu dia pergi merayau di sekitar Mongkok.  Apakan daya... bila sampai ke Argyle Centre, malang memang berbau busuk!!  Rupanya semua kedai tutup!!! Mungkin perempuan dekat information counter tu tidak faham dengan pertanyaan aku semalam.  Rupanya yang dia maksudkan tutup sampai jam 2 pagi tu adalah semalam.... kitaiii... rugi betul aku....... alamakkk... selamat tinggal kedai accessories ku.... huaaahhh..... Laki asyik mengasi ketawa aku.  So, kami bla la dari situ.  Lepas tu kami ke IFC Mall, Admiralty di HK Island dengan harapan kedai buka.... ya... memang buka... tapi hanya certain-certain kedai saja yang buka seperti Lane Crawford.  Itupun buka sampai jam 7 malam saja. 

Amah Bertabur...

Masa sampai dekat IFC Mall tu, terkejut aku.  Terasa macam bukan berada di HK.  Seperti berada di Manila pulak (walaupun aku belum pernah pigi Manila.  Hehehehe).  Apa ndaknya.   Macam hari amah pelipin sedunia.  Kalau macam kita di KK kan, kalau time hujung bulan (gaji) especially sunday, banyak tu om-om berkumpul dekat sacred heart/station bas yang dekat Milimewa tu kan... nah... sama laa kesnya ni.  Aku rasakan pasal kes tahun baru cina bah ni. Mungkin majikan dorang kasih dorang bercuti tapi dorang ni tiada tempat tinggal.  Jadi dorang ni berkumpul di sepanjang jambatan dekat IFC Mall ni.  Siap buka tikar dan main judi lagi. Ramai betul ni.  (Rugi aku tak tangkap gambar.  Tak terfikir time tu). Macam mana aku tau dorang ni orang pelipin? Of course laa... dari segi loghat bahasa sudah tau... cakap tagalog - Bahasa si Jericho and si Ara... hehehe...



Nah... yang gambar ni orang pelipin yang tolong capture.  Siap lakiku interview tanya samada dia tu orang Filipin kah.  Dia cakap ya.  Aku pun apa lagi... "Maraming Selamat Pok".  Ketawa la bah dia... sukaan ni... hehehehe...


Ini di tingkat 4 (rasanya laa) di luar Lane Crawford, IFC Mall.  Kiranya mo minum-minum di luar tu. Tapi rupanya tutup kadaiii laa pulak.  Malar tutup kedai.  Malas aku.


Jadi... kami pun apa lagi... tanpa segan silu membuka tapauan kami yang dibeli di Market Place, Mongkok... kesian... makan sushi & fresh salmon.  Hmmm.... Bismillah saja la...



Lepas tu, kami bla dari situ.  Bila on the way mo turun ke MTR tu, kami limpas lagi dekat jambatan IFC Mall tu.  Ingatkan amah-amah sudah pulang.  Rupa-rupanya dorang tidur di situ la pulak!! Kesian ni... Siap buka kotak-kotak.... kotak tu dijadikan penghadang memandangkan cuaca time tu agak sejuk dan berangin.  Ada yang sudah tidur dan ada yang sedang main judi di dalam kotak!! OMG!!!!  Kesian... Rugi sekali lagi aku tak tangkap gambar. 


Gazal Indian Cuisine

Ok, bila kami sampai ke Tsim Sha Sui, kami dapat cari satu lagi restoran India.  Tapi ni bukan restoran yang si Edrus rekomen kan tu.   Lain lagi ni.  Namanya Gazal Indian Cuisine (Halal) - Best Indian & Pakistani Curry & BBQ in town yang terletak di Hai Phong Mansion (kira berhampiran dengan Restoran Ziafat tu jugak).  Restoran ni pun sama. Terletak di tingkat 2 jugak.  Aduiii... tapi rupa bentuknya kira ok daripada yang Ziafat tu.  Liftnya pun ok la.... Ada penjaga bangunan.  Ada camera cctv. Bila sampai di tingkat 2 macam ngeri jugak. Pasal kiri kanan restoran tu kedai urut reflexology. Macam kedai urut murahan tu nah. Kedainya pun lebih kurang Ziafat.  Kecil saja.  Memandangkan kami sudah macam kenyang-kenyang, jadi kami order nasi briyani ayam lagi.  Ini la rupa makanan tu.  Lakiku siap komplen. Dia bilang tiada kuah. Nasinya kering.  Ayam pun hancur sudah.  Ayamnya dipotong kecil-kecil dan digaul sekali dalam nasi.  Sedap lagi nasi briyani di Ziafat tu la.

