Salam and hello everybody...
Anyway, saya mau bagi tau sama kamurang ni... especially to my beloved ofismate bahawasanya aku akan mengambil cuti tanpa gaji mulai 1 Jun 2012 hingga 31 Mei 2013 atas urusan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Yaaa... betul la ni.. kamu tidak salah baca tu. I decided untuk ambik cuti tanpa gaji selama 1 tahun berkuatkuasa 1 Jun 2012. Sebelum memulakan cuti tanpa gaji, aku akan menghabiskan semua cuti rehat yang berkelayakan selama 20 hari dan bila dikira-kira... last day aku kerja di ofis ialah pada 30 April 2012. Maksudnya sepanjang bulan Mei 2012 tu aku akan menghabiskan cuti rehatku yang berkelayakan. (Biar kamu rindu aku nanti. Huhuuuu...)
Aku tahu mungkin ada sesetengah orang rasa berita ini amat mengejutkan. Sebenarnya niat untuk mengambil cuti tanpa gaji ni sudah lama aku idam-idamkan. (Memendam perasaan la bah tu). Kawan-kawan rapat kebanyakannya sudah tahu dan amat terkejut kerana keputusanku yang begitu drastik. Ada yang menyatakan perasaan sedih (macam aku ni mau meninggalkan ofis la pulak), ada yang memujuk aku supaya aku pikir semula dan ada juga yang suruh aku meneruskan niatku itu.
Hmmm... sebenarnya kan aku cuti ni kan pasal aku mau rehat bah. Penat sudah aku kerja. Aku betul-betul perlukan masa rehat. Tekanan aku bekerja sebagai Setiausaha Pejabat. Aku bosan sudah melayan pelbagai jenis karenah manusia yang aku hadapi hari-hari... especially sambut telefon di pejabat. Macam aku ni jadi operator dan tempat pertanyaan pulak. Aku bosan. Aku tension. 16 tahun sudah aku kerja... kasi rehat dulu la pikiran dan emosi aku ni. (Mengkali itu jugak la salah satu faktornya aku berjerawat. Toinkkkk). Dan ada juga sebab-sebab peribadi yang lain juga laa yang aku tidak boleh cakap di blog ni (Ini kes memendam perasaan huhhh! Boleh makan dalam. Itu la aku pressure sebenarnya... hahaha)
Kenapa satu tahun??? Biar la bah kamu rindu aku...hahaha... Alang-alang la bah... biar la aku honeymoon setahun. Kalau aku sudah bosan aku pendekkan la cutiku. (Sekali tingu... 3 bulan jak aku cuti. Hahaha)
Mula-mula tu takut jugak aku mau mengadap Boss menyurung Borang Cuti Tanpa Gaji tu. Menjadi pikiranku jugak siang dan malam memikirkannya. Siapa la kunuk yang ganti aku nanti, macam mana la kerjaku tu nanti, siapa la ingatkan Boss itu ini, siapa la yang akan urus Boss, siapalah yang urus itu ini.... siapa la yang akan dengar luahan staff dan macam-macam lagi laa... tapi malas la aku mau pikir semua tu... bikin tension jak sama aku. Aku asyik mau pikir hal jabatan bikin apa... bagus kalau jabatan ada appreciate aku. Huhhh! (Nah ko... meluahkan perasaan sudah ni). Tapi yang penting... Bossku sudah sign borangku. Jadi sekarang aku lega.
Siapa ganti aku nanti?? Siapa-siapa pun boleh ganti di tempat aku ni. Tapi kamu tidak akan dapat pengganti yang sehebat aku. (Nahhh.... biar kamu menangis air mata darah dengan statement aku ni. Hahaha). Bak kata si Edrus, tanpa aku, tak berseri Bendahari. Huahuahua...
Jangan la kamu bersedih di sana ya. Kalau pun kamu mau menangis... bah, pigi la masuk jamban dulu bah. Cover-cover la bah sikit. Hahaha... Cuti setahun jak bah tu... apa juga tu... (Dalam hati... biar kamu sana... rasa-in kamu sana time aku tiada nanti... huahuahuahua).
Apapun... selama aku cuti setahun ni, aku masih lagi sebagai KAKITANGAN JABATAN BENDAHARI. Aku masih mau urus tu Ladies Nite ya... Jangan pulak kamu abaikan aku. Sedih aku nanti. Kalau kamu remove aku dari CERMIN (Group Bendahari dalam FB)... nahh... siap laa kamu sana.... kena la sumpahan kamu oleh Lady F.
Kepada rakan-rakan sepejabat yang dikasihi dan yang sedang membaca blog ini... kamu maafkan la aku ya sekiranya aku ada buat salah kepada kamu ya atau kamu ada terambik hati dengan kata-kata dan perbuatanku. Tau-tau la kan... si Lady F ni kuat marah dan buat teguran tapi sebenarnya marah-marah sayang baitu...