Wednesday, September 30, 2009

Birthday Wishes

Haiii.... Selamat Hari Rabu....
Sorry laa kerana lama tidak update blog.  Busy bah aku lately.  Busy dengan men game Treasure Mania dalam FB bah aku ni kunuk.  Ketagih sudah.  Nasib baik aku belum berjinak dengan Farmville.  Kalo terjebak... nah... ndak la ku tau camana mo membahagi masaku ni.

Sebenarnya yesterday... 29.9.2009 adalah harijadi aku kunuk. Yang ke-29... Eh silap... yang ke-34 bah...  Got cha!! Hohoho... Macam-macam laa aku terima ucapan daripada kawan-kawan. Ada yang melalui SMS, face to face, FB dan di blog pun ada... Waahh... sungguh terharu aku. Terima kasih la kepada kawan-kawan yang hantar birthday wish dekat aku ni.  Mudah-mudahan laa termakbul semua doa-doa korang tu. 

Anyway, aku mo share sama korang ni aku dapat MMS birthday daripada si Yai.  Punya cute... cuba kamu tingu bah ni MMS:



TQ Yai...

Yang ni pula kek dari si Herda. Dia suruh aku claim daripada blognya. Hohoho... TQ Da... I lvoe it!! Chantiqqqq....

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Yeay-yeay.... tahun ini aku beraya di kampungku - di Tawau.  So, bisuk pagi aku dan hubby akan bertolak ke Tawau ikut jalan darat.  So, kepada semua rakan bloggers yang muslim, kawan-kawan yang mengenali diri aku ni dan of course kawan-kawan yang sedang membaca blog ini aku ingin ucapkan....

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin 


Thursday, September 17, 2009

House Deco by Chinadoll

Raya tahun ni biasa-biasa saja... aku tak la tukar perabot/langsir... cuma tukar carpet  dan beli bunga plastic/hiasan jak.. Tu pun carpet iran yang sebelum ni sudah dipakai sejak kami tinggal di rumah ni.... which was so loooooongggg time a go ya... sampai aku rasa kalo pijak tu carpet macam tepu/mau reput sudah bulunya. Hehehe...

So, ni la carpet baru yang aku beli tu... aku beli di Lorenzo.  Jenis bulu-bulu. Kucing aku tentu akan suka ni tapi aku tak benarkan dorang masuk rumah lagi ni. Warna carpet ni macam coklat tua kah ni apa kah ni. Ndak tau la ni cantikkah tidak. Sebenarnya aku bukan mo yang ini. Tapi tak banyak pilihan bah di KK ni. Lain la kalo di KL. 


Yang ni sarung bantal aku beli di Parkson. Tak banyak pilihan juga. Harap-harap tahun depan dapat beli set sofa baru.  Sofa yang ni pun sudah berkurun.


So, begini laa rupa ruang tamu aku selepas tukar carpet dan sarung bantal kecil. Simple ja bah. Excuse the bunga. Tu bunga old fashion. Aku belum jumpa bah bunga yang aku suka lagi. After raya kali baru beli. Sekarang kalo mo beli pun kelamkabut. Mo pigi KK pun machet.  Ok tak carpet tu??


Sebenarnya aku suka betul dengan carpet yang di bawah ni.  Suka dengan bulu-bulunya yang tebal dan colournya yang striking and ada kilat-kilat lagi tu. (Dalam gambar ni carpet tak lawa. Kena tengok real baru nampak lawa). Tapi carpet ni tiada size besar. So, terpaksa carpet yang ni ditaruh di area dining table. Actually yang ni lebih sesuai taruh di ruang tamu but apakan daya... too small...


Yang ni bunga aku baru beli.  Ni bunga plastic tapi nampak macam real konok.  Sakit juga hatiku beli ni bunga bah.  Aku beli di Gina Florist, Api-Api dengan harga RM12.00 sekuntum. Aku pajak banyak la sebab mo kasih meriah dalam pasu. Sekalinya aku terjumpa bunga yang sama/sebiji di City Mall... dengan harga RM9.00.  Sakitttnya hatiku kena tipu. Apakan daya... 


Begini la rupanya setelah dikasi masuk dalam pasu. Ni pasu cheap. Harga dalam RM30++. I bought it from Familia not Famila ya. Hehehe.


