Sunday, August 10, 2014

Gastric

Topik hari ini adalah pasal penyakit gastric. Kenapa aku mau cerita pasal gastric? Pasal aku ni sering dilanda gastric.  And that is why aku susah sangat kalau mau ber-diet.  Aku paling tidak suka menahan lapar.  Huhhhh….

Sebenarnya kan, aku pernah kena gastrik teruk dua kali sepanjang hidupku.  Ada sekali tu aku sampai kena admitted di hospital di harijadiku.  Punya sedih sangat-sangat aku time tu.  Menangis ndak berenti bah.  Sudah laa kesakitan dan kelaparan… kesedihan lagi.  Aduhhh… terlampau banyak asid dalam perut bah.  Perutku siap kena teropong tapi syukur la tiada apa-apa.  Hanya asid saja.

Bulan April tahun ni aku kena serang gastrik lagi.  Kali ni susah aku mo sembuh ya.  Almost 1 bulan aku kena gastrik.  Sampai terpaksa order my mum datang dari Tawau untuk jaga pemakananku.   Yang aku paling tidak suka ni gastrik kan ialah… perutku seperti ada alien di dalam.  Berbunyi-bunyi tidak berenti.  Lepas tu bikin aku tiada selera mo makan.  Ubat doktor sampai habis sudah aku makan ya tapi ndak juga baik. Dan makin aku makan ubat dari klinik, makin aku dengar perutku berbunyi-bunyi krukk-krukk-krukk.  I hate it!!

Okay, mari kita google sikit pasal penyakit gastrik ni.

Bagaimana penyakit gastrik terjadi ?
TEKANAN (stress), rangsangan atau tindak balas bahan kimia daripada ubat, makanan dan jangkitan bakteria boleh menyebabkan pembengkakan di kawasan permukaan perut. Pembengkakan yang timbul akibat daripada tindak balas setempat ini menyebabkan seseorang itu mendapat gastritis atau lebih dikenali sebagai gastrik.
Itu la aku tidak boleh stress.  Kalau aku stress atau susah hati, aku ndak dapat makan.  So, bila tidak dapat makan itu yang terjadinya gastric.

Perut adalah kawasan yang mengeluarkan rembesan asid yang kuat dan pepsin yang berfungsi untuk menghancur / menghazam bahan-bahan makanan. Kadangkala asid dan pepsin ini yang sepatutnya bertindak / menghazam ke atas makanan seperti daging sebaliknya merosakkan permukaan perut dengan cara menghazamkan/mencerna permuakaan perut yang juga adalah daging. Apabila permukaan perut terhakis asid akan menembusi lapisan pertahanan perut dan mengakibatkan hakisan/kecederaan itu membesar dan akhirnya menjadi ulser.

Apakah faktor yang mempengaruhi penyakit ini?
Antara faktor-faktor  yang perlu diperhatikan ialah:
bullet
pengambil ubat-ubat tahan sakit seperti aspirin, brufen dsb. Kumpulan ubat dari jenis NSAID (non-steroidal anti-inflammatory drugs) ini boleh menyebabkan atau memburukkan lagi ulser yang dihidapi.
bullet
orang yang lebih tua, berusia 50 tahun ke atas. Ini mungkin kerana mereka lebih kerap mengambil ubat tahan sakit untuk penyakit arthritis (sakit sendi), atau sebab-sebab lain.
bullet
penyakit tertentu seperti Crohn's disease dan Zollinger-Ellison syndrome
bullet
hal-hal yang berkaitan dengan reflux. Kecederaan pada proses ini boleh menyebabkan asid bile masuk ke dalam perut dan menipiskan lapisannya. Pada orang tua pula, pylorus boleh merenggang, menyebabkan kejadian yang sama berlaku.
bullet
orang yang berdarah jenis A.
bullet
pengambilan kafein dan alkohol berlebihan.
bullet
perokok.
bullet
pemakanan yang tidak terurus.
bullet
stress (tekanan) secara tidak langsung boleh mempengaruhi penyakit ini.

