Saturday, August 30, 2008

Selamat Berpuasa....

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN!

Friday, August 29, 2008

Selamat Hari Merdeka


Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga puluh satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
Hooorayy..... Selamat Hari Merdeka Yang Ke-51!!!

Sunday, August 24, 2008

Chinadoll in Vogue?


Hmm.... biar betul?? Betul la tu!!! Wow.... kamurang pun boleh buat. Senang aja dong... pergi click sini -----> http://www.photofunia.com/





New Home?

Tengok kejadian rumahku setelah kami siap mengecat. So kuningggg oooh.... ternyata colour di catalogue memang tidak sama langsung dengan warna yang real.



BEFORE




AFTER


P/S: Actually warna rumah ni 2 tone. Tapi tak brapa nampak sangat dalam gambar ni. Warna di atas kuning betul. Yang di bawah tu kurenggg sikit la...

You Must Watch The Zohan!!


Semalam aku pergi tengok wayang "You Don't Mes With The Zohan". Punya laa lucu gila cerita ni. Sakit perut aku ketawa tengok ni wayang. Cerita pasal si Zohan (Adam Sandler) seorang komando Israel terkenal, hebat, kuat yang tak lojik, si paling... segala-galanya dia la, yang sudah penat berperang dan mahu berhenti sebagai tentera. Akhirnya dia memalsukan kematiannya untuk mengejar impiannya menjadi pendandan rambut di New York City. Namun, kerjaya Zohan tidak kekal lama kerana musuh lamanya kembali setelah tahu tempat persembunyiannya. Aku rekomen korang sangat-sangat untuk tengok wayang ni tapi untuk makluman, cerita ni ada unsur-unsur lucah sikit. 18sx. Hehehehe.
P/S: Mariah Carey pun ada berlakon dalam wayang ni. Tapi sikit jer la...

The Cats Meow...

23 Ogos 2008 @ jam 6.30 petang kami menyempatkan diri pergi tengok tu Cat Show di Sabah Trade Centre. Kelamkabut juga la coz cat show tu tutup jam 7.00pm. Oopss... ada bayaran dikenakan. RM5.00 per entry. So, ini laa kucing-kucing yang sempat aku ambil gambar... tak brapa banyak kucing mungkin ada yang sudah dibawa balik. Time-time aku mengambil gambar tu, sempat lagi aku kena tegur oleh satu orang cina ni. Coz aku ambik gambar kucing dia. Dia kata dekat aku, "NO FLASH PLEASE..." (Macam marah la...). Akupun cakap sorry dekat dia. Tapi dalam hati aku mo saja aku cakap "macam la kucing ko tu lawa sangat... hidung pun kemek! Bagus suruh kucing ko tu pakai spec hitam". Nyampah aku. Kebetulan pula gambar kucingnya yang aku tangkap tu blurrr sebab bergegar. So, aku delete gambar tu. Nah sekarang baru dia tau!! Rugi dia sebab aku tak masukkan gambar kucing dia dekat blog aku. Kweng-kweng-kweng...


Hmmm, semua pun kucing-kucing eksotik..... tak tau sapa pemenangnya... esok baru tau keputusan.











Sekarang kamu bagi tau aku. Layak kah si Kelabu ni dipertandingkan?? Hehehehe

Friday, August 22, 2008

Fish & Co

Hari tu aku teringin sangat nak makan pizza. Boring la setiap hari lunch makan nasi... tiba-tiba terasa mo makan makanan orang putih la konon. So, aku dan Ros pergi la ke Fish & Co, 1 Borneo atas rekomendation si Zally untuk makan pizza di situ. Actually this is not my first time makan di situ. Tapi aku tak pernah pulak menerai pizzanya. So, i ordered Seafood Pizza (without mussel) and Ros ordered Seafood Platter for one. Ternyata cakap si Zally memang betul!! Memang sedap sangat-sangat la seafood pizza tu. Lagi la sedap... bila bil sampai, aku kena belanja rupanya!! TQ Ros... Yang Seafood platter tu pun kira ok juga la. Boleh dipertimbangkan. Lebih sedap daripada di Manhattan Fish.