Ni basikal pun aku beli di Familia. Harga RM49.90. Lepas tu aku cacak-cacak sembarangan tu bunga... ok jugak la aku tingu. Apa pendapat korang?


Itu ja la aku mo share sama kamurang hari ni. Mo share sama kamu pasal baju raya aku yang bidak tu macam bikin malu jak. Huargghhhhhh..... masih sakit hati lagi ni.


Lord of the Earrings



Ini earrings aah... bikin aku tidak dapat tidur ooh semalam.... Bukan apa... hari tu aku beli ni earrings di Parkson 1B (Park Avenue Accessories - tempat ni memang cantik-cantik la dia punya accessories dan quite okay jugak harga dia).  

So berbalik kita kepada cerita asal tadi tu.  Lepas beli tu, aku masukkan plastic kuning parkson tu dalam handbag aku.  Semalam baru aku teringat rupanya aku ada beli ni earrings. Tiba-tiba aku check dalam beg tu earrings sudah hilanggggg!!!  Sebenarnya aku ni paling jarang hilang barang pasal aku jaga betul barang-barang aku. Jadi, aku pun panic la.  Aku ingat aku terbuang laa tu earrings pasal kelmarin pagi aku tengah kemas barang2 dalam handbag aku dan aku minta amahku buang tu plastic kuning. Huaaarghhhhhh.......... Sampai aku tak dapat tidur bah semalam kerana asyik memikir di mana aku simpan tu earrings. So, subuh tadi masa sahur aku tanya amahku samada dia sudah buangkah plastic kuning tu.  Dia kata masih ada di biliknya pasal dia jenis tak buang plastic. Dia akan lipat dan simpan untuk kegunaan tong sampah la... (Pintar kan amah aku. Hohoho).  Aku pun senang hati la. Sekali dia check... nehhhh.... nadaaa...... kosong tu plastik! Huaaaargghhh.....  Sedih la aku. Laki aku bilang beli lagi.  Aku mana mau beli pasal tu pun kira aku dapat free pasal aku bayar pakai voucher Parkson. Ketara karit ni. Hohoho...

Sekalinya tadi pagi aku pigi check di keretaku.... nehhhh.... ampai2 bah tu earrings di kerusi keretaku. Hohoho... Gumbiranya hati aku... Baru aku teringat kenapa boleh tercicir di kerusi kereta. Pasal rupa-rupanyakan masa aku balik dari kerja hari tu... time jem-jem balik dari kerja tu... sempat lagi konok aku ni menerai-nerai tu earringss di kereta bah... mintak puji bah... gara2 mo bergaya kan.. tu pasal la tercicir. Hohoho.... Sekarang... hati aku sudah gumbira. Yeay-yeay.... cantikkah ni earrings?? Kilat-kilat oooh...


Monday, September 14, 2009

Chinadoll's Accessories Collection

Ingat tidak dengan post aku sebelum ini pasal "cermin ajaib"?  Weekend tu baru laa aku ada masa bah mengemas accessories ku.  Kamu mau kah tengok aku punya collection?? Mari la bah tengok....  meh sini dekat-dekat.


Sabar aaah....


@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@

Turun bawah lagi...


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@

Turun sikit lagi....

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@

Tadaaa....



Mari kita tengok apa yang ada dalam simpanan cermin ajaib ini.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Collection of my cincinss - entah yang lain di mana sudah menghilang. Macam ada kaki la pulak.


Ada banyak lagi rantai tapi tak cukup ruangan untuk digantung


Yang ni sebahagian daripada rantai jenis besar yang tak dapat digantung.


Since aku ni minah gelang, so ada pelbagai jenis gelang di bawah ni.
Yang ni gelang crystal. Ada satu musim tu pemous betul laa pakai gelang crystal ni.


Charm bracelet


The Bangles


Sepit rambut bling-bling


Yang ni sepit rambut and earrings.  Aku tak gantung semua earrings di sini pasal aku sudah ada tempat khas untuk gantung earrings.


Brooches tapi sempat juga ada 2 ketul jam terselit di situ. Hehehe...


So macam mana?? Apa pandangan korang? Bulih berniaga accessories sudah aku ni kan. Hohoho...