Rating:  *** (food)


Tak sempat ambik gambar sekeliling restoran pasal sudah penat.  Lagipun kami mo cepat pergi ke East Tsim Sha Sui station pasal mo tengok Cathay Pacific International Chinese New Year Night Parade!  (<---- click di situ untuk tengok gambar-gambar). 

The highlight of the festivities was the Cathay Pacific International Chinese New Year Night Parade on the evening of 26 January. The parade, billed as the ‘World’s Happiest Party’ featured elaborately decorated floats accompanied by spectacular international and local marching bands and cultural performers. There was a carnival atmosphere, as festive crowds lined the route around Tsim Sha Tsui East to watch the colourful parade pass by with Victoria Harbour serving as the stunning backdrop. First staged in 1996, this world-renowned annual event was once again sponsored by Cathay Pacific Airways for the 11th consecutive year.

Geramnya aku.... aku tak sempat pun ambik gambar pasal berebut-rebut orang berbaris di depan.  Semua yang di depan aku tu tinggi-tinggi dan besar-besar belaka.  Berlapis-lapis manusia. Budak la, mamak budak la, bapa budak la, orang tua la, orang putih la. Orang putih tu siap angkat girlfriendnya duduk atas bahunya supaya girlfriendnya boleh ambik gambar. Sebenarnya laki aku ni paling tidak suka acara begini ni.  Lebih-lebih lagi yang crowded-crowded... tapi oleh kerana last day sudah ni kan.... so, boleh jugak dia pertimbangkan. Hehehehe. Tapi tu la... Rugi sekali lagi aku. Hmmm... apakan daya.  Kalau aku tau, bagus tengok di TV saja.


Sunyi di bandarnya pasal semua orang pergi tengok tu Parade.... sementara tu, sempat lagi aku ke Galleria (Duty Free Shop) yang kebetulan ada di area situ.  Sempat ku rambat lipgloss Guerlain.  






My Shopping

Hmm... ni part paling best.  Ramai yang tak sabar mo tau apa yang aku beli. Sebenarnya ndak banyak aku merambat di HK. Cuma ini saja pembelianku:

1.  Gelang idaman - Juicy Couture (pronounce as CHU-SI in HK) - hehehehe... ampai-ampai sebutan cina la bah ni. Aku ni mimang minah gelang. Kalau ikut susunan accessories, yang paling i love is gelang, jam, cincin, rantai etc. (<---- ikut urutan la ni) I lurveee bangle so much. Macam satu kewajipan/kemestian untuk beli gelang.  My sister (Kak Itok) pernah cakap, "Brapa gelang yang you boleh pakai? Tangan cuma ada dua".  Hmm... ketara dia tidak mengerti/memahami perasaan aku yang mencintai gelang.  Tak semestinya aku pakai gelang tu hari-hari.  Janji masuk dalam collectionku, aku sudah puas hati. Jadi maknanya, kawan-kawan, jangan buang masa anda.  Kalau mo kasih beli ole-ole or hadiah, belikan aku gelang!!  Gelang idaman (wish list) yang  seterusnya adalah daripada Thomas Sabo



2.  Jam SK Time lagi. Nah... mesti kamu terkejut aku beli jam yang sama kan... cuma ini lain colour. Yang dulu warna pink.  Yang ini warnanya putih. Macam mana bah aku tidak beli... murah betul rupanya di HK.  Ketara aku kena tipu di KK ni.  Harganya jauh berganda-ganda.  


3.  Bling-Bling Car... Cute kan... perhiasan bah ni. Aku mau simpan di ofis bikin pemberat kertas ataupun taruk dalam keretaku. Supaya silau!! Kah kah kah..


