Showing posts with label Dior. Show all posts
Showing posts with label Dior. Show all posts

Sunday, April 12, 2020

Unboxing My Dior Bag

Hari ni buka PC dan check google photos dalam my account.. dan terjumpa la pic/video ni.  I memang suka ambik video/pic tapi biasanya i akan delete semula photo/video tu. Tapi tak sangka pula pic/video 2018 masih ada tersave dalam google photos.  Nahh... biar la post di sini untuk tatapan/kenang-kenangan ya. Sila jangan kecam sis 😜😜.






So ni la dia my Diorama bag in medium size.  Bought this bag in London hujung tahun 2018.  Mula-mula cadang mau beli mini lady dior.  Tapi bila masuk butik terus jatuh cinta terhadap color beg ni (powder blue).  Masa tu color ni memang "in" la dan kebetulan hari i datang ke butik tu, beg ni memang baru sampai (fresh from the oven).  Ada juga color powder pink (rose).  Cantikkk... tapi i lebih tertarik kepada color blue ni sebab color ni belum ada dalam my handbag collection.



2 gambar di atas ni i google dari internet.  Tu bukan gambar i yer.  I copy jer ni dari internet.  Tak sempat pula i ambil foto beg sendiri sehingga ke hari ni ya 😅😅.  Picaya kamu? Bulihnya i terlupa ambil foto beg  sendiri ya 😅😅.   (I promise to myself, selepas i publish ni post, i akan ambil gambar beg ni 😂😂)

Nice kah beg ni? Nice kan.  Cuma yang bikin panas/sakit hati tu kan, beg ni sudah masuk dalam factory outlet.  So you know kah apa maksudnya? Maksudnya harganya sudah discount/sale.  Bikin sakit hati juga tu... 😡😤😥.  Belum puas lagi i pakai ni beg.  Apa boleh buatlah kan... Haishhh.... Sekian, terima kasih kerana mendengar bebelan i. 

P/S:  Next post is Unboxing my Gucci...

#latepost #iworkedhardforthis #itspaybacktime #ilovedior #simpandisini #formytatapan

Monday, January 19, 2015

New Dior Panarea Canvas Tote

Presenting you my new Dior Panarea Canvas Tote in blue.  Cantek tak?? Puas hati mak beli ni beg.  Besarrrr ooo… banyak barang aku boleh longgok.  Sama macam LV Neverfull jugak.  Aku memang minat beg jenis macam ni.  Yang style sangkut di bahu dan boleh banyak muatan.  Macam beg doremon.  Semua barang boleh masuk.  Kalau travelling aku paling suka pakai beg begini.  Tapi sesetengah orang suka dengan sling bag apabila travelling.  Aku pula lagi selesa pakai beg sangkut di bahu/kepit di ketiak.  Hahahaha…


Sebenarnya, beg ni last year lagi aku beli tapi aku tiada masa mau post.  Tapi kali ni sengaja aku post sebab lately aku mulai menjual beg-beg lama ku yang aku sudah tidak pakai.  Jadi ada sesetengah beg tu tiada resit pembelian dan aku tak ingat time bila aku beli dan brapa harga beg.  So ada susah sikit aku mau jual.  Terpaksa main agak-agak.  Nasib juga ada sesetengah beg yang aku beli tu aku ada kasi masuk dalam blog ni.  Boleh juga aku rujuk dari sini.  Sukur la kan…



Ni dia punya charms… kalau model panarea lama macam warna silver tu.


Actually, mula-mula aku mau beli ni LV Neverfull EPI.  Tapi bila nampak si Panarea ni terus jatuh hati.  Tapi LV ni cantek jugak.  Mau jugak… tapi… nanti la… tunggu la.  Tunggu keluar  warna cantik.    LV ni tak lari ke mana.  Bila-bila masa kalau nak beli masih ada jual.  As long as bukan limited edition.  Sukaaa juga dengan warna kuning ni tapi aku sudah ada LV Alma kuning sebiji macam warna ni.  Huhuu…


Nah ni… sengaja aku tayang resit pembelian di post ni ya supaya memudahkan aku di masa akan datang sekiranya aku mau jual ni beg, agak-agak la brapa boleh jual kan.  Kalau tidak mana ingat tu harga belian.  Lagi satu takut karang resit tercicir.  Better rujuk dari blog.  Ada juga bukti.  Jadi tak der la orang mau quiry beg ori or palsu time mau berjual tu.  Hihihi… Haa… ni aku beli beg ni pada 10 Mei 2014… last year, sempena Mother's Day kunuk di Butik Dior Starhill, KL.  Ndak sudah kesabaran mau tunggu  trip ke US, jadi aku beli terus ja di KL. Lagipun SA Dior bagi tau, Dior akan naik harga dalam bulan Mei 2014 tu juga.  Apa lagi.. kelamkabut mak dibuatnya.  Hihihi….



Sempat mak posing depan butik.  Hehehe… 


Now, say good bye to my favourite old panarea.  Rest in peace darling.  Belum ada niat lagi mau jual.  Hihihi.