Seafood Pizza
Seafood Platter


Thursday, August 21, 2008

Rogue


27 Ogos 2008, aku bawa my fruitchilds pergi tengok wayang sebab kena tagih. Ya laa... musim cuti sekolah kan. Kesian juga dorang tak der program asyik duduk dekat rumah. Mulanya nak tengok wayang "You Don't Mess With The Zohan" tapi wayang tu main lambat sangat. So, kita orang tengok "ROGUE". Actually aku tak tau cerita apa ni. Tapi nampak gambar muka buaya, mesti la cerita buaya makan orang etc. Haa, baca ni sinopsis cerita ni:
A handful of tourists looking for adventure get more than they bargained for when they cross paths with a massive man-eating beast in this thriller. Pete McKell is a writer for an American travel magazine who has been assigned to write a story about vacationing in rugged Northern Australia. Pete signs up for a cruise along a river that's home to a large crocodile population, with tough but pretty Kate serving as guide. Pete Soon finds he's roughing it in the Aussie wilds with an eclectic variety of travelers, including Russell, who is dealing with the death of his wife; Simon, a tactless amateur photographer and Allen a member of the British upper crust making the trip with his ailing spouse and their rambunctious daughter. While Kate's former husband, who also works on the river, makes a pest of himself in the early stages of the voyage, the travelers soon find they have more to worry about when their craft is attacked by a massive 25-foot crocodile, who is just clever enough to know how to trap its prey before enjoying them for dinner.
So, apa pendapat kamu? Best kah cerita ni? Cerita ni tak lojik la sebab si Kate akhirnya tidak mati padahal dia sudah kena gigit buaya/kena heret pergi sarang buaya.... Si Pete pula cuma kena gigit jarinya. Bayangkan... buaya sebesar itu....

Wednesday, August 20, 2008

Borneo International Cat Show 2008


To all the cat lovers out there… ada berita baik…. Borneo International Cat Show 2008 akan diadakan pada 23-24 Ogos 2008 di Sabah Trade Centre, Likas. So, jangan lupa masukkan tarikh ini dalam jadual anda!! Hmm.... tak sabarrrr akuuu....

Tuesday, August 19, 2008

MIA Regional Conference 2008

Semalam 18 Ogos 2008 @ 6.30pm, aku pergi dinner Malaysian Institute of Accountants (MIA) sempena Regional Conference 2008 di Magellan Sutera Harbour. Actually, my Boss jadi Pengerusi Majlis makan malam ni. So, kiranya macam ramai la juga staff Bendahari yang hadir ke makan malam tu pasal ada yang bertugas (AJK), ada yang jadi peserta konferens dan ada pula yang hadir sebagai tetamu jemputan dan dapat duduk di Premier Table you... Tema pakaian dinner kali ni adalah traditional. So, kami dari UMS majority pakai baju kurung/kebaya. Yang lucunya, ramai yang datang ke majlis ni tidak ikut tema pakaian. Adakah pakai pakaian yang begitu out sekali!!!? Out means.... pakaian yang tidak bersesuaian dengan majlis la. Mengutuk sekejap ya... (Sorry... kalau ada orang yang terasa) Ada yang pakai pakaian macam nak pergi disko pun ada dan ada pula yang memakai blouse tak berlengan yang sanggup menampakkan bekas injection BCG di lengan dorang. Alaamaakk..... Kalau bekas injection yang kecik tak apa. Ini... mak aiii.... sebesar-besar yang macam saiz kacang tanah Cap Pagoda dan jenis berkutil/berisi!! DEAD la bah tu!! Itu kali yang dipanggil sexy ya... Ooopss... nasib baik aku punya bekas jarum di lengan ni kecik. Hehehehe. Tapi yang sebenar-benarnya, dinner ni kira boring juga la dan makanan pun tak sedap..... nasib baik la kami tak perlu bayar :)

oops... Aziah kantoi balik awal. Tiada mukanya time bergambar ramai-ramai.

Persembahan pakaian etnik oleh student perakaunan UMS. Anwar kagum...

Penyanyi/penari jemputan - tengah berasmaradana....

Sesi cabutan bertuah... kita tingu sapa yang tuah tu...

Saturday, August 16, 2008

Baby Ezzad Syahmie

WANTED BABY!!
Congrats to Loly on her new born baby boy Ezzad Syahmie
Cute kan?? Macam mamanya juga...
D.O.B : 11 August 2008 @ 2.30pm
Weight: 2.75kg

and... this is for the cute litte baby...

Wednesday, August 13, 2008

Sale and the city

8-11 Ogos 2008, aku ikut hubby ke KL ada urusan rasmi. Wah... mega sale di KL. Tapi teruk kali ni pigi KL pasal taxi tak mo guna meter. Musim Arab... tu la tu gitu... makan darah betul la taxi-taxi tu. Benci aku!! Anyway, kali ni macam sikit jak aku shopping. Banyak beli kain jer. Tengok ni. Sempat kena suruh beli baju renang. Konon mo start swimming semula... padahal bukannya aku pandai swimming pun... berendam jak... hehehehe.