4.  As usual... cincin besar bling-bling.  Lagi besar lagi bagus.


5.  As i said just now.... the bigger the better/merrier...


6.  Cute teddy bear yang ada bling-bling.  Konon ini untuk digantung di handbag. 


7.  Souvinier - coin purse berbentuk ladybird dan strawberry.



8.  Ubat cina Cui Fung Yan dan Mu Kim Yan.  Entah ubat apa ni. Pokoknya aku diberitahu itu ubat for ladies only (<---- aku tiru ayat yang tauke ubat tu cakap dengan aku). Aku tidak faham kerana tulisan/instruction semua dalam tulisan cina. Ini mummy aku yang pesan suruh aku beli ubat ni.  (Nah tengok tu tulisan mummyku). Macam la tiada ubat ni jual di Malaysia.  Dia bilang, lagi bagus konon kalau buatan cina/HK - original kunun.  Padahal buatan cina mana boleh percaya 100%. Tapi, aku beli saja la. Janji kasih puas hatinya. Nah... kena jugak aku cari cina suruh translate kan aku ni.  (Kena minta tolong dengan si Cumie la ni tau)


9.  lip gloss Guerlain 

10.  and finally.... debaran yang dinanti-nantikan .... my first Gucci handbag.



@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@
@@@@@
@@@@@
@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Mannequin in motion - kah kah kah...

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@@

kalau ndak jelas... nah... zoom yang ini pulak...


Kalau ndak jugak terang.... nah datang kamu ke ofis pigi meningu sendiri!! (<---- ini ditujukan khas untuk Ajelin & Nal.  Kah kah kah)

Itu jak la... Kan aku dah cakap. Aku beli sikit jak barang... banyak kedai tutup bah... sedih... tapi sebenarnya aku pun tak brapa mo shopping... aku tunggu tripku ke Shanghai bulan March 2009 ini... tiada main kirim-kirim air liur bangas ya.  Malas aku mo angkat barang untuk orang. Kah kah kah kah...

Thursday, January 29, 2009

Chinese New Year in Hong Kong (Part 3)

Day 3 (25 January 2009)
Nasi Briyani

Wah... ndak rasa sudah masuk hari ke-3 kami di HK. Kaki pun makin sakit... cuma boleh jalan is-slow-is-slow.... yang perit tu apabila turun/naik tangga. Tau laa... dalam MRT station mesti banyak anak tangga... Cuaca semakin hari semakin sejuk... Memandangkan kami sudah bosan makan ikan tin/maggie/fish fillet Mc D!! Sudah tiba masanya cari nasi - makanan halal. Si Edrus siap sms/rekomen aku suruh pigi ni Restoran India Muslim yang ada jual nasi briani/teh tarik lagi kunun dekat area Masjid Kowloon tapi kami tak jumpa. Dia cakap, yang penting kami tanya la mana-mana keling yang ada di area situ. Jadi aku pun pigi tanya la. Ngam-ngam aku tanya tu india yang berlegar-legar di situ, rupanya dia ni pekerja restoran la pulak. Mati-mati aku ingat dia ni kerja di restoran yang si Edrus maksudkan tu. Rupa-rupanya lain lagi restoran. Dia siap bagi aku brochure restoran. Aku tingu ada jual chicken biryani, naan bread, bhindi masala, kabab, pizza pun ada. Rupanya ini restoran adalah Arabian, Pakistani dan Indiani ... hehehehe... Dia suruh la kami ikut dia. Dia mo tunjukkan arah jalan untuk pigi ke restorannya. On the way to restorannya tu sempat dia cakap, "our food is 100% halal, got certificate" (dengan nada Rhythm & Talaam nya). Matii... mengkali dia dengar laki aku tanya samada betulkah ini restoran halal. Hehehehe...


So, kami ikut laa dia ni.... masa kami ikut dia tu... aduiiii terperanjat aku ni sebab dia bawa masuk ke bangunan yang buruk dan melalui lorong yang agak buruk. Nama bangunan tu Harilela Mension yang terletak di 81 Nathan Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon. Macam sepanjang kami ikut dia tu, terasa was-was jugak pasal takut la pulak aku kami ni kena tipu/kena rompak kah.... macam mana ndak was-was kalau rupa bangunannya ni macam tempat pelacuran... apa ndaknya, di luar bangunan tu ada sebuah bar yang ada tarian bogel tu bah (tapi kalau mo pigi ke bar bogel tu kena turun tangga lagi). Then, aku nampak ada penjaga bangunan duduk dekat lift. Ok la tu rasanya kot... rasa selamat sikit. Kena naik lift pigi ke Tingkat 2. Buruk lift nya. Sudah tekan lift, kena buka pintu lift secara manual then baru boleh masuk ke dalam. Lift pun macam dalam cerita Dark Water. Haunted... Takuttt.... So, ni la dia... welcome to Ziafat...