Nokia N Series

Psst!! Ada orang kena belikan handphone baru la.  Hehehe...Sempena hari yang berbahagia - our 9th wedding anniversary... my hubby telah hadiahkan aku handphone Nokia N97. Tak tau la ni handphone baguskah tidak. Tapi kalo N Series kunuk yang ni la yang the latest.  Belum lagi aku surf featuresnya secara mendalam. Cuma bulih touch screen la. Camera 5 mega pixel. Kalo mo tau lebih lanjut pasal ni phone, sila layari website Nokia. So, dijadikan cerita... my handphone lama N95 telahpun ditrade-in kan dengan harga RM450.00 setelah 2 tahun pakai. Sedihnya... tapi... ok jugak la pasal dapat yang baru. Hohoho...

Nah... ni laa rupa handphone tu. (Wallpaperku - muka si Kelabu. Ohh... how i missed my Kelabu. Sudah 1 bulan lebih dia tak balik rumah.  Harap-harap Raya ni dia balik la. Huhuhu...)


Yang ni pulak laki aku punya. Ya. Dia pun tukar handphone ya. Mintak puji bah laki aku ni. Ceritanya konok dia mau bagi aku prezzie tapi bulih-bulih time aku busy menawar harga handphone, dia la pulak yang deluan membeli handphone di sebelah aku. Dia beli Nokia N86. Aku tingu lebih kurang jak featuresnya dengan handphonenya yang sebelum ni - N96. Cuma yang N86 ni cameranya 8 mega pixel.  So, hubby trade in handphonenya untuk dapatkan ni N86 ni tanpa minta pandangan bininya. Geram aku. Lepas tu nanti pulang rumah baru menyesal sebab tak reti guna.  Selalu begitu.

Haa, ni gambar kotak N86 tu. Tak sempat ambik gambar handphone tu pasal masa aku memblog ni hubby tiada di rumah.



Sunday, September 13, 2009

Kasut lagi...

PERHATIAN!!!!

Aku telah membeli kasut lagi!! Ya!! LAGI!!! 
SALE  50% discount - harganya jadi RM49.00 saja.
Aku beli because i love the colour - sweet pink and... 
of course the bling-bling is a must!






Tag Hari Raya

Oh! Time posa pun ada tag kah. Dan tak sangka pulak ada tag yang bertajuk HARI RAYA. Hahaha... jadi, mari kita bikin ni tag yang telah dihantar oleh Cik Jojo kita.

Here are the rules..:-
1. Link to the person that tagged you and post the rules in your blog.
2. Share Raya facts about yourself.
3. Tag random people at the end of their post and include links to their blog.
4. Let each person know they have been tagged by leaving a comment in their blog.


1) Favourite hari raya song...
Named the singer and title of the song.. Find the song in 
youtube and post it here.  S
ing along to the song as you answer the rest of the questions...



Tajuk lagu: Satu Hari Di Hari Raya - M. Nasir


2) Happiest memory of hari raya 

Ada 2 perkara yang buat aku happy iaitu:

i.  Apabila semua adik beradik balik from KL dan kami berkumpul satu keluarga di dapur or di bilik - time for gossip girls, and;

ii.  Apabila my mummy rasa gumbira or in a good mood.... haa... rasanya itu laa the happiest moment & memory of our Hari Raya. Hanya adik beradik yang faham maksud yang tersirat di dalam tulisan aku ni. Hohoho...  


3) Saddest hari raya....


For me, the saddest hari raya adalah beraya tanpa arwah Lolo (my brother).  Tak mau hurai panjang pasal aku ni jenis orang yang tak suka cerita benda-benda sedih.  


4) Worst hari raya habit....


Pantang nampak kuih raya dihidang sebab aku akan makan kuih raya tanpa henti dan minum minuman ber-gas.  Sebenarnya tak baik untuk kesihatan aku sebab aku ni jenis mudah batuk. Tapi bila beraya di rumah orang, terpaksa jugak melantak. Hahaha... 


5) Favourite kuih raya....


Kuek Conflakes Nenek la... dan biskut minyak sapi (GEE) Kak Ani yang tiada tandingannya.


6) Favourite thing to eat during raya....


