Showing posts with label Cuti-cuti Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Cuti-cuti Malaysia. Show all posts

Wednesday, June 8, 2016

Happy Good Friday Peeps!



FYI, ini adalah late post ya.  25 Mac 2016 (Friday) yang telah berlalu, kami di Negeri Sabah cuti umum.  Cuti Good Griday. Yang tidak tau apa tu Good Friday boleh click link ini.   

Nak dijadikan cerita... me and my "Jom Sihat Geng" telah buat aktiviti hiking ke bukit Gondol/Botak UiTM Sepanggar.  Tidak juga susah sangat naik ni bukit.  Macam aku rasa lebih sengsara lagi naik UMS Peak.  Bezanya bukit botak ni lebih jauh sikit.  Agak penat juga la.  Tapi bila sudah sampai atas... rasa berbaloi dan kepenatan tu hilang.  Special thanx to my coach Cdar yang banyak membantu dan memberi semangat untuk naik ke atas.  Tanpa dia mungkin ada lambat sikit aku naik atas sebab balik-balik capek.  Ya la kan... aku ni kan ndak biasa buat aktiviti macam gini.

Anyway, mau bagi tau ni ya... bila aku post gambar di atas ni di FB... mak tak sangka gambar ni telah mendapat banyak LIKES pulak.  Rasa-rasanya ini adalah foto yang terbanyak mendapat likes di FB setakat ini bagi tahun 2016.  Tak sangka.  Maybe pasal trend orang sekarang buat aktiviti hiking dan satu lagi orang tak pernah nampak aku buat aktiviti kesukanan/outdoor kali ya.  

And again, i am very satisfied sebab berjaya naik Bukit Botak.  Bila sudah berjaya naik bukit botak ni, terus ada kepingin mau naik bukit-bukit yang ada di sekitar KK pula ya.  Hahaha... Tapi malangnya... aktiviti kami tersekat sebab coach kami cedera lutut la pulak.  Terpaksa tunggu our coach sihat sikit baru boleh meneruskan aktiviti ni.

Here i want to share some photos during the hiking.

Permulaannya... kena mendaki tanah merah.  Kotor kasut aar...


Ni kesan terbakar akibat musim kemarau.  Terus feeling-feeling musim autumn konok.  




In to the woods.  I love this photo. 


 Almost there

And finally....





 THE END

Thursday, November 28, 2013

Super Star Aquarius is in Sabah!

Gotta try this!  Nampak ni iklan cruise di wall FB.  Menarik sungguh kerana harga bermula serendah RM170.00++!  Woww! Amazing!! Punya best...  Tapi apakan daya aku ni tak berani kalau naik cruise-cruise ni.  Aku ni jenis mabuk laut dan darat ya!! Kuat betul aku punya motion sickness!  Nasib baik naik kapalterbang aku tak mabuk pulak - Thank God.

Just imagine setiap kali travelling yang melibatkan jalan bengkang bengkok or air... aku terpaksa makan ubat mabuk.  Kalau aku tak makan... nehhh.... abis la...  bulih jadi 3 hari 3 malam aku sakit dan asyik muntah-muntah.  Selama ni aku asyik bergantung makan ubat kalau mau travelling. Makan ubat pun masih juga terasa sedikit mabuk ya... So, jangan harap la aku berani naik cruise walaupun aku terhingin.... sesekali... ku rasa teringin.... (menyanyi ala-ala Shiema konok aku. Huahuahua...).



Okay... apa yang aku merapuh ni tiba-tiba cerita pasal mabuk laut la... mabuk darat la...  so sambung balik cerita la.  Macam siok pulak bah naik cruise ni kan.  Ni aku mau share sedikit foto-foto yang aku google from internet/fb kawan.  At least walaupun aku tak naik ni kapal... dapat la sedikit gambaran pasal ni Super Star Aquarius kan.  Mari kita tengok.





Ada juga childcare dalam kapal ni.  



Woww... salon pun ada ya.


Haa... karaoke pun ada!  Bulih laa jadi Shiema ni.  Hahaha...


Woww! Ini yang paling menarik ni! Ada performance.  Seksi-seksi lagi tu.




Yang paling aku rasa seronok mau pigi ni cruise kan... pasal ada shopping ya! Tidak lain dan tidak bukan! Hahaha....