Keadaan dalam lift yang hina itu







Nah, bayangkan di tingkat 2 tu cuma ada restoran ni. Ada juga aku nampak pintu-pintu yang lain tapi bertutup semuanya. Aku tak tau kedai apa tu. Sama ada rumah tumpangan murah kah, rumah urut kah, rumah pelacuran kah, kedai kah... tidak diketahui kerana bertutup pintunya. Aduii... sekali kami masuk ni restoran, macam 6-7 meja saja bah. Kecil betul ni kedai. Bila aku baca tu brochure rupanya ni kedai bukan saja merupakan sebuah restoran. Malahan ada tertulis ZIAFAT HOTEL (Rooms are available).... makk aii... 2 in 1 rupanya.  Betul-betul pengalaman laa bah ni... gara-gara mo makan nasi briyani.

So, bila sampai restoran tu, lega rasanya sikit pasal kebetulan ada orang lain yang tengah duduk makan dalam restoran tu. Aku order la nasi briyani ayam (Harga: HK55) sebab tengok dalam gambar brochure pun agak menarik. My hubby pulak order Chicken Curry (Harga: HK50) dan steam rice (Harga: HK20). Aku pelik bah dengan perangai laki aku ni. Orang kan kalau mo order makan, order la bah yang memang sudah kena rekomen/speciality dalam menu tu. Dia ni pulak ada satu perangai. Suka order lain-lain yang luar topik la bah pokoknya. Dia mau order chicken curry ya. Aku heran dia tak puas lagi kah makan chicken curry tin beberapa hari yang lepas tu. Ahyo-yo... jadi aku biarkan jak la dia dengan ordernya tu. Bila nasi kami sampai... (tengok gambar di atas), ternyata curry ayam nya adalah curry ayam yang sama pada nasi briyani aku. Kah kah kah kah... Baru tu dia komplen. Dia bilang curry nya ndak sedap. Baru dia tau.... Dia ingat mengkali macam curry Kak Ani (Kak Ani adalah my auntie iaitu adik bapaku) Lepas tu, dia pulak yang mengayas nasi aku sampai habis. So, lepas makan kami bla.

Rating: *** (for foods only)


My chicken briyani


Hubby's Chicken Curry





Kena Maki di Negara orang...

Lepas tu kami pigi ke area Ladies Street Market, Mongkok. Laki aku monyok mukanya pasal aku bawa dia pigi Ladies Street Market. Tempat ni bukannya jual barangan wanita semata-mata. Tempat ni macam Petaling Street la bah kalau di KL. Dia memang tidak suka pigi tempat-tempat begitu sebab dia paling tidak suka tawar menawar ni. Sebab kalau tawar menawar, kita tak beli, confirm kena maki. Mungkin dia teringat incident tahun 2003 semasa kami ke HK kali pertama. Hehehehe.... Tapi biasa la bah tu kalau pigi tempat-tempat begitu... kalau kita dah tanya harga tapi tak beli... mimang confirm kena maki punya!!! Tapi memang sempat jugak aku kena maki la di situ. Hmm... sedapnya kena maki. Kah kah kah ... Biasa laa... muka aku ni kan... setiap kali masuk kedai, orang mesti akan cakap cina sama aku. Benci aku... (Mesti dorang ingat aku ni sombong kan), jadi sewaktu di Ladies Street Market, tu perempuan asyik cakap2 cina sama aku. Aku tak layan langsung dia sebab aku bukan masuk kedainya pun. Aku cuma limpas tapi mataku menjeling barang2nya. Bila aku jalan terus (tak singgah), dia maki aku dalam bahasa cina la... kah kah kah kah... (Terus aku teringat incident mummyku kena maki sewaktu kami ke Jakarta 2006. Masa tu mummy ku tak peduli apa orang tu cakap2... so, dia jalan terus. Coz dia tak mau beli barang tu. Then orang tu jerit "Bangsat! Orang ngomong-ngomong enggak dipeduli". Kah kah kah... Terasa aku lucu pasal sanggup jugak lelaki tu memaki orang tua. Sungguh kurang hajar bagiku tapi terasa lucu jugak sebab mummyku sempat ketawa!!)