Tanda-tanda
Pesakit akan mengalami satu atau lebih tanda-tanda di bawah ini:
bullet
sakit perut dan rasa tidak hadam makan. Sakit perut selalunya dirasai di bahagian atas perut
bullet
rasa pening kepala.
bullet
mengalami angin. Terasa sakit di bahagian ulu hati. Sendawa dan kentut yang kerap.
bullet
muntah.
bullet
badan rasa lemah lesu.
bullet
berat badan menurun.
bullet
najis menjadi hitam atau gelap (kerana ia sebati dengan darah).

Langkah-langkah yang boleh anda lakukan
Langkah-langkah untuk melegakan penyakit ulser perut ini termasuklah:
bullet
makan yang kerap. Ambil makanan ringan antara makan utama. Ini untuk mengelakkan perut daripada kosong.
bullet
rehat yang lebih.
bullet
jauhkan daripada perkara-perkara yang boleh mempengaruhi terjadinya atau memburukkan lagi ulser (sila rujuk di atas).
bullet
pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, kobis, brocolli harus ditambah. Sulfur membentuk glutathione yang melindungi lapisan perut.
bullet
ambil vitamin C 100mg untuk mengurangkan kandungan nitrosamines yang boleh menyebabkan kaser perut.
bullet
tambahkan zink dalam pemakanan untuk proses penyembuhan.
bullet
pengambilan probiotik (bakteria baik) hendaklah diamalkan.

Ubat-ubat yang boleh diambil
Antara ubat yang selalu diberikan untuk melegakan gastrik ialah :
bullet
antacids. Ubat-ubat ini melawan asid (anti-asid). Antara jenama terkemuka ialah seperti Actal, Gelusil, Mylanta, dsb. Antacids yang mengandungi aluminium boleh menyebabkan sembelit manakala yang mengandungi magnesium boleh menyebabkan cirit-birit sekiranya diambil berlebihan. Ubat-ubat ini selalunya dalam bentuk cecair atau tablet yang dikunyah. Antacids adalah ubat-ubatan yang selalu diberikan sekiranya anda mengambil ubat-ubat tahan sakit, dan penggunaannya dalam keadaan ini boleh menghalang berlakunya gastrik.
bullet
H2receptor antagonists seperti Zantac (Ranitidine), Tagamet (Cimetidine), Axid (Nizatidine) dan Pepcidine (Famotidine) - dalam kurungan adalah bahan aktifnya. 
bullet
proton pump inhibitors seperti Losec (Omeprazole) dan Lansoprazole.
bullet
prostaglandin analogues seperti Cytotec (Misoprostol).
bullet
ubat-ubat terbaru untuk merawat ulser ini adalah bertujuan untuk membunuh H. pylori. Pengambilannya hendaklah diteruskan selama satu hingga dua minggu. Antara rawatan yang popular ialah pengambilan Losec (Omeprazole) bersama-sama dengan Clarithromycin dan Metronidazole selama dua minggu. Ketiga-tiga ubat ini diambil sekali.

Ulser didapati sering berulang-ulang terutama sekiranya H.pylori tidak dibunuh. Dalam erti kata lain, pengambilan ubat-ubatan selain daripada yang boleh membunuh bakteria H. pylori adalah sebagai langkah yang berterusan. Pesakit yang mengambil ubat untuk membunuh bakteria H. pylori selalunya (90%) tidak lagi mengalami masalah ulser selepas itu.
Kajian terkini mendapati ada kaitan antara H. pylori dengan kejadian kanser perut. Di Colombia dan China, di mana kehadiran H. pylori dalam usus adalah biasa, peratusan yang menghidapi kanser perut adalah tinggi.

H. pylori boleh berjangkit melalui air minuman dan pemakanan. Ia juga boleh berjangkit melalui air liur (seperti bercumbuan).