So apa tunggu lagi?? Sila laa layari website ini ataupun call saja bah nombor di atas tu 085-211323.  Jangan lupa share pengalaman anda ya!


Sunday, December 28, 2008

Restoran Seri Melayu

Ini adalah sambungan kepada cerita jalan-jalan cari makan semasa bercuti di KL tempoh hari. 19 Dec 2008 yang lepas, me & hubby and sisters (kecuali amoi) pergi dinner di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, KL. Sebenarnya, laki aku ni suka betul dengan masakan melayu... mesti mo makan nasi. Kalau bawa makan western, kena pastikan yang dia tak berapa lapar. Kalau lapar... jawapannya... nasi hidang laa...
Okay... dari dulu lagi lakiku ni memang mati-mati mo bawa kami makan di Restoran Seri Melayu ni. (Sebelum ni memang dia sudah pernah pigi) Entah apa jugak keistimewaannya. Even masa kami bercuti di Perth pun dia mau cari tu Restoran Seri Melayu. Nasib baik aku meyakinkan dia bahawa restoran tu jauhhhh.... jadi, ndak la kami pigi. Hihihihi...
So, akhirnya... ini la dia... enjoy the pictures...

Kambing yang kena siksa... (Aku rasa ini jak speciality restoran ni. Bila aku tangkap gambar kambing ni, semua la orang putih/India/tourist la pokoknya pun ikut-ikut ambik gambar)

Dalam perut kambing ni pulak ada nasi minyak. Kira sedap la..

Kak Itok tengah mengaut nasi minyak.

Tapi.. yang setannya tu... adakah si Elsa boleh cakap yang dia geli tengok tu kambing diikat/dibakar pasal dia terbayang macam bentuk seekor anjing yang sedang dipanggang. Sudah tu, dalam perut kambing tu ada nasi minyak. Bulih-bulih dia cakap dia terbayang ulat giok macam dalam perut bangkai anjing yang sudah mati!!! Astaga... Bikin geli. Nasib aku sudah kenyang time tu. Hahahaha

Elsa tengah mengaut sup ekor yang ndak sedap!
Gambar-gambar di bawah ni pulak adalah sebahagian daripada lauk pauknya.... (Sorry gambar tak brapa clear pasal guna i-phone)


Ini pulak sebahagian daripada dessertnya... yang ni bubur durian campur pulut... mmm nyummy....




Haa... dia ndak mo kalah dengan Portview or Kg. Nelayan... siap ada cultural show...
Rating ***
Ndak berapa sedap la... bulih-bulih la... bagus lagi makan buffet di hotel. Sebab pricenya pun lebih kurang hotel. Kalau malam, makanannya semua buffet. No ala-carte. Kalau tak silap satu kepala RM70.00++!!

Friday, December 26, 2008

MAS - Colours in the air?

Adakah kerusi ini baru?? Seingat aku, last aku naik kapalterbang MAS time  bulan September tu belum tukar cover seat lagi.  Kah ni sempena Xmas??

Thursday, December 25, 2008

theabroma CHOCOLATE Lounge

22 Dec 2008, hari ni kami breakfast @ theabroma Chocolate Lounge, Pavilion.  Ya. Di Pavilion lagi. Pasal trip kali ni kami tinggal di Hotel Novotel.  Hotel ni dekat betul dengan Pavilion.  Senang la kalau tinggal di sini sebab ada jejantas yang tembus terus di Pavilion. Bukan saja kerana dia dekat dengan Pavilion tapi mesti ingat... ACCOR member ada special rate. Ok... berbalik kita kepada theabroma tadi tu... Iklannya nampak begitu menarik sekali. Ada banyak chocolate.... here there everywhere chocolate. Jadi aku bawa hubby breakfast di situ.


Hubby order breakfast set A - RM11.00++ only



Pancakes drizzled with molten chocolate



Long Black



Aku order ala-carte.
Spinach Chicken Crepe


Ms. Coco Frappe (Belgian Dark Chocolate Frappe)



Rating: **
Ndak sedap langsung!!! Minumannya terlampau manis padahal Ms. Coco Frappe ni la yang paling tidak manis kunun. Yucksss.... Makanan yang aku order tu lagi... alamakk... dasyattttttt.... Tiada rasa langsung!! Pancakes hubby pulak macam ala kadar. Tiada speciality langsung. Pokoknya aku tidak akan pigi ke kedai ni lagi... sungguh tidak berbaloi...