Sambung cerita... after kenyang kena maki... aku tengok barang2 dekat Ladies Street Market tidak ada yang menarik perhatianku. Ada pun bling-bling tapi nampak macam murahan dan ketinggalan zaman punya barang. Lepas tu, aku terjumpa ni shopping mall yang bernama Argyle Centre yang terletak berhampiran dengan Ladies Street Market. Kecil saja shopping mallnya. Terasa macam berada di Sungai Wang tingkat 6 la pulak. Di dalam tu penuh dengan butik jual baju, beg dan accessories. Wah.... heaven... memang tempatku. Tapi untuk masuk ke dalam tu punya la susah... banyak orangggg.... berhimpit-himpit. Mungkin pasal CNY agaknya. Aku tengok muka laki aku sudah tension. Jadi terpaksa aku suruh dia tunggu dekat tangga sekejap sementara aku merambat apa yang ada.... Oleh kerana terlalu crowded... aku tanya dekat information counter samada kedai ni buka kah keesokan harinya coz CNY kan... dia kata buka sampai jam 2.00 pagi you!!! Alamakk... biar betul... Wajahku sudah berseri-seri... jadi aku pun bla la pasal kesian dengan laki. Esok aku boleh sambung shopping sendiri di kedai ini ... yahooo.... lagipun ceritanya kami ni tak jadi pigi ke Macau pasal kes kakiku yang cedera ini... (Eh?! macam lupa seketika aku yang kaki aku sakit bila nampak barang-barangku dalam kedai ni. Hihihihi)

Jadi kami pun bertolak dari Mongkok ke Avenue of Stars.... ini tempat dorang mo tiru ala-ala Hollywood la bah ni konon... ada tapak tangan artis ber-cop di lantai. Nah aku jumpa tapak tangan Jet Li yang berhambur ni. Entah apa dia buat dengan simen ni. Digaurnya dulu mengkali baru dicopnya tangannya. Berhambur simen tu. Yang satu lagi tapak tangan si Jackie Chan.

Sejukkkk gilaaa di sini ni.... kuat angin lagi tu... ni di tepi laut. Tangan pun macam ais sudah... lawa pemandangan di sini. Ndak sanggup kami mo tunggu waktu malam. Konon kalau waktu malam (start jam 8.00pm) paling happening di sini ni. Ada symphony of lights show. Wow... Lepas ambik gambar terus masuk dalam shopping mall pasal tidak tahan sajukkk... minum coffee dulu.

..... to be continue

Wednesday, January 28, 2009

Chinese New Year in Hong Kong (Part 2)

Day 2 (24.1.2009 @ Saturday)

Wah hari ni... bertenaga... sudah charge battery badan. Sebelum jalan, makan di bilik. Macam biasa la... kalau travelling, memang ndak lari bawa mee maggie, kari tin, sardine, teh tarik, nescafe etc. Tinggal order nasi dan beli roti di kedai saja. Mesti pelihara perut laki dulu. Nanti dia lapar.... aku yang susah. Hahahaha.... Wah... cuaca sejuk hari ni... terpaksa aku naik bilik semula ambik pashmina. Suhu dalam 10-14c. Ahyo...

Jadi, seperti biasa kami jalan pakai MTR laa... hari ni round habis di area Tsim Sha Tsui (Harbour City, Canton Road), along Nathan Road sampai pigi Jordan - jalan kaki!! Lepas tu, kami pigi ke Hong Kong Island - Causeway Bay (Times Square, Lee Gardens 1 & 2) - hmm... jauhnya... 3 kali tukar keretapi. Tapi duduk dlm train sekejap jak. Tak sampai pun 5 minit. Kiranya hari ni sesi shopping-menyoping/window shopping whatever la. Coz 26-27 January 2009 kan Chinese New Year - so kebanyakan kedai tutup...
Sempat bergambar di Butik Louis Vuitton, Canton Road. Kecewa jugak la pasal LV Damier Neverful cuma ada di Japan....


Di belakang tu adalah Hong Kong Island...


Tak dapat beli beg LV, dapat ambik gambar kek LV pun jadi laa... Cute kan?? Tailor made 3D cake... ada dijual di lounge hotel kami.