Sekiranya ulser tidak dikawal ia boleh menyebabkan masalah yang lebih teruk lagi:
bullet
haemorrhage iaitu pendarahan dalaman yang teruk. Akibatnya pesakit akan kehilangan banyak darah. Pesakit juga mungkin muntah darah dan mendapati darah dalam najis mereka.
bullet
lubang akan terbentuk di dalam lapisan usus. Ini boleh menyebabkan acute peritonitis dan memerlukan pembedahan segera.
bullet
perjalanan makanan dalam usus boleh terhalang bila terdapat parut hasil daripada ulser tersebut. Ini menyebabkan pesakit muntah dan boleh menurunkan berat badan.

Info dipetik dari:  http://farmasianis.tripod.com/gastrik.htm

Time aku sakit hari tu kan… hampir aku putus asa.  Menangis aku sendiri-sendiri di rumah sebab sakit gastrik ku kali ni ada lain sikit.  Bukan pedih perut.  Tapi rasa semacam.  Badan rasa tak sihat.  Rasa lemas badan, tiada selera mau makan, macam tak terima makanan dalam perut… badan terasa berangin sangat-sangat.  Sehinggakan aku terpaksa pigi berurut untuk buang angin tapi masih juga tidak sembuh.

Hampir setiap pagi aku terpaksa mandi wap secara tradisional di rumah.  My mum terpaksa rebus herbal bath ni setiap pagi.  Bukan direbus kosong begitu saja ya.  Kena ada campurannya seperti halia tua dan serai.  Tu serai dan halia kena banyak tu.


Lepas rebus 40 minit begitu, aku terpaksa berbungkus bersama air rebusan dalam periuk dan ditutup dengan selimut satu badan selama 20 minit gitu.  Jadi la seperti ini.   Hehehe… Panas?? Memang laa bah panassss…. gilaaak… tapi puas hati la… banyak peluh keluar ya.  Satu badan keluar peluh.  Mandi peluh la bah tu.  



Selepas 20 minit begitu, my mum suruh rehat di bilik tanpa pakai kipas ok!!  Dan kaki kena bungkus pakai stocking atau tutup pakai kain.  Kalau pakai kipas nanti angin masuk balik dalam badan.   Memang la lepas mandi wap ni badan rasa lega dan ringan.  Macam selera makan ada buka sikit.  Tapi kelegaan tu hanya sementara saja.  Tetap juga makan kita ni kena berpantang.  Aduhh… no minyak-minyak or goreng-goreng ya.  Nahhh… sepanjang aku sakit tu terpaksa bah aku makan sup ayam dan bubur ja hari-hari.  Sedih ohh.

Memang aku putus asa sudah makan ubat dari klinik.  Kiranya aku konok mau buat secara tradisional saja la.  Pigi urut badan, mandi wap dan jaga makan.   Tapi ndak juga sembuh ya.  Last-last tu, ada orang rekomenkan aku ubat ni.





Aku beli di Sunshine Pharmacy, Damai Plaza.  Ubat ni namanya Motilium dan Zantac.  Kena makan ubat ni serentak.   And believe it or not? 3 hari saja aku makan ubat ni… aku sudah tidak dengar tu bunyi alien dalam perut ya.  Aku makan ubat ni 1 minggu gitu then aku ok sudah.  Selera makan pun ok.   Lepas tu aku pun happy la.  Jadi aku sengaja mau kasih masuk ni gambar ubat dalam blog ni supaya next time kalau aku kena serang gastric, aku boleh check balik di blogku nama ubat ni.  Kan senang.  Hehehe…

Lain-lain orang lain gastrik nya.  Macam kes aku ni lebih kepada angin dalam badan dan tutup selera makan.  Bukan kes pedih perut.   So, aku rasa ubat ni memang sesuai la untuk aku.   Siapa-siapa yang ada masalah gastrik tu mungkin boleh la cuba ni ubat.  Good luck!






Saturday, August 9, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Harap masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam yang meraikannya.

Maaf Zahir dan Batin

Kosong-kosong