Friday, October 31, 2008

Lucky Draw Scope?!

Hmm.. kenyang... aku baru balik dari menghadiri Majlis Makan Malam & Jejak MAYA (Persatuan Mantan Pelajar Tajaan Yayasan Sabah) di Shangri La Tg. Aru Resort Hotel. Tujuan dinner ni diadakan adalah untuk menjayakan Pelancaran MAYA yang dirasmikan oleh Datuk Masidi Manjun. Kebanyakan ahli-ahli MAYA ni adalah terdiri daripada mantan pelajar yang dibiayai oleh Yayasan Sabah menerusi program penghantaran anak-anak negeri Sabah untuk bersekolah di Semenanjung Malaysia. Actually hubby aku yang bekas pelajar tajaan Yayasan Sabah ni. Dulu dia sekolah di Perlis. So, dia diminta untuk membeli sebuah meja. Mau tak mau kena juga pigi. Mulanya aku ajak beberapa kawan-kawanku untuk memeriahkan lagi majlis tapi tiba-tiba last minute they cannot make it. So, hanya Melania saja yang sudi menemaniku sepanjang majlis ini. Tanpa Melania, aku akan jadi kera sumbang dan boringgggg.... Memang pun majlis ni boring la kalo diikutkan. Bayangkan... dekat jam 9.00 malam baru la kena serve makanan. Nasib baik makanannya sedap-sedap belaka! So, sepanjang masa tu aku dan Mel asyik ngumpat/flashback cerita dulu-dulu kami masa di ITM. Macam-macam la yang kami cerita. Lama tak jumpa kan. Hehehe...
Oh ya... ni nak share sikit cerita. Time makan-makan tu, ada laa pihak penganjur ni buat cabutan bertuah. Tapi hadiah-hadiahnya tidak la grand. Sekadar hamper, kettle jug, periuk nasi etc. Bulih-bulih salah satu daripada hadiahnya tu sangat melucukan bah! Macam tidak masuk akal. Adakah salah satu daripada cabutan bertuahnya adalah SCOPE!! Aa'ah... bah... scope tanah bah. Aduhss... sandi betul!! Sampai ramai orang ketawa. Bila nombor tu disebut macam tiada yang mau naik pentas untuk claim the hadiah. Last-last tu kena cabut nombor lain lagi. Bila second time kena cabut.... ada laa seorang perempuan ni naik pentas untuk ambik tu scope. Oooh... simpati aku. Bagi aku sampai hati jugak pihak penganjur ni mo kasih tu hadiah cabutan bertuah SCOPE bah!!! Please laa... banyak lagi barang lain di luar sana tu. Kalo aku punya nombor yang kena tu scope... aku tak akan claim tu hadiah!! Bikin malu jak. Nasib baik aku dapat iron. Tu pun dry iron jenama ICHIBAN. Hehehe... ambik jak la. Nanti boleh la kasih hadiah orang kahwin. Oopss... sapa next kahwin ni ya??? hehehehe...
Selepas cabutan bertuah tu, setiap meja diberi borang khas iaitu borang untuk menaja VIP-VIP untuk menyanyi karaoke. VIP yang dimaksudkan adalah orang-orang kuat MAYA la seperti Datuk Masidi Manjun, Datuk Normah Gagoh, Datuk K (Bukan Datuk K, Siti Nurhaliza tapi Datuk K, our VC) ya... Datuk K pun ada pasal dia pun pelajar tajaan Yayasan Sabah dalam masa yang sama beliau diminta untuk berucap - Santapan Minda la gitu. Ada beberapa orang yang menaja tu VIP-VIP untuk menyanyi. Memang boring la sebab orang tua yang menyanyikan. Ada yang tak pandai menyanyi pun terpaksa menyanyi pasal sudah kena taja!! Hahahaa.... So, dipendekkan cerita... my hubby telah menaja Datuk K untuk menyanyi. Ya Allah... tau la Datuk K kan... mana pandai serius. Bila naik pentas jak... mula-mula konon mo nyanyi lagu orang putih. Tapi bila lagu tu kena main, dia suruh orang tu berenti la pulak. Dia kata mo nyanyi lagu P.Ramli "Bunyi Gitar". Ni aku sudah tau ni... mesti dia mo buat lawak! Aduh... Sakit perut kami ketawa terbahak-bahak bila part Datuk K nyanyi. Satu ballroom terhibur dengan Datuk K. Apa ndaknya... dia siap ber-twist!! Terlutut-lutut di pentas dengan gayanya yang gila-gila tu. Entah siapa tu (rasanya one of the VIP) siap naik pentas, sama-sama ber-twist dengan Datuk K. Datuk Normah pun siap naik pentas menari dan kasi bunga dengan Datuk K. Mati gila lucu Datuk K ni. Rasanya malam tu semua orang terhibur dengan persembahan Datuk K. Rasanya itu saja yang bikin kemuncak majlis ini. Kalo ndak tu... alamakk... boringgg.... lagu orang tua-tua saja....aduhssss....
Oh ya.... hampir terlupa!! HAPPY HALLOWEEN!!
Tengok ni. Ni hantu pun rupanya ex-pelajar tajaan Yayasan Sabah jugak!! Untung si Sulaiman ni. Rupanya dia ditaja free dari sekolah menengah sampai la dia masuk Universiti.