KISAH KAKI YANG SAKIT

Oh ya... oleh kerana hari ni kami berjalan dari jam 10am hingga la ke jam 10pm dengan kasut sport shoes NIKE aku tu... rupanya kaki aku ni cedera.... aku rasa cedera akibat pakai si Booty tu la. Makin lama aku jalan, makin sakit betis aku ni. Terasa macam mo pecah muscle-muscle di betis dan paha aku ni. Sehinggakan aku tak boleh turun/naik tangga. Kalau mo turun tangga, nah... slow la aku tu. Baru tu di bawah MTR malar jak ada tangga. Benci aku. Terpaksa aku tempang berjalan. Aku rasa urat kaki sebelah kiri aku seliuh. Di lipatan kaki tu sakit betul. Yang jahanam tu, aku sudah stand by bawa Ameltz/Yoko-Yoko. Adakah tertinggal atas meja di bilikku di KK la pulak... Terpaksa aku cari kedai Mannings. Mannings ni macam kedai Guardian la kalau di Malaysia... tengok ni kedainya... macam serupa jak kan. Mannings ni boleh dijumpa di merata-rata.



So, cari punya cari itu Yoko-Yoko tiada jumpa - mungkin pasal buatan Malaysia. Akhirnya terpaksa aku beli yang ini - Zheng Gu Shui. Sama la mengkali macam Yoko-Yoko tu. Jenis rub jugak. Tapi tak pedas... tak lawan macam Yoko-Yoko or Ameltz. (Ini ubat memang setengah isinya masa aku beli ni. Menipu...)


Ini la gambar kaki yang sakit tu.... excuse the bulu. I never shave... Biar original orang bilang... kah kah kah... Keturunan KEE lagi ni - paling banyak bulu. Hahaha...


Hmmmm..... bayangkan... macam mana aku mo berjalan next week ke KL. Takkan pakai selipar Crocs?? Makkk aii... Fyi, aku bakal cuti lagi .... (perancangan cuti tahunan ya) from 5-9 February 2009. Celebrate birthday bapa - ni acara setiap tahun ni. Tak boleh ketinggalan.

.... to be continue... penat - mo titun dulu Zzzz.....

Chinese New Year in Hong Kong (Part 1)

Last minute, tanpa perancangan tiba-tiba laki ajak pigi bercuti di Hong Kong!! Nasib baik Boss bagi aku cuti sedangkan baru jugak aku cuti hari tu balik ke Tawau. Mungkin dia tengok lately aku rajin kerja kot. Kah kah kah... Jangan jealous... Boss baru saja bagi markah tinggi ooo untuk SKT aku. Terharu aku ni. Walaupun tidak dapat APC, janji kita tau Boss sayang kita. Hahaha... oopss...sambung cerita... Ceritanya kami mau pergi ke Macau tapi Airasia sudah tiada direct flight ke Macau la pulak. Jadi kononnya kami akan ke Macau dari Hong Kong naik ferry la. Ada apa di Macau?? Pasal sebelum ni, Hong Kong sudah diterokai. Jadi konon kami ni mau try pigi ke Macau main judi la... mau cuba cari nasib - "wang besar, wang besar". Mau jumpa tu God of Gambler la kunun. Hahaha....

Day 1 (23 January 2009)

So, penerbangan kami dari KK ke Hong Kong via Royal Brunei Airlines pada 23 January 2009 jam 9.50 pagi (transit di Brunei 1 hour) and connecting to HK jam 11.30am. (Tiba di HK jam 2.30pm). Trip kali ni mimang free and easy habis-habisan. Kami sampai, ada sudah shuttle bus menunggu. Cuaca ok... just nice - 16 celcius...


Kami stay di Hotel Royal Plaza. Trip kali ni laki yang urus segala tiket/hotel. Aku tidak ambil tahu sebab terlampau sibuk di ofis. Biar la aku jadi kuli di ofis, tapi jadi Boss di rumah sendiri. Hahaha... mau jugak rasa macam mana ada PA sekali sekala kan. Biar dia urus.... Bila aku sampai hotel... ini hotel mimang bulih tahan la. 4**** kunun. Bilik dia besar dan luas. Ada 2 katil lagi tu. 1 kingsize bed dan satu lagi katil single. Paling penting, katilnya kingsize bed!! (FYI, Kami ni sentiasa bernasib malang. Selalu dapat bilik yang 2 biji katil asing, walaupun sudah request awal time booking). Ohh... ada hairdryer yang kuasa voltan nya tinggi - hmm, sesuai untuk aku kasih kering rambut, ada safebox yang besar (2 tingkat ya safeboxnya), ironboard pun ada etc. Mimang bulih tahan la.

Nah tengok ni gambar bilik or click tu website hotel.

