Monday, December 31, 2007

Happy New Year 2008

HAPPY NEW YEAR 2008
&
SELAMAT BERCUTI.... 1 HARI (1 Jan 2008)


Apa azam baru korang?? Apa apa halpun, kalau azam tahun 2007 belum selesai, carry forward saja ke 2008. Hehehehe...
Seperti biasa, aku tidak sambut tahun baru. New Year eve pun duduk dekat rumah saja... Even azam tahun baru pun tiada wooh....
Tapi tahun depan, aku nak buat wish list dan dipaparkan ke dalam blog aku ni. Korang tunggu dan lihat ya...

Friday, December 28, 2007

National Treasure - Book of Secrets


Semalam aku tengok wayang dengan cousinku. National Treasure - Book of Secrets. (<----- click sini tengok dia punya website/sinopsis. Aku malas nak citer panjang dengan korang) Wayang ni kira ok la juga. Crita pasal pencarian harta karun gitu. Aku bagi 7/10 la. Tapi korang kena la tengok Part 1 dulu (Part 1 selalu main dekat Astro), then baru faham crita yang ini.

Beg Baru


Aku beli ni beg semalam dekat Charles & Keith. Kedai ni semakin hari semakin cun-cun beg dan kasut yang dijualnya. Harganya pun semakin naik. Cantikkah? Tak tau bila baru mo pakai sebab kena cari kasut warna putih juga untuk kasih match.

Thursday, December 27, 2007

My colourful window

Tengok dekat cermin/tingkap tu. Cantikkan jelly tu.... jangan jelesss....
FYI, ini la bilik ofis ku.

Bracelet


Lawa tak bracelet ni?? Aku beli di Tawau juga. Lain kali tak payah pigi Hongkong/Korea beli accessories. Di Tawau pun boleh dapat yang cun kalau pandai cari.

Fuschia Pink Vs. Soft Pink

Cute kan kasut aku ni.... Warnanya saja sudah begitu mengancam sekali. Aku beli kasut ni di Tawau. Murah saja..... Cakap pasal Tawau ni.... banyak sudah butik-butik hebat di area Fajar ni rupanya. Terasa macam ber-shopping di Hongkong tapi dalam suasana Indon. Kah kah kah....

Dan yang ni apa pulak??? Tak kan ini kasut ku kot.... Jangan silap... ini kasut aku belikan untuk cousin aku si Adek.



Kenzo Amor Miamor....


Ingat tidak pasal aku beli perfume MAS jualan murah hari tu?? Oleh kerana kebosanan dengan haruman perfume-perfume yang ada.... akhirnya hari ni, aku telah membuka kotak perfume tu dan terus pakai. (Maknanya.... aku tak jadi bagi orang la...) Tak sangka.... wangi rupanya KENZO Amor ni... aku suka.... botolnya pun cute... warna fuschia lagi tu.

Wednesday, December 26, 2007

Wedding on X'mas Day

Ini pakaian pengantin ikut adat tradisi orang cocos

Yang ni geng desperate housewives. Hahahaha....

25 Disember 2oo7, tengah orang sibuk menyambut krismas, my fren El-Lizah Perdes Nelson pun sibuk jugak dengan majlis perkahwinannya. (Tahniah geng...). Perkahwinan dibuat di kampung Balung Cocos, Tawau. Aku ni adalah orang yang paling tidak gemar menghadiri majlis-majlis perkahwinan. Tapi memandangkan geng keras punya pasal... turun kapalterbang la jugak aku. Perkahwinan dibuat dalam adat cocos betul. Siap ada tarian-tarian dan ada lempar-lempar duit, segala kain sarung etc. Meriah juga la....

Tahniah sekali lagi.... Selamat Pengantin Baru & Selamat Hari Natal. Semoga bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat....

Tuesday, December 25, 2007

Merry X'mas


Kepada semua kawan-kawan yang menyambut X'mas....

Selamat Hari Natal!!!

Friday, December 21, 2007

Happy Birthday Lai...


Happy Birthday yang ke-44 Lai....
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
Alamakkkk.... lupa pulak gambar kad birthday!!

Monday, December 17, 2007

Before & After

Tengok kejadian calculator/Paperclip/Cabinet Magnet ni:-

BEFORE


AFTER

Cantikkkkkk kan???

Friday, December 14, 2007

Belated Birthday Present

Yahooo.... Hari ni aku dapat belated birthday present and it's a perfume... Jean Paul Gaultier.
My fren Liza yang bagi. Thank you geng.... I love you....