Alamakkk... rambut aku flat sudah. Maka tengahari tadi kembang.
Oleh kerana asyik keboringan, asyik kami ber-dua jak yang mengambil gambar.

Thursday, October 30, 2008

Happy Birthday Neetot

T0 My Best Buddy Neetot...
Happy Double 3 Birthday!!
Semoga Panjang Umur dan dimurahkan Rezeki


Wednesday, October 29, 2008

Breast Cancer Awareness Month


Nah... aku kena tag lagi... Kali ni oleh si Zue pulak.
The rules to place this logo are pretty much simple.

All you have to do is:

1. Put the logo on your blog.
2. Add a link to the person who shared it with you.
3. Nominate at least 7 other blogs.
4. Add links to these blogs on your blog.
5. Leave a message for your nominee on their blog.
So, i would like to tag perempuan-perempuan ini:-
1. Elsa
2. Amoi
3. Muha
6. Beeps dan;
7. perempuan-perempuan di opisku yang sedang membaca blog ini.

3 Budak Nakal

Tiba-tiba kami jadi budak-budak...
(Mary, Aku & Elly)


Ini gambar paling smart!! Tapi aku tak sesuai bergambar yang ini pasal nampak baju kurungku. Terpaksa si Mary yang jadi mangsa sebab dia pakai seluar!! Kah kah kah...




Tuesday, October 28, 2008

Hari Keluarga Jabatan Bendahari 2008

Hari Keluarga Jabatan Bendahari 2008 kali ni telah diadakan pada 26 Oktober 2008 di Dewan SESB, KK. Tidak banyak gambar aku ambil pasal asyik sibuk tengok orang main games dan asyik ketawakan orang. Tidak sabar tunggu gambar daripada Martubat... camera nya kan hebat...




Thursday, October 23, 2008

New York-New York, here we come!

Yesterday Zally belanja aku makan tengahari sempena my birthday di New York - Tq Zally... Eh.. bukan di New York City ya. Aku maksudkan New York New York dekat 1 Borneo tu. Kira first time la makan di situ dan sedap juga la. Banyak makanannya.
Lihat gambar menu nya yang menarik ni. Macam majalah ooh...