(Ini pemandangan dari luar tingkap bilik kami. Teringat aku masa kami ke HK pada tahun 2003. Time tu kami tinggal di hotel somewhere di area Jordan. Bila menjenguk di luar tingkap, tak nampak apa pun. Yang kami nampak cuma scaffolding yang masih pakai jenis bamboo.)


Sambung cerita... bila sudah sampai hotel/check-in segala... kami terus pergi bawah. Hotel kami ni rupanya link dengan shopping mall besar - Grand Century Place. Ada panggung wayang lagi konon. Tanpa membuang masa, kami terus ke MTR station yang terletak di bawah shopping mall ni jak. Aku mau tengok kami punya kedudukan hotel ni sejauh mana untuk pigi ke pusat bandar. Aku mau ke Tsim Sha Tsui. Since perjalanan kami banyak menggunakan MTR, so kami terus beli tu Octopus Card (Harga HK150 seorang).




Makkk aiii.... sekali aku tengok ni peta... nampak macam dekat. Rupanya jauhhhh la pulak... bayangkan hotel kami ni di Mongkok East. (Bukan Mongkok ya. But di Mongkok East). Patut pun banyak orang di station MTR ni pasal ni station adalah untuk keretapi pergi ke China (Shenzen etc). Jadi cuba bayangkan, setiap kali aku mo ke Tsim Sha Tsui (Pusat Bandar), kami terpaksa berenti 2 stop (Hung Hom dan East Tsim Sha Tsui). Daripada East Tsim Sha Tsui, kami kena jalan kaki mau jugak 1km untuk sampai ke Tsim Sha Sui. Aduii... jauh tu. Itu baru ke Tsim Sha Tsui. Lain lagi ceritanya kalau mo ke area Mongkok dan Hong Kong Island. Kena tukar train lagi.

Aduiii... dijadikan cerita, baru Day 1, tidak sampai pun 3 jam berjalan, kaki aku sudah menderita.... apa ndaknya... bergaya dengan kasut Booty aku tu... huahaaaaaa.... itu kasut bukan made for walking... buat made for killing me!!! Aduiiiii..... Bukannya kaki tu sakit akibat melecet. Tapi sakit akibat mungkin terlalu tinggi dan terlalu jauh berjalan. (Mesti kamu ketawa ni baca blog aku kan...sialan...) Yang sakit tu adalah tapak kaki tu... Aduiii.... sakitnya... penderitaan tu bah... aduii... sampai surrender aku/tidak sanggup aku berjalan. Tidak pernah aku begini. Bayangkan aku di Harbour City, Tsim Sha Tsui. Macam mana aku mo balik ke hotel yang jauh itu dengan kasut booty ini. Akhirnya... penyelesaiannya adalah ini:


Ya... ketawakan la aku puas-puas... ha-ha-ha.... Never in my life!! Never in my life pakai kasut sukan pigi overseas!! Pecah rekod!! Aku bah ni... ke mana-mana even shopping di KL or makan angin mesti pakai kasut tinggi/boots. Nasib baik la kasut NIKE ni murah. Harga tak sampai RM150.00. (Sempat lagi memilih yang ada taris colour pink). Lepas pakai kasut ni baru la lega kaki aku. Sedap sikit jalan. Tapi terus balik hotel la - mo charge battery badan untuk persediaan esok hari. Laki bilang, esok jalan jam 10am sampai jam 10mlm. (Hmm... bulih caya kah dia ni? hmm...)

.... to be continue....

Monday, January 26, 2009

Feng Shui for Rabbit 2009


Feng Shui Articles & Resources - Chinese Horoscope Forecast 2009 - Rabbit
Rabbit Born in
Chinese Lunar Year: 1927, 1939, 1951, 1963, 1975, 1987, 1999


PERSONALITY

Peace loving, impeccable manners in the pursuit of a good life, intelligent in business with creative mind but sometimes moody and indifferent. A person born in the year of the Rabbit possesses one of the most fortunate of the twelve animal signs. The Rabbit, or Hare as he is referred to in Chinese mythology, is the emblem of longevity and is said to derive his essence from the Moon. The rabbit symbolizes graciousness, good manners, sound counsel, kindness and sensitivity to beauty. His soft speech and graceful nimble ways embody all the desirable traits of a successful diplomat or seasoned politician. Likewise, a person born under this sign will lead a tranquil life, enjoying peace, quiet and congenial environment. He is reserved and artistic and possesses good judgment. His thoroughness will also make him a good scholar. He will shine in the fields of law, politics and government.