Wow... so flowery... and i loike it so much.




Oopss... deep purple??!
Ini laa baju Raya kami berdua tahun ni. Dark purple you.... pilihan laki ya!! Harus ingat... Aku punya sebelah kiri dan hubby punya sebelah kanan. Entah ada kah lagi orang nak ambik jahitan ni. Rasanya macam tak ader ja ni... Terpaksa aku pakai baju raya tahun lepas ja ni.

Thursday, August 7, 2008

Bio-Oil


Selama ini aku memang mempunyai masalah kulit badan yang agak kering terutamanya di bahagian kaki dan siku tangan. Tanpa penggunaan lotion khas, habis kulit aku kering terkupas-kupas. (Asyik-asyik muka saja yang berminyak... tension aku) So, kali ini aku try guna product Bio-Oil ni yang kononnya No. 1 Selling Scar and Stretch Mark Product in UK. Oopss.... did i said Scar and stretchmark??? Hmmm....yess.... bukan saja untuk menghilangkan scar and stretchmark....it is also for uneven skin tone, ageing skin and also for dehydrated skin. Bio-Oil boleh didapati di Watson ataupun Guardian dengan harga RM32.90. Actually, aku dah bosan tenyeh bodybutter malam-malam dekat kaki dan siku aku ni sebab melekit semacam dan sebenarnya aku dah fed up juga pakai shower gel Dove yang tak wangi tu. Aku harap Bio-Oil ni dapat membawa keajaiban kepada diriku. Setakat ni aku baru pakai 2 hari berturut-turut dan belum nampak lagi hasilnya. Harap-harap seminggu kemudian nampak la hasilnya.

Sunday, August 3, 2008

Dinner @ Jaws

Lamanya kami tak makan di luar.... So hari ini kami pergi makan di The Jaws Restaurat, 1 Borneo. Actually Jaws Restaurant ni pernah buka di Gaya Centre dulu dan rupa-rupanya ownernya adalah tauke Kampung Nelayan tu. Makanannya quite ok la... kecuali Cheese Baked Lobster yang kami order tu memang kurengggg. Tak sedappppppp.... dan untuk makluman semua.... mungkin juga pasal kedai ni baru dibuka... makanannya lambatttttttttttttttttt siap. Mo juga 1 jam baru sampai makanannya. So, ini la makanan yang kami order.


Seafood Combo

Brocoli Garlic
Taufu masak ???

Cheese Baked Lobster


Saturday, August 2, 2008

ICI Dulux

Setelah hampir 6 tahun menduduki rumah kami yang sekarang ini, kami telah bersetuju untuk mengecat semula/menukar warna luar rumah ini memandangkan warna cat sudah mulai pudar. Ya laa kan.... ICI weathershield pun hanya menjanjikan jaminan 5 tahun saja untuk exterior wall paint. Hehehehe.
Rupanya bukan senang memilih cat rumah yang bersesuaian. Ya la... takut nanti apa yang dipilih jadi lain la pulak. Laki aku nak pilih colour yang gelap dan aku pula nak pilih warna yang terang. Peningggg kami memilih cat yang sesuai untuk rumah kami. Akhirnya kami berdua sebentuk hati telah bersetuju memilih colour ke arah kuning+coklat = Falling Star . Falling Star ni actually adalah cat kahwin. I mean, cat yang dicampur dengan colour-colour yang sedia ada.
Memandangkan kami telah memilih cat kahwin, menarik juga tengok cara cat tu dibuat. Dorang guna komputer, then cat tu kena mix. Sudah dimix, dimasukkan ke dalam mesin untuk di-shake la pula. Tak sampai 3 minit, cat tu sudah siap. Actually, aku ada ambil video semasa cat ni dikahwinkan tapi entah kenapa la pula tak boleh masuk dalam blog ni. Mungkin size file terlalu besar kot. Hmm.... tak tau la apa kejadiannya nanti setelah rumah ini dicat. Kita tunggu dan lihat ok....

Friday, August 1, 2008

Listen To Your Skin




Take a break ladies!! Apa ertinya bekerja keras kalau tiada lagi my time dalam list anda. Sekali sekala di hujung minggu, manjakan diri dengan urutan relaxing aromatherapy . Lagi best kalau dibuat terus dengan body scrub supaya kulit jadi licin dan halus mulus. Kalo tidak mampu buat di kedai, buat sendiri la di rumah. I was thinking mo try buat di Thai Odyssey Penampang or di 1 Borneo. Ada kah sesiapa luar sana yang pernah buat di situ?? Share la sikit pengalaman.

Chinadoll Choice