Ini makanan yang kami order
Sedap la minuman Bloody eyeballs tu. Rasanya macam ada campuran minuman gas Zapple + Blueberry+Laichee. Hmm... camana tu rasanya ya? Korang rasa sendiri la. Macam ada pelbagai jenis minuman yang perlu ditest di kedai ni. Aku tak sabar explore.... bila ya??
Pizza tu pun ok... kira sedap juga la. Pasta/Penne Tomato tu sedapppp.... aku suka. Spaggeti tu pun sedap jugak... betul-betul meatballnya besar - So, aku namakannya giant meatball la. Eee... pokoknya macam aku suka la makanan-makanannya. Semua jenis western food. Next aku mo try makan dia punya Giant Yankee Burger.

Sunday, October 19, 2008

Rumah Terbuka Aidilfitri

Malas mo cerita pasal openhouse kami ni sebab agak kelamkabut. Makanan pun aku tidak sempat gambar sebab lupa dan busy layan tamu. Kalo ikutkan hati aku malas mo buat tapi laki sudah suruh jadi terpaksa juga buat. So, ini saja la gambar yang sempat aku tangkap... enjoy the photos...





Monday, October 13, 2008

3 kali sakit hati - kweng kweng kweng

Yesterday tengahari aku jalan-jalan ke Wisma Merdeka. Menyempat la aku singgah ke kedai favourite aku yang banyak jual accessories tu. Sekalinya aku ternampak cincin ini! Bersinar-sinar... sukaaaanya aku dengan cincin ni.... 3S... shining, shimmering and splendid!! Tengok gambar ni. Sampai susah mo digambar pasal silau.


So, dijadikan cerita, salesgirl tu telah menegur jam aku.... dia kata jam aku lawa (kembang la aku kan... hehehe). So, dia tanya brapa harga aku beli. Then aku pun bagi tau la. Dia pun terkejut. Rupanya, kedai dorang pun pernah menjual jam yang sama (cuma lain colour) tapi jenama yang sebiji... dengan harga RM380 sedangkan aku beli dengan harga RM598. Aduh... jauh beza harganya tu. Sakitnya hati aku dengar.... teramat-amat sakit hati. Sudah la terasa ditipu... sakit hati diketawakan lagi oleh laki... dalam masa yang sama sakit hati lagi pasal teringat kisah jam tu yang terjatuh dan tercabut crystalnya. 3 kali aku sakit hati!!
Tapi nasib baik hatiku telah kembali pulih dan digembirakan pagi ini kerana telah dihadiahkan cincin ini oleh si Ros sebagai hadiah harijadiku.... hehehehe. Mesti korang heran macam mana Ros boleh belikan hadiah ni kan sedangkan aku baru tengok cincin ni kelmarin. Pasal aku bagi tau dia la aku mo tu cincin... hehehehe... Dia pun bergegas terus ke Wisma untuk belikan aku hadiah ni tanda dia sayang aku la tu kan. Thank you Ros... i lap u... muahh....

Saturday, October 11, 2008

Hepi Birthday 2 u

Happy Birthday To You !!
Kak Ardizah Mashar
11 Oktober
Untuk makluman, Kak Ardizah ni adalah orang pertama yang berkawan dengan aku di UMS. Sangat friendly dan baik orangnya...
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki ya Kak....
P/S: Jangan putuskan tradisi kita untuk bertukar-tukar birthday present ok...
Nah... ambik ni hadiah!

What's in my bag?

Aku kena tag oleh ajelin!!! Ini yang best ni!!! Ini first time kena tag. So, bersemangat mo buat benda ni.
Be brave and explain to your fellow bloggers what lurks inside the handbag.

1. Dump the contents of your handbag in a pile.
- Done...

2. Take a photo of your handbag and the contents. - Nah... tengok my Galliera PM yang dah buruk ni.

Hmm... banyaknya barang. Patutpun berat. Sakit bahu aku.
LV Wallet (Duit, IC, driving licence, credit card, ATM card, duit), 3 ketul handphone (N95, Iphone, Blackberry), camera Canon Ixus860IS, sisir rambut, Tempat coins LV heartshape, tempat lipstick, 3 biji clip rambut bling-bling, Vicks Inhaler, Pendrive, Dequadin (pasal lately sakit kerongkong), Handyplus yang tercicir (Patutnya dimasukkan dalam wallet), MAC Powder, kunci ofis, kunci rumah, dan beg wrislet untuk simpan make up kecil-kecil - sebab tak sempat make up di rumah.