Monday, December 10, 2007

Jam baruku lagi!!

Aku beli jam bling-bling sekali lagi di KL baru-baru ni. Jam ni rupanya lebih kurang macam jam aku yang sebelum ini. Tapi kali ni aku dapat harga murah. Paling murah yang pernah aku dapat. Tapi harganya BIAR LAH RAHSIA.... hahahaha. Janji aku puas hati.
Last week, tauke kedai siap call aku suruh datang pigi kedainya sebab dia reserved 2 jam baru yang cantik untukku.... tak sabar aku mo datang ke KL untuk tengok jam tu....

My Sexy Mannequin

Sexy tak si Betty Black ni?? Aku beli dia dalam RM50++ jer.

So now, si Pink Dolly ni tak la bersendirian sudah .... Hehehe

Hmmmm..... wanginya.....

Jangan jeles.... aku dapat beli dua perfume ni dengan harga murah sekali... MAS jual murah untuk staffnya. So, kawan i tolong belikan i dua perfume ni. Bvlgari Rose (RM98 - 30ml EDP) - so wangi.... aku sukaaaaaa..... dan Kenzo Amour (RM103 - 50ml EDT). Kenzo Amour tu kawan i tersilap beli lak. Actually aku minta dia belikan Kenzo Flower Merah tu. Tapi nasib baik laa Kenzo Amour ni sedap jugak baunya. Setakat ni, aku belum buka lagi kotaknya. Kot-kot aku berubah fikiran mo kasih orang hadiah kah nanti. Simpan dulu la. Eh!? Minyak wangi pandai expire kah kalau tak dibuka?!!

Friday, December 7, 2007

J.Co Donutzzzz

Berliur tak korang tengok donut ni? Nak tau apa?? Betapa aku terpaksa merintangi pelbagai dugaan untuk membeli donut ini. Sehari sebelum balik KK, aku singgah Pavillion untuk beli ni donut. Tapi bila aku sampai jam 9.30pm tu, boleh-boleh J.CO ni tak kasih aku Q sudah. Tutup kadaii rupanya. Hampehh aku. Sampai termimpi-mimpi/terliur-liur nak makan donut J.CO ni. The next morning tu, aku bangun awal. Kira nak menapau donut ni untuk bawa balik KK la ni. Bila nak pg beli, hujan lebattttttt la pulak. Tak dapat menyeberang jalan. Aku tinggal di JW Marriott time tu. So, terpaksa tunggu hujan reda. 1 jam jugak aku tunggu baru la reda. Lepas tu masa nak membeli donut ni, kena Q panjang lagi.... setengah jam jugak aku baris.... penat aku... Tak sia-sia jugak aku baris sebab 4 dozen sekali aku tapau bawa balik KK. Sekalinya bila nak keluar daripada Pavillion - nak menyeberang jalan balik hotel... bulih-bulih hujan lebatttttt selebat-lebatnya la pulak.... adeh-deh... deh... Tension aku. Takut tak sempat kejar flight jam 3pm. Masa tu dah dekat jam 12pm. Belum check-out hotel lagi segala. Nasib baik akhirnya hujan tu berenti la jugak.

Monday, December 3, 2007

Kara-Kara Sale


Kara-Kara ni adalah merupakan salah satu butik kegeramanku yang terletak di area Lintas Plaza. Butik ni kira best la. Baju-baju datang dari Korea, Hong Kong etc. Beg dan kasut dia pun cantik-cantik. Ngam-ngam weekend tu pulak dia ada year end pre sale.... So, bayangkan baju ni i cuma dapat dengan harga RM47++. 60% discount. Eee.... Murahnya.... Tapi aku tak sempat pulak beli kasut pasal kasut yang aku mau tu tak der size... sedihnya....

Miss Gel

Mirror-mirror hanging on the wall.... Look what i have done to my mirror.... isn't it cute??? Cuba korang teka apa benda tu?

^^^^^^^^^
^^^^^^
^^^

Ini laa benda ala tu....

cute and fancy kan... macam jelly. Namanya adalah Miss Gel for decorative windows, mirrors, computer monitors etc. Bukan setakat di cermin muka aku lekat tau. Aku lekat di telefon ofisku, cabinet ofis etc. Biar nampak fancy gitu... I kan Miss Fancy.... Hehehehe....