Aku suka bah makan lodeh yang warnanya kuning-kuning campurannya ada sayur fucuk, tempe, udang, sayur kacang & nasi himpit tu tapi aku ni ndak pandai memasak bah.  Normally, my sister Kak Itok dan Amoi yang akan memasak setiap tahun. (Ini sebenarnya aku kasih hint-hint sama my sister Amoi ni. Huhuhu).  Jadi apa yang dorang masak, aku makan saja la.  Memang laa sedap bah... Tapi kalo bilang FAVOURITE THING TO EAT DURING RAYA... for me sebenarnya adalah SOTO.  (Terpaksa la aku pigi ke warung di Icebox time raya ke-tiga/ke-4. Harap2 time tu buka la sudah tu warung) Pasal bila time raya... kejeluakan bah sudah makan segala ketupat, buras, lemang, pulut, kari, rendang etc.  Jadi, memang sup juga la yang dicari time tu.


7) A must have during hari raya....
Biskut belinju & Pulut mummy, kari Amoi dan rendang Kak Itok. Agaknya tahun ini apa hidangan dorang ya??


8) Normal first hari raya activities....
Setiap tahun pagi Raya biasanya kami adik beradik akan kena marah dan dijeling oleh mummy pasal kami lambat bangun. Bukan juga kerana kami lambat bangun... tapi kerana my mummy yang lebih awal bangun dari kami. Lepas tu, apa yang kami buat semuanya serba tak kena. Aku pun tak faham. Doiiii..... tapi ni la rutin kami. Entah sampai bila la kami ni ndak akan kena marah.

Then, my uncles & cousins yang baru balik dari sembahyang di Masjid akan singgah ke rumah kami.  Macam satu kemestian ni... jadi adat resam sudah ni rumah kami yang pertama kena hinggap. Huahuahua... Time tu, my uncle Yaacob akan mengomen-ngomen masakan Amoi/Kak Itok - kasi rating la tu konon. Hohoho...

Lepas saja semua dorang balik, kami pun kelamkabut mengemas dan bersiap dengan kadar express kerana takut orang datang ke rumah nanti kami tak dapat bergerak la pulak.  So, biasanya lawatan pertama kami adalah pergi ke Tanjung Batu - ke rumah nenek/Kak Ana, Kak Ani & Cecek.  Lepas tu kalo sempat, kami akan merayap ke rumah Pacik Mail di Apas dan singgah ke rumah Pacik Yacob di Jalan Baiduri (on the way mo balik ke rumah) dan terus pulang rumah - hangkang!!!! Time for titun Zzzz..... kerana panas, penat dan ngantuksssss!!!

Time-time tidur tu... nah tak lama kemudian banyak laa tetamu/keluarga yang datang hinggap... Huhuhu....


9) Mail or e-mails raya cards...
Dulu-dulu aku rajin.  But now... aku MALASSSS!!!


10) Favourite raya movies...
Ndak da la pulak bilang FAVOURITE. Aku ni paling jarang bah tengok crita melayu. So, apa yang kebetulan disiarkan di TV time tu... tingu ja la and akhirnya tu movie yang tingu aku. Huahuahua... (Macam aku dapat bayangkan my sister Kak Itok akan menangis depan tv la seperti setiap tahun.  Dia ni kalo tengok cerita melayu selalunya cengeng!!! Huhuuuu....)


11) When do you start shopping for raya...
Tak tentu la. Sebab aku ni macam tiap-tiap minggu pun shopping. Hahahaha... tapi kalo untuk shoppingan  Raya ni normally time bulan puasa or sebulan sebelum puasa. 


12) Duit Raya .. a must have or not?
Macam aku yang dah kahwin ni... diMUSTiiikan... macam tiada pengecualian.  Tapi zaman aku kecik2 dulu tiada pulak aku terima duit raya. Zaman dah berubah kan... ketara la bah tua sudah ni. Huahuahua..