I'm married with a shopaholic husband!

Oh... sempena birthday hubby, aku telah membenarkan dia untuk bershopping gila-gila. Actually, laki aku ni kuat shopping sebenarnya.  Kali ni turn aku pulak yang menengok dia shopping. Bukannya aku tak mo shopping.... cuma macam tiada pulak barang-barang yang aku berkenan. Tapi laki aku ni kena di-control sikit-sikit perangai shoppingnya pasal aku kenal betul perangainya ni.  Dia ni jenis hangat-hangat taik ayam.  Sometimes beli barang, sekali pakai jak lepas tu dah tak tengok benda tu lagi.  So, kali ni aku bagi green light dengan dia. Baju dan seluar mesti beli pasal laki sudah menggemuk sejak berenti merokok!!

So, ini la kejadiannya apabila membenarkan laki shopping sendiri.... (hmmm.... macam jeles aku tengok dia shopping ni tau...)


Satu baju saja yang dia berkenan. 5 pasang baju lagi telah ditempah/jahit. Hujung tahun ni baru siap.


OMG!! 3 pasang kasut!! Laki aku ni memang gila kasut.  Yang belt ni la laki suruh aku bayar sempena hadiah harijadi nya konon.  Ooh! So, tidak surprise langsung! Adakah main suruh-suruh. Hehehe... biasa la tu kan...

Set penjagaan muka from LAB Series untuk laki aku. Kira ni pun hadiah dari aku jugak la. Sebelum ni laki cuma pakai cleanser and mosturizer product Nivea saja. Kesian.  Harap dia pakai la set ni.  Hmmm.... barang-barang di atas ni nampak macam gambar hantaran kahwin la pulak. Kweng-kweng-kweng


Yang ni pulak set aftershave Loccitane - birthday present from my sister untuk my hubby.
Hmmm.... ngam la tu. Biar dia grooming sikit. Hahaha...

Yang ni pulak apa?? ooo... laki telah membeli google! OMG... bergaya betul dia ni! Mau jugak pakai google berenang!!

Wednesday, December 24, 2008

Happy Birthday Hubby!!

21 Dec 2008, kami adik beradik dinner sempena celebrate birthday hubbyku di  Lemon Garden, Hotel Shangri La, KL.  Banyakkkkkk betul lauk pauknya... i mean the buffet.  Sedap lagi tu.... masakannya ada japanese, chinese, malay, western etc. campur-campur la. Hebat betul dia punya lauk dan masakan. Banyak orang masa kami pigi ni.  Nasib baik sudah booking awal. Tapi menurut my sister, memang everyday pun macam tu - full.  Tak sempat aku tangkap gambar lauk pauknya sebab terlampau hungry tahap gaban. Lauk yang paling aku suka adalah steam fish cod nya.  Teramat-amat segar, lemak dan mimang very sedap!

Oh ya... cerita-cerita pasal makanan ni... sikit terlupa mau wish laki sendiri! Hehehe...

HAPPY BIRTHDAY LAI...
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki lagi banyak!!

(Hadiah kena tengok di post yang seterusnya)


Rating ****** - excellent!!

Paddington House of Pancakes

20 Dec 2008, dinner @ Paddington House of Pancakes, The Gardens. Sudah lama mengidam mo try makan di tempat ni. Asyik tengok gambar menu dari blog orang. So, akhirnya tercapai jugak cita-cita mo makan di sini. Hehehehe...




Iced Mocha with whipped cream & Iced Coffee with Ice Cream



Aku order ni - Doubled Gourmet Cheese Sausages, Beef Salami, Hashbrown & Grilled Mozzirella

Hubby order ni - Lamb steak with pancakes & mushroom


My sister Elsa order yang ni. Entah apa kah namanya ni. Salmon Pancake kah?? Nampak macam ndak sedap pun... hahahaha


Rating ***

Yang aku punya lauk tu kira sedap la... tapi ada sikit masin... My hubby punya lamb steak pulak kerasss dan kering. Ndak sedap langsung. Elsa punya salmon, aku langsung tak try pasal aku geli tengok rupa makanan tu. Hahaha... My minuman tu kira ok-ok la... bulih laa...