Barang yang hilang dalam beg ini:

Kunci kereta pasal laki pinjam kereta ketika aku tangkap gambar ni dan Panadol (kerana kehabisan stok. Hmm... kena beli la lepas ni)

Ini pula apa yang terkandung dalam beg wrislet tu(Dior Blusher, Bodyshop Concealer, MAC & Bodyshop Eyeshadow, MAC Eyeliner & Eyebrow Pensil)


3. Tag others who might want to embarrass themselves.

Haa... ini yang aku suka ni. Kalau boleh banyak kawan-kawan yang mau ditag ni. Cuma aku tak tau blog dorang. Ada kah tidak ni.

1. Elsa

2. Beeps

3. Kimora

4. Neetot <----- Jangan main buyuk! Tolong kasi keluar semuanya. Tiada main scan-scan dulu.

5. Muha

6. Agee


8. Cik Kam <---- aku wonder samada perempuan ni pakai handbag kah?? Wallet tak aci ya!

9. Cumie

10. My Mummy <-----mak aii... beg dia... beratnya mo 5kg. Macam ada emas dalamnya.


4. Answer these questions :-

* What's the most important thing in your handbag?
Semua....yang ada di dalam tu. Tu la diangkut ke sana sini. Makin besar beg tu, makin banyak la barang diangkut. Afterall, itu la kegunaan beg kan.

* What's the most embarrassing thing in your handbag?
Hish... mana da... mana ada yang memalukan....

*What's the smallest thing in your handbag?
My bling-bling diamond sticker yang sudah tercabut-cabut daripada handphone. Bikin kotor beg saja.
*Is there anything illegal in your handbag?
Let me think.... hmmm.... nope!

From Paris Hilton?

Wah... ni lagi best... hadiah siap kena hantar pergi rumah!! Thank you Yon...
Tercapai juga hasrat untuk memiliki wallet Paris Hilton.

More and more presents

Ni hadiah daripada my sister - Kak Itok

Yang ni pula dari my fren - Mary

Aku rasa aku perlukan sebuah almari besar untuk menyimpan accesories aku ni la sebab accesories sudah bertempiaran di merata-rata tempat.
Anyway guys, thank you so much kerana ingat hari jadi aku... huhuhu...

Friday, October 10, 2008

Birthday Present from Liza

Lucu juga bila aku terima hadiah ni daripada Liza. Pasal aku telah membeli present yang sama untuk birthday nya yang coming soon on November ni!! Terpaksa la aku stok untuk birthday orang lain yang akan datang :)
Tempat Gantung Anting-Anting
Baju Tidur

Thank you fren.... I love you... Muahhhh...

Another Baby On September?

Baby sapa ni???

Congratulations to Liza & hubby nya on their new baby born boy. Kesian bah kawan aku ni. Akhirnya baru aku dapat melawat dia tadi di rumahnya.
Name: Mohamad El-Mubarak
D.O.B: 17.9.2008 @ 5.00pm
Weight: 3.5kg @ Baby Boy

Thursday, October 9, 2008

BMW Vs. Benz


Ingat kah kisah cerita mengenai kereta yang telah diorder tapi tidak sampai-sampai lagi??? So, kami telah mengambil keputusan untuk beli kereta yang telah di-testdrive sebelum ini. So, surprise!!! ini la dia... memang mengejutkan... sebab tak pernah terlintas/berangan pun aku nak beli/drive kereta BMW. Ceritanya begini... mula-mula hari tu just test drive. Bila kita orang call SiKhiong, dia kata tak sure bila kereta akan sampai. So, my hubby kata bagus tukar BMW ja la sebab sudah terlalu lama tunggu tu kereta tapi tak sampai-sampai juga. Then i agreed. The next day after testdrive kami hantar loan application. Mana sangka sehari kemudian Bank dah telefon dan approved loan suruh datang sign agreement.... dan tidak disangka lagi, kereta BMW ni hanya boleh diambil pada 29 September - which is my birthday (Lambat keluar sebab mo tinted, polish etc). Tapi sama juga bohong laa... coz' masa kereta tu keluar, kami di Tawau..... hehehe... So, Sunday after balik from Tawau baru la kami dapat ambik ni kereta.