I tagged:-

Elsa, Amoi, Herda, Azlena, Alicia, Ajelin, Dewi, Kimora, Rahma & Aishah

 

Saturday, September 12, 2009

V&G Professional Flat Iron

Lupa aku mo update bah. Sejak aku buat rebonding rambut hari tu kan... hakikat sebenarnya.... rambutku rosak ya!! Sialan betul.  First time aku buat rebonding rambut rosak. Mula-mula aku ingatkan pasal kering.  Pelik jugak pasal cukup treatment sudah rambutku ni.  Jadi aku pigi la trim 3 inci dan buat treatment again. Ingatkan ok la selepas potong tu. 2 hari lepas tu... masih lagi rambutku kering, kembang dan tidak boleh disisir.  Sometimes aku terpaksa gunting rambutku kerana sudah tak boleh disisir akibat berkulut.  Rupa-rupanya.... kes rambutku ni adalah rebonding yang tidak berjaya. Kerana bukan saja rambutku makin kembang malahan rambut tu makin mengering, patah-patah/bengkok macam dawai dan split end ya. Geramnya aku... tension tahap gaban sudah aku ni.  Jadi... apa yang aku boleh buat? Takkan la mo buat rebonding sekali lagi.  Mesti rosak tu kan.  Sekurang-kurangnya kena tunggu setahun or 6 bulan baru boleh buat rebonding lagi.  Oooi lamanya... Sudah laa Raya makin dekat. Huaahhhhhhhhhh............ tension!!!

So, akhirnya... "penyelesaian sementara" aku adalah dengan membeli flat iron. Entah bagus kah ni tidak. Baru sampai konok ni iron (yang latest la kunuk).  Ada teknologi ionic & ozonic lagi. Harga after discount RM250.00.





Jadi alang-alang aku terus beli ni repair serum jenama BLONDEE.  Tidak pernah aku try jenama ni sebelum ini tapi aku beli kerana tokeh kedai yang rekomen.  RM23.oo only. Murahan so aku angkut ja la. Ada sesiapa pernah try serum ni??



Friday, September 11, 2009

Bling Bling Ring


Jeng-jeng-jeng...





How do you like my ring? Cantiqqqqqq kan. Hehehe...Ni cincin for raya konok. Tapi... sudah terpakai terus la pulak. Hohoho....

Tuesday, September 8, 2009

Celcom Broadband

Oleh kerana line streamyx di rumah selalu ada problem, maka aku bercadang mo pakai broadband.  Kunuk mo cerai sudah dengan Streamyx la ni.  

So, tanpa pikir panjang, aku telah pilih CELCOM Broadband.  Aku beli ni benda dengan harga RM249.00 dan sewa bulanannya RM68.00 tapi untuk sewa bulanan pertamanya (for bulan September 2009) ni adalah free.  Maknanya aku akan mula start bayar sewa bulanan pada bulan Oktober 2009.



Dengan harga RM249 tu juga, aku dapat barangan percuma iaitu merupakan sebuah camera jenis dulu2 (yang main putar).  I wonder masih ada kah orang pakai camera begini lagi ni???


Sekalinya.... punya laa aku sakit hati lepas beli ni broadband..... teka apa terjadi??? Jadi BroadBADDDDD....  Mau tengok blog pun slow. Buka FB lagi laa dasyat. Tak keluar apa pun. Yahoo Messenger pun tak boleh connect.  Sakitttttttttttnyaaaa bah hati aku ni.......... setannnnnnn..... Aku rasa masalah ni berpunca di tempat tinggal aku ni.  Celcom line tak brapa bagus di area rumahku ni. Pasal bila aku try di ofis tadi petang ok la pulak. Aduiiii.... apa laa nasib badan.... hmmm.... sabar ja la aku. 


Monday, September 7, 2009

Tiger Balm


Haaa... mari sini dekat-dekat. Ni aku mo rekomen dengan korang Tiger Balm Rub khas untuk Neck & Shoulder for relief of stressed and tired muscles.  Ini bukan tiger balm yang biasa-biasa tu. Kalau yang biasa botol kecik tu kan berbauuuu..... ni kira baunya tak la brapa kuat.  Kiranya baunya menyenangkan laa and tidak berminyak pula tu. If apply dekat neck & shoulder... aduhhh... punya nyaman.... haaa... ni siapa yang kuat sangat mengadap komputer tu atau main game FB... haaa... memang sesuai ni.  Terus legaaaaa..... tu shoulder.  Sila laa cuba.  Harganya dalam RM14.00++ dan boleh didapati di mana-mana cawangan Guardian yang berhampiran.  (Macam aku jadi promoter Guardian la pula kan. Hahahaha)

Sunday, September 6, 2009

Sleeping Babyphatt

Apa bah gaya kucing aku ni??? Mintak puji. Tidur pun macam urang. Adehdeh...