LIKES

The arts, Comfort, Secrets, Riddles and Intrigue.



DISLIKES

Decisions, Violence, Criticism, Untidiness and Dirtiness.



YOUR LUCK IN 2009

(OVERALL FORECAST)

2009 will be a great and smooth year for Rabbit born people albeit afflicted with one unlucky star. Health luck is excellent and some of you might enjoy financial windfall. There are indications of events that will send you into seventh heaven. Although there are obstacles at work, you will breeze through them as if they did not exist thanks to the strong energy from the 24 Mountains and your admirable inner fortitude and positive mindset. Your love life is stable this year. The unlucky star that the Rabbit person is subjected to is the burglary star #7 which brings the risk of getting cheated or losing money through robbery, theft or betrayal. Watch out for conmen and try not to depend on others too much. Make sure you counter the number seven star with Double Horned Rhino and carry a protective amulet at all times. Becareful of your oral hygiene.

P/S: To my Rabbit frens..... (Rosie, Cora, Wendi, Neetot <--- walaupun dia jarang baca blog aku ni.) Be careful... ayat yang warna merah tu... Touch wood...

Sunday, January 25, 2009

Happy Chinese New Year 2009



Message from Chinadoll:

"GONG XI FA CHAI"

Wishing all my Chinese friends a Happy and Prosperous Year of the Ox!!

P/S: Jangan makan limau banyak sangat nanti batuk... bagi-bagi dengan orang di sini....


Semasa korang baca post ni, aku sedang berada di....... tuutttttt...... bercuti dengan laki sambil meningu tanglung di negara orang.... Jangan jeles... Post ni aku draft siap-siap supaya korang tak rindu dengan aku. Huuhuuu...

Macam tak banyak pulak my blogger frens yang celebrate CNY ni. So, Cathj, aku rasa ko jak saturang yang celebrate. So, ini khas untukmu... "GONG XI FA CHAI... angpow lai-lai..." hehehehe....





Friday, January 23, 2009

Happy Belated Birthday Cumie

To my fren - Cumie @ Saima...
Happy Belated Birthday....
10 January 2009
Semoga panjang umur dan ditambahkan rezeki lagi...

Ko suka kah hadiah ni?? Sorry la lambat bagi hadiah. Aku masih ingat tahun lepas masa birthday Jojo, ko ada cakap sama aku supaya aku hadiahkan ko jam bling-bling tahun ini (hmm... siap request... hahaha). Sebenarnya lama sudah aku mencari jam yang sesuai untukmu tapi banyak yang tidak memenuhi kriteria aku. (Baru aku sedar ooo yang rupanya aku ni cerewet kalau mo kasih hadiah sama orang). Masa aku balik Tawau hari tu, aku kira mo beli jam tangan di Tawau saja sebab kebanyakan butik-butik di Tawau ada jual jam bling-bling. Tapi malangnya kebanyakan jam yang dijual amatlah outdated, buruk dan berkarat lagi tu... alamakk.... Tauke kedai lagi siap terpegun tengok jam tangan aku yang bling-bling tu. Hahahaha....So, ini la dia... harap ko suka la... Since aku bercuti pada hari ini... so ko kena claim hadiah ini dengan "orang" ini. Biar... kasih tambah ko kerja sikit walaupun aku tau ada banyak dateline hari ni, surat-surat KPT yang hendak dijawab tu..... hihihi. Senang jak bah ni... tak susah... Ok, "orang" yang dimaksudkan ni adalah:-
1. "orang" ini adalah sahabat saya...
2. Dia suka makan...
3. Pandai memasak pulak tu.
4. Dan pandai bergaya....
5. Apabila saya bercuti dia la ganti saya... hahahaha... nah... tau sudah jawapannya kan. Kan aku sudah bilang senang.... Satu opis pun boleh tau jawapannya. Hahaha... (P/S: Thank you "orang"....)

Thursday, January 22, 2009

These Boots Are Made For Walking...

IF THERE’S a man who truly understands a woman’s love affair with shoes, it has to be Charles and Keith. So, meet my Bootie.... (huhuuu.... ada orang mau cuti pigi ke Kundasang pakai ni Bootie. Kah kah kah kah...).
P/S: Siapa mau kad discount, pigi contact si Melania. Dia sudah naik pangkat jadi Pengurus Charles & Keith (Sabah). Congrats my fren ....