So, RAV4 telah jadi mangsa trade-in. Gud Bye my RAV4... kesian dia.

Birthday Present from my "childfruits"

Gembira dan terharu kerana anak-anak buah ingat dengan harijadi aku. Bersemangat nak bagi aku hadiah konon. Lagi la terharu sebab si Azad suruh maknya belikan aku beg LV sebagai hadiahku konon. Konon kalau boleh dia mo hadiahkan sesuatu yang aku boleh pakai hari-hari... Hehehe. Budak-budak kan.... kesian...

Ini hadiah daripada Azad. Pandai dia belikan.


Hadiah daripada Danish (Chocolate GUYLIAN - My favourite)

Kisah jam bling-blingku (Sad but true)

Mulanya aku tak mo beli.... tapi... aku takut nanti malam aku tak boleh tidur... jadi, untuk kasih puas hati... aku terbeli la juga....hehehe.... Entah jam apa ni. Jenamanya SK Watch. Salesgirl tu siap bagi tau aku yang si Ikin, Mawie punya girlpren pun beli jam ni... tapi dia beli colour lain la since jam ni datang satu-satu colour. So, aku ambik la warna pink as you all know i love pink. Siap dorang kasi tunjuk aku video clip si Ikin tengah membeli jam tu di situ. Jam ni di beli di Gloe, Warisan Square.

So, ceritanya begini... aku baru beli jam tu hari ahad lepas dan nyawanya baru 5 hari la di tangan aku ni. Bulih-bulih time aku tangkap gambar jam ni tadi (Gara-gara mo update blog la ni), jam ni telah terlepas dari tanganku dan jatuh bukkkk!!!! Nah kau!! Bertaburan crystalnya di lantai!!! Sedihhhhhhhhhhhh nya aku........ kalo tak silap aku 9 biji crystalnya jatuh dan aku cuma jumpa 7 biji saja. Sedihhhhhnya.... Swarovski crystal lagi tu.... Huahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh............ esok terpaksa aku bawa jam ni pigi kedai tu balik, kalo-kalo boleh dia pasang semula crystal tu since dia cakap ada warranty seumur hidup!! Entah betul kah tidak. Aku takut dia bagi alasan nak hantar pergi korea etc lagi untuk buat benda ni.

Monday, October 6, 2008

Kee Reunion

4 Oktober 2008, keluarga KEE telah mengadakan program Jejak Kasih yang pertama kali dibuat bertempat di Dewan Masyarakat Tawau, Sabah. Boleh dikatakan 1ribu lebih orang telah menghadiri perjumpaan tersebut. Program bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 2.00 petang. Aku tak pandai la mengarang... you all tengok gambar ni ja la/baca dalam Sabah Times kalau mo tau the story....


Barang-barang antik masih disimpan. Kita pula asyik menyimpan container-container yang perlu dibuang!!



Wah.... ramainya anak-anak Kee Kim Swee... dan Datukku (Kee Ali) adalah anak ke-12.

Ini pula anak-anak kepada Kee Ali. 13 orang semuanya dan bapaku adalah anak ke5...

Friday, October 3, 2008

Raya 2008

Tahun ni kami beraya di Tawau. Oleh kerana busy kan... sampai tak sedar rupanya lupa ambik gambar satu keluarga. Gambar suami/isteri pun terlupa. Aduh... ruginya aku... Ini saja yang sempat aku ambik. Gambar bersama nenek, macik, sepupuss...