Saturday, September 5, 2009

Sepatu Cinderella

Helloooo.... Ladies!!! Aku beli kasut baru lagi.....  kali ni aku namakan kasut ni SEPATU CINDERELLA.... hehehe... Banyak bling-blingnya... i lvoe it.  Ini khas untuk Raya ni.  Mau tau apa??? Itu butik tempat aku beli ni kasut terpaksa ambik stock kasut ni dari cawangannya di Sandakan pasal saiz ku sudah tiada. Mau 2 minggu aku tunggu baru la sampai ni kasut bah. Cuba tengok ni kasut. Lawa tak?? Walaupun bagi korang tak lawa..... puji ja la bah... kasi senang hati aku. Hohoho....
 






Sekian, untuk tatapan anda hari ini.
Terima kasih ya kerana sudi melihat.


Friday, September 4, 2009

Gift of LVOE

Mo tayang hadiah sekejap. Hehehe...

Ni laa prezzie yang aku dapat sempena my wedding anniversary daripada Roni & Neetot.

This is from Roni - Candle Burner kah namanya ni?

Ni pulak from Neetot - Frame




Sekian, untuk tatapan hari ini.
Terima kasih.

Wednesday, September 2, 2009

2.9.2009 = 9 years

Hello People!!!!!  Yessss.... I'm still alive. Hohohoho.... Lamanya aku sunyi. Bukan apa... pasal selama ni aku sakit bah.... tapi bukan H1N1 ya. Palis-palis.... touch wood.  Demam + batuk bah aku hari tu... lepas tu kena lagi gastrik yang dasyat.  Ni semua gara-gara ubat antibiotik tu la yang kacau perut aku.  Berbunyi-bunyi perut aku kroook-kroook.... pokoknya ndak stabil la isi kandungan perut tu.  Now dah beransur pulih.  Itupun kerana bukan makan ubat doktor.  Tapi makan ubat dari tabib cina.  Mau tau... rasa ubatnya? Makkkk aiii... macam bau racun roundup!!  Apapun... terpaksa aku makan sebab mau sihat kan... Harap-harap minggu ni boleh la start berpuasa.

Ok... sambung cerita... Pejam pelik, buka tutup mata.... tuk-tuk... nah!!! Bulan 9 sudah!!! Yeay-yeay...  It's September la!!!  Apa yang istimewanya bulan September ni??  Kerana....... hari ini..... adalah..... 2 September 2009  and it's our ?????

???????


???????


???????


9TH WEDDING ANNIVERSARY!!!!


Yahooooooooo........Tepuk la tangan bah kalau ya pun!!! Hohohoho....

Semoga hubungan kami bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.... amin.


Terharu juga laa... walaupun laki di KL.... sempat juga dia hantar aku bunga hari ini.  Walaupun hakikatnya -  I hate flowers!!!!  Bukan apa... Buang duit jak kalau lakiku kasih aku bunga. Bunga cepat layu dan mati dan berbau buruk!!!  Kalau sudah kering.... tetap aku buang pasal menampung habuk jak.  Kweng-kweng-kweng...

Anyway...... ini la bah dia gambar bunga tu.... cantik sikit dari tahun lepas la kan... hehehe....



Jan jeles.... ada 9 kuntum roses yang pelbagai colour di sekeliling ni....  mentang-mentang laa 9 years kunuk kan.... kweng-kweng-kweng...


This is not you laa my darling...... ni mesti cina florist punya ayat-ayat cinta. Hohoho....


So, petang tadi hubby sempat balik dari KL semata-mata mo sambut our anniversary oooo..... terharu lagi aku ni. Hehehe... Seperti tahun lepas, kami sambut anniversary dengan berbuka puasa di Hotel Hyatt tapi kali ni my best buddy Neetot & Roni join kami dinner.... Bukan dorang kacau daun.  Tapi boring laa asyik buka puasa 2 orang... jadi aku ajak la dorang. The more the merrier.... Jan jeles ya.... dorang siap kasih prezzie untuk kami.  Hohoho.... locoknya... tidak sempat ambik gambar tu prezzie.... may be next post la ya...

SELAMAT